Klinik Pergigian Kepayan

Klinik Pergigian Kepayan Klinik Pergigian Kepayan

14/07/2026

๐Ÿ“ฑ ๐Œ๐ฒ๐’๐ž๐ฃ๐š๐ก๐ญ๐ž๐ซ๐š: ๐‰๐š๐ง๐ฃ๐ข ๐“๐ž๐ฆ๐ฎ ๐ƒ๐ข๐ ๐š๐ฅ๐š๐ค๐ค๐š๐ง, ๐–๐š๐ฅ๐ค-๐ˆ๐ง ๐ƒ๐ข๐ญ๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š

Bagi melancarkan pengurusan pesakit dan mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan, orang ramai digalakkan menggunakan sistem janji temu melalui aplikasi MySejahtera.

Penggunaan sistem janji temu ini membolehkan:
1๏ธโƒฃ Pengurusan janji temu yang lebih teratur
2๏ธโƒฃ Pengurangan tempoh menunggu
3๏ธโƒฃ Perancangan waktu lawatan ke fasiliti kesihatan dengan lebih baik

Walaupun sistem janji temu merupakan kaedah utama, perkhidmatan walk-in masih disediakan, khususnya bagi kes kecemasan, warga emas serta golongan yang mempunyai kekangan akses kepada teknologi. Pesakit tanpa janji temu tetap akan dilayan tertakluk kepada proses penilaian awal (triage).

KKM memahami bahawa akses teknologi adalah berbeza bagi setiap individu. Sehubungan itu, perkhidmatan walk-in tetap diteruskan bagi memastikan akses kepada rawatan kesihatan yang adil, saksama dan inklusif untuk semua lapisan masyarakat.

06/07/2026

!! NOTIS KECEMASAN !!

Klinik Pergigian Kepayan kini sedang mengalami gangguan bekalan air

Perkhidmatan klinik kami akan tergendala sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kemudian

Dukacita dimaklumkan klinik kami tidak dapat menerima pesakit tanpa temu janji kecuali kecemasan yang memerlukan preskripsi ubat

Segala kesulitan amat dikesali

6/7/2026

MINGGU KESEDARAN KANSER MULUT 2026๐Ÿ‘„Berikut merupakan 6 Langkah Pemeriksaan Mulut Untuk Mengesan Kanser Mulut ๐Ÿ‘„Kanser mul...
23/02/2026

MINGGU KESEDARAN KANSER MULUT 2026

๐Ÿ‘„Berikut merupakan 6 Langkah Pemeriksaan Mulut Untuk Mengesan Kanser Mulut ๐Ÿ‘„

Kanser mulut boleh berlaku tanpa rasa sakit pada peringkat awal. Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa. Luangkan hanya 2โ€“3 minit setiap bulan untuk periksa sendiri di rumah.

๐Ÿ”Ž 1. Periksa bibir
Lihat jika ada luka, rekahan atau perubahan warna yang tidak sembuh.

๐Ÿ‘… 2. Periksa p**i bahagian dalam
Tarik p**i kiri dan kanan. Cari tompok putih/merah atau benjolan luar biasa.

๐Ÿ‘„ 3. Periksa gusi
Lihat jika ada bengkak, pendarahan tanpa sebab atau perubahan bentuk.

๐Ÿ‘… 4. Periksa lidah (atas & tepi)
Keluarkan lidah dan gerakkan ke kiri dan kanan. Perhatikan sebarang luka atau tompok yang pelik.

๐Ÿ‘… 5. Periksa bawah lidah
Angkat lidah dan lihat jika ada benjolan atau perubahan warna.

๐Ÿชž 6. Periksa lelangit & tekak
Dongakkan kepala dan buka mulut luas. Lihat jika ada perubahan warna atau luka.

โš ๏ธ Jika ada luka yang tidak sembuh lebih dari 2 minggu, sakit berpanjangan, kebas atau benjolan โ€“ segera berjumpa doktor gigi.

โœจ Spot the change, stop mouth cancer.
Sayangi diri, periksa hari ini!

15/12/2025
11/12/2025

PENGUMUMAN
Harap maklum bahawa Klinik Pergigian Kepayan mengalami gangguan bekalan elektrik buat masa ini. Segala kesulitan amat dikesali.Terima Kasih.

Address

Jalan Pahlawan
Kota Kinabalu
88100

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:30
14:00 - 17:00

Telephone

+6088236262

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Pergigian Kepayan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share