Lembaga Industri Getah Sabah - LIGS

Lembaga Industri Getah Sabah - LIGS Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Lembaga Industri Getah Sabah - LIGS, Government Organization, Aras 3 Wisma Pertanian Sabah, Jalan Tasik Luyang (Off Jalan Maktab Gaya) Beg Berkunci 2016, Kota Kinabalu.

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan Tahun 2026. Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan Kuma Toinsanai Ngawi.
30/05/2026

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan Tahun 2026. Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan Kuma Toinsanai Ngawi.

PROGRAM RETREAT AHLI LEMBAGA PENGARAH LIGSKENINGAU, 22 Mei 2026 – Program Retreat Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Industri...
25/05/2026

PROGRAM RETREAT AHLI LEMBAGA PENGARAH LIGS

KENINGAU, 22 Mei 2026 – Program Retreat Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) Ke-249 (Siri 1/2026) telah berlangsung dengan jayanya selama lima hari bermula 18 hingga 22 Mei 2026 bertempat di Sento Hotel, Keningau.

Program tersebut menghimpunkan Ahli Lembaga Pengarah LIGS bersama pihak pengurusan tertinggi dan pegawai-pegawai kanan bagi membincangkan hala tuju strategik organisasi, memperkukuhkan tadbir urus serta meninjau sendiri pelaksanaan projek dan operasi LIGS di lapangan.

Retreat dimulakan dengan sesi taklimat logistik dan perjalanan program sebelum diteruskan dengan sesi pembentangan oleh bahagian-bahagian utama LIGS.

Antara pembentangan yang diadakan termasuk Bahagian Pentadbiran, Bahagian Kemajuan Pekebun Kecil, Bahagian Skim Penempatan Getah, Bahagian Pembelian Getah serta Bahagian Pemprosesan dan Pemasaran.

Sepanjang program berlangsung, Ahli Lembaga Pengarah turut mengadakan beberapa siri lawatan kerja ke kawasan operasi dan pembangunan LIGS di daerah Keningau, Sook, Nabawan dan Tenom. Antara lokasi lawatan ialah Blok Tanam Baru Berkelompok Mangkatadan, Ladang Getah Nabawan, Unit Pembelian Getah Keningau, Unit Semaian Getah Pamalan, Skim Penempatan Getah Lagud Sebrang serta Kilang SMR Tenom.

Lawatan tersebut bertujuan memberi pendedahan secara langsung kepada Ahli Lembaga Pengarah mengenai perkembangan semasa industri getah di bawah pengurusan LIGS, selain menilai keberkesanan pelaksanaan program pembangunan pekebun kecil dan pengoperasian sektor pemprosesan getah di lapangan.

Kemuncak program ialah Mesyuarat Penuh Ahli Lembaga Pengarah LIGS Ke-249 (Siri 1/2026) yang berlangsung pada 22 Mei 2026. Mesyuarat tersebut menjadi platform penting dalam membincangkan dasar, perancangan strategik dan usaha memperkukuh prestasi organisasi demi memastikan industri getah Sabah terus berkembang secara mampan dan berdaya saing.

Penganjuran retreat ini diharap dapat memperkukuhkan jalinan persefahaman antara Ahli Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan LIGS dalam memastikan visi dan misi organisasi dapat dilaksanakan dengan lebih efektif demi manfaat pekebun kecil dan pembangunan industri getah negeri Sabah.

SAMBUTAN PERAYAAN KAAMATAN PERINGKAT MAFFI (2026). KOTA KINABALU, 18 Mei 2026 – Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) turu...
20/05/2026

SAMBUTAN PERAYAAN KAAMATAN PERINGKAT MAFFI (2026).

KOTA KINABALU, 18 Mei 2026 – Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) turut terlibat memeriahkan Majlis Sambutan Kaamatan peringkat Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) yang berlangsung di ruang legar Wisma Pertanian Sabah.

Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh YB Menteri, Datuk Jamawi Jaafar dimana dalam ucapan perasmiannya beliau menzahirkan kesyukuran kerana warga MAFFI dapat meraihkan sambutan Kaamatan di samping dapat mengekalkan warisan budaya Kaamatan sebagai simbol keharmonian rakyat Sabah yang berbilang kaum.

Sambutan kali ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik antara jabatan termasuk persembahan tarian dan koir oleh kakitangan LIGS, pertandingan Sugandoi, hiasan booth tercantik serta penampilan istimewa Mr. Kaamatan 2025 dan Unduk Ngadau 2025 yang menambahkan lagi kemeriahan suasana.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah, Datuk Seri Panglima Jahid Jahim, Pengurus Besar LIGS, Tuan TS Sabdil Tanjong, timbalan-timbalan pengurus besar serta warga kerja LIGS.

PERLAKSANAAN AUDIT DALAMAN LIGS, MS ISO 9001:2015TENOM, 7&8 Mei - Telah berlangsung sesi Audit Dalaman Unit Kemajuan Pek...
11/05/2026

PERLAKSANAAN AUDIT DALAMAN LIGS, MS ISO 9001:2015

TENOM, 7&8 Mei - Telah berlangsung sesi Audit Dalaman Unit Kemajuan Pekebun Kecil Tenom.

Pengauditan pada kali ini dilaksanakan oleh juruaudit dalaman diketuai oleh En. Razlan Shah bin Dapsi, En. Mohd Farid bin Johari dan En. Dalilul bin Thakdim. Sementara Ketua Auditee ialah En. Justine AK Colony.

Pengauditan ini merangkumi pemeriksaan kepada pematuhan Prosidur Kerja dan Proses Kerja seperti mana yang terdapat di dalam Manual Kualiti MS ISO 9001:2015 LIGS.

Audit Dalaman ini juga telah berlangsung di unit-unit lain di seluruh daerah termasuk Ibu Pejabat LIGS.

Majlis Perasmian Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tenom/Kemabong bagi Tahun 2026 serta Pameran/Jualan Jelajah Inisiatif K...
07/05/2026

Majlis Perasmian Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tenom/Kemabong bagi Tahun 2026 serta Pameran/Jualan Jelajah Inisiatif Kebun Dapur. Jumpa anda di sana...

PERASMIAN MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN PESTA KAAMATAN PERINGKAT NEGERI SABAH.PAPAR, 1 Mei 2026 - Berlangsungnya Perasmian Ma...
05/05/2026

PERASMIAN MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN PESTA KAAMATAN PERINGKAT NEGERI SABAH.

PAPAR, 1 Mei 2026 - Berlangsungnya Perasmian Majlis Sambutan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Penglima Haji Hajiji Noor Ketua Menteri Sabah.

Majlis pelancaran tersebut telah berlangsung di Dewan Masyarakat Papar dengan tema Kaamatan tahun ini Mongomot Pisompuruan, Mamaramai Piunungan.

Pelbagai acara dan pertandingan telah disusun atur antaranya seperti pertandingan sugandoi kaamatan, unduk ngadau kanak-kanak dan Pertandingan Unduk Ngadau Peringkat Daerah Papar.

LIGS telah mengambil bahagian dalam pameran Jabatan-jabatan di bawah MAFFI bagi memeriahkan lagi sambutan pembukaan Majlis Pembukaan Perayaan Kaamatan pada kali ini.

PENYERAHAN KIT INISIATIF KEBUN DAPUR LEMBAGA INDUSTRI GETAH SABAH.KOTA KINABALU, 30 April 2026 - Telah berlangsung penye...
02/05/2026

PENYERAHAN KIT INISIATIF KEBUN DAPUR LEMBAGA INDUSTRI GETAH SABAH.

KOTA KINABALU, 30 April 2026 - Telah berlangsung penyerahan Kit Inisiatif Kebun Dapur berupa sulur nanas MD2 kepada para Ahli Dewan Undangan Negeri.

Penyerahan ini berlangsung pada hari terakhir Persidangan Dewan Undangan Negeri Sesi Pertama 2026 yang telah disampaikan oleh YB Menteri MAFFI.

Penyerahan ini merupakan simbolik kepada promosi Inisiatif Kebun Dapur yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri melalui Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI).

Turut serta penyerahan Kit Inisiatif Kebun Dapur daripada Agensi-agensi lain di bawah MAFFI yang terdiri daripada keperluan pertanian seperti benih padi, sayuran dan anak ayam.

Pembukaan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah.
30/04/2026

Pembukaan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah.

29/04/2026

Address

Aras 3 Wisma Pertanian Sabah, Jalan Tasik Luyang (Off Jalan Maktab Gaya) Beg Berkunci 2016
Kota Kinabalu
88999

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lembaga Industri Getah Sabah - LIGS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share