Sabah Fisheries Department

Sabah Fisheries Department Official page for Sabah Fisheries Department

TAMBUNAN, 26 Mei 2026 – Jabatan Perikanan Sabah telah mengadakan Majlis Penyerahan Bantuan Peralatan kepada sepuluh (10)...
27/05/2026

TAMBUNAN, 26 Mei 2026 – Jabatan Perikanan Sabah telah mengadakan Majlis Penyerahan Bantuan Peralatan kepada sepuluh (10) Jawatankuasa Tagal MOU Daerah Tambunan. Majlis tersebut berlangsung di Mini Dewan Pejabat Perikanan Tambunan yang telah disempurnakan oleh Tuan Lawrence Kissol Jr. selaku Timbalan Pengarah Perikanan (Operasi).

Majlis penyerahan bantuan peralatan tagal tersebut melibatkan sumbangan kepada sepuluh (10) Jawatankuasa Tagal MOU iaitu Kg. Bambangan, Kg. Dabata, Kg. Kaingaran, Kg. Kotonobon, Kg. Kuala Monsok, Kg. Monsok Tengah, Kg. Monsok Ulu, Kg. Monsorulung, Kg. Tabilong, dan Kg. Tontolob Liwan.

Antara bantuan peralatan yang diserahkan untuk menyokong aktiviti pengurusan tagal adalah papan tanda, tong ais, tong sampah, lampu solar, pukat, rambat, makanan ikan, tikar kanvas, kerusi plastik, jaket keselamatan, dan pelampung keselamatan.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Jawatankuasa Tagal Tradisi dari beberapa buah kampung, iaitu Kg. Kuyungon, Kg. Pahu, Kg. Tikolod, Kg. Rantai Bundu, dan Kg. Tiga Bundu.

Selain itu, satu sesi taklimat dan soal jawab telah disampaikan oleh Puan Bernedeth Joseph selaku Ketua Unit Tagal, Jabatan Perikanan Sabah.

Dalam ucapannya, Tuan Lawrence menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa Tagal MOU atas kerjasama jitu dalam menjaga kelestarian ekosistem sungai melalui pengurusan sistem tagal.

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Tuan Dennis Anthony selaku Pengerusi Pelaksana Majlis merangkap Penguasa Perikanan Daerah Tambunan, serta seluruh warga Pejabat Perikanan Daerah Tambunan dan kawasan sekitarnya atas kejayaan melaksanakan majlis penyerahan tersebut dengan lancar dan jayanya.

RANAU, 25 Mei 2026 – Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Tagal bersama Jabatan Perikanan Sabah telah dia...
27/05/2026

RANAU, 25 Mei 2026 – Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Tagal bersama Jabatan Perikanan Sabah telah diadakan di Kg. Kilimu, Daerah Ranau. Majlis tersebut disempurnakan oleh Pengarah Perikanan Sabah, Datin Dr. Shuhadah Mustapha.

Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan jabatan, antaranya Tuan Lawrence Kissol Jr. (Timbalan Pengarah Perikanan – Operasi), Puan Dorothy Chung (Ketua Penolong Pengarah – Bahagian Perancangan), Tuan Irman Isnain (Ketua Penolong Pengarah – Bahagian Sumber, Konservasi dan Penyelidikan), Puan Angelene Henry (Ketua Penolong Pengarah – Bahagian Perangkaan dan Komunikasi Korporat), Puan Bernedeth Joseph (Ketua Unit Tagal), Tuan Mazlan Madurin (Penguasa Perikanan Daerah Ranau), serta pegawai-pegawai kanan dan anggota Jabatan dari Ibu Pejabat dan daerah-daerah lain.

Sebanyak tiga Jawatankuasa Tagal yang menandatangani MOU tersebut ialah:
– Tagal Kg. Tiang Lama, diwakili oleh Pengerusi Tuan Joking Balayan
– Tagal Kg. Tumbalang, diwakili oleh Pengerusi Tuan Abi Kindat
– Tagal Kg. Nunuk Ragang 1, diwakili oleh Pengerusi Tuan Raging Daimun Tunggaling

Tagal Kg. Tiang Lama mempunyai keistimewaan tersendiri kerana kawasan sungainya merangkumi Taralamas Canyon, yang menjadi tarikan pelancong untuk menikmati keindahan sungai jernih, terpelihara dengan canyon serta batu-batu semula jadi.

Sementara itu, Tagal Kg. Tumbalang dan Kg. Nunuk Ragang 1 menawarkan kelebihan bagi pengunjung yang ingin menjalankan aktiviti berkhemah di tepi sungai, menjadikan kawasan ini destinasi rekreasi yang menarik.

PENAMPANG, 16 Mei — Jabatan Perikanan Sabah telah menyertai Pameran dan Jualan Produk Sempena Perayaan Pesta Kaamatan Pe...
22/05/2026

PENAMPANG, 16 Mei — Jabatan Perikanan Sabah telah menyertai Pameran dan Jualan Produk Sempena Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Penampang Tahun 2026 yang berlangsung di Buhavan Square, Penampang.

Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Timbalan Ketua Menteri III, Merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan & Pengangkutan, Datuk Ewon Benedick dan mendapat sambutan meriah daripada masyarakat setempat serta pengunjung yang hadir sempena sambutan Pesta Kaamatan.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan di gerai pameran Jabatan Perikanan Sabah menarik minat pengunjung. Antaranya ialah promosi jualan produk hiliran perikanan, ikan hiasan dan baja ikan yang diusahakan oleh pengusaha bimbingan Jabatan Perikanan Sabah. Aktiviti interaktif seperti teka berat ikan dan teka jumlah baja turut mendapat perhatian ramai, di mana pengunjung berpeluang memenangi hadiah menarik yang disediakan pihak Jabatan.

Selain Jabatan Perikanan Sabah, pelbagai jabatan dan agensi lain turut terlibat dalam pameran dan promosi jualan seperti Majlis Perbandaran Penampang, Jabatan Pertanian Sabah, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Lembaga Industri Getah Sabah, Lembaga Pertubuhan Peladang, Pejabat Kesihatan Penampang, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, dan Mahkamah Anak Negeri Penampang turut.

Kemuncak sambutan Pesta Kaamatan di daerah Penampang adalah pertandingan Unduk Ngadau yang sentiasa menjadi tarikan utama setiap kali sambutan Kaamatan diadakan.

Penyertaan Jabatan Perikanan Sabah dalam program seumpama ini dapat memperkukuhkan hubungan antara jabatan, agensi lain dan masyarakat selain meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan pemeliharaan sumber perikanan serta pembangunan industri perikanan di Sabah.

13 – 17 April 2026 | Stesen Pengembangan Akuakultur Marin Trayong, TuaranJabatan Perikanan Sabah telah menganjurkan Kurs...
22/05/2026

13 – 17 April 2026 | Stesen Pengembangan Akuakultur Marin Trayong, Tuaran

Jabatan Perikanan Sabah telah menganjurkan Kursus Asas Ternakan Ikan Marin pada 13 hingga 17 April 2026 bertempat di Stesen Pengembangan Akuakultur Marin Trayong, Tuaran. Kursus ini telah disertai peserta yang terdiri daripada pelbagai daerah di seluruh Sabah, termasuk Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud, Kudat, Pitas, Kuala Penyu, Sipitang, Kunak, Tawau, Sandakan, Semporna, dan Kota Marudu.

Penganjuran kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan asas secara teori dan amali kepada peserta dalam bidang ternakan ikan marin, selaras dengan usaha memperkukuh pembangunan sektor akuakultur negeri.

Secara khusus, objektif kursus adalah seperti berikut:

i. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman peserta mengenai prinsip asas akuakultur marin.
ii. Memperkukuh kemahiran teknikal dalam pengurusan ternakan ikan marin secara sistematik dan berkesan.
iii. Memberi pendedahan mengenai pemilihan tapak, sistem ternakan serta pengurusan operasi sangkar.
iv. Meningkatkan kesedaran terhadap amalan biosekuriti dan pengurusan kesihatan ikan.
v. Memupuk kesedaran mengenai kepentingan pengurusan kewangan dalam perusahaan akuakultur.
vi. Menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti ekonomi berasaskan akuakultur.

Kursus telah dimulakan pada 13 April 2026 dan sepanjang tempoh kursus, para peserta telah mengikuti pelbagai modul latihan yang dikendalikan oleh pegawai dan pakar dalam bidang berkaitan.

01 MEI 2026 – Papar : Jabatan Perikanan Sabah telah melaksanakan Program Inisiatif Kebun Dapur anjuran Kementerian Perta...
04/05/2026

01 MEI 2026 – Papar : Jabatan Perikanan Sabah telah melaksanakan Program Inisiatif Kebun Dapur anjuran Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) Sempena Pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Tahun 2026 yang telah diadakan di Perkarangan Dewan Masyarakat Papar.

Program ini dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor.

Antara aktiviti yang diadakan adalah penjualan benih ikan keli dan ikan tilapia,demonstrasi ikan yang ditangkap menggunakan bahan letupan, pertunjukan model akuaponik.

13 April 2026 – Kunak : Jabatan Perikanan Sabah telah melaksanakan Program Hari Interaksi Bersama Penternak / Pengusaha ...
21/04/2026

13 April 2026 – Kunak : Jabatan Perikanan Sabah telah melaksanakan Program Hari Interaksi Bersama Penternak / Pengusaha Akuakultur di Daerah Kunak.

Program ini dirasmikan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, YB Dato’ Sri Dr. Anil Sandhu. Program ini diadakan di Pejabat Perikanan Daerah Kunak.

Antara aktiviti yang diadakan adalah demonstrasi ikan yang ditangkap menggunakan bahan letupan dan sesi ceramah.

KOTA KINABALU, 19 Januari 2026 –  Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar hari ini ...
20/01/2026

KOTA KINABALU, 19 Januari 2026 – Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar hari ini mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Perikanan Likas.

Lawatan tersebut bertujuan mendengar penjelasan serta mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai struktur dan fungsi Jabatan Perikanan Sabah, selain mengenal pasti isu serta mencari penyelesaian bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan jabatan berkenaan.

Dalam lawatan itu, Jamawi diberikan taklimat oleh Pengarah Perikanan Sabah, Datin Dr. Shuhada Mustapha dan Penolong Pengarah Kanan Biosekuriti, Matlan @ Abdul Rahim Thaufeck bertempat di Bilik Mesyuarat Utama.

Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap II kementerian, Maria David Edick.

Dalam ucapannya, Jamawi menegaskan hasrat kementerian untuk merakyatkan perkhidmatan, justeru semua agensi di bawah kementerian perlu melaksanakan amanah tersebut secara menyeluruh.

Beliau turut memaklumkan bahawa kakitangan di tiga agensi utama iaitu Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan SAFMA tidak bersaing, sebaliknya saling melengkapi antara satu sama lain agar setiap fungsi dan peranan yang dilaksanakan dapat memberi manfaat maksimum kepada rakyat.

Jamawi turut meminta Jabatan Perikanan supaya menyediakan keperluan seperti benih ikan dan input berkaitan bagi menyokong pelaksanaan program Jelajah Kebun Dapur yang akan dilaksanakan kelak.

(Sumber teks daripada Warta Oriental)

SEMPORNA, 7 Januari 2026 – Jabatan Perikanan Sabah memandang serius isu tular di media sosial baru-baru ini berhubung ad...
09/01/2026

SEMPORNA, 7 Januari 2026 – Jabatan Perikanan Sabah memandang serius isu tular di media sosial baru-baru ini berhubung aduan awam terhadap tindakan pelancong asing yang didakwa mengganggu dan merosakkan ekosistem marin di Pulau Mataking, Semporna. Isu tersebut melibatkan perlakuan memegang dan mengusik hidupan akuatik yang dilindungi, termasuk spesies penyu sisik (Eretmochelys imbricata) serta tumbuhan akuatik dan terumbu karang.
Susulan kejadian tersebut, Jabatan Perikanan Sabah yang diwakili oleh Pegawai Wilayah Tawau, Encik Mohammad Rizal Socradji, bersama beberapa anggota penguatkuasa perikanan dari Daerah Tawau dan Daerah Semporna telah menjalankan siasatan lanjut dan mengadakan pertemuan dengan syarikat yang membawa pelancong asing berkenaan, iaitu Borneo Speedy Dive & Tour Sdn. Bhd.
Dalam sesi siasatan, video tular tersebut telah diperlihatkan kepada Encik Mohammad Rizal Socradji. Wakil pihak syarikat memaklumkan bahawa pihak mereka telah membuat laporan polis bagi menyangkal dakwaan tersebut, bagi menjaga nama baik syarikat. Selain itu, pihak syarikat turut menyatakan bahawa taklimat serta prosedur aktiviti menyelam telah diberikan kepada setiap pelancong sebelum aktiviti dijalankan. Walau bagaimanapun, Jabatan Perikanan Sabah ingin menegaskan bahawa sebarang kecuaian, kelalaian atau kegagalan memantau aktiviti pelancong yang boleh menyebabkan gangguan terhadap hidupan marin yang dilindungi adalah satu perkara yang serius dan boleh mengundang tindakan undang-undang.
Jabatan Perikanan Sabah telah memberikan penerangan dan penegasan kepada pihak syarikat berhubung undang-undang serta peraturan-peraturan perikanan yang wajib dipatuhi semasa menjalankan aktiviti berkaitan. Pihak syarikat juga diingatkan agar sentiasa memantau pelancong dan memastikan mereka tidak melakukan sebarang aktiviti yang boleh mengganggu, merosakkan atau menjejaskan ekosistem hidupan marin yang dilindungi, termasuk larangan penggunaan alat menangkap ikan yang diharamkan.
Selain itu, pelancong asing yang terlibat turut diberikan surat amaran keras supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan perikanan serta tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh memberi kesan buruk terhadap ekosistem marin dan dimaklumkan bahawa sebarang pelanggaran pada masa akan datang akan menyebabkan tindakan undang-undang diambil tanpa kompromi.
Mana-mana individu yang didapati melanggar peruntukan berkaitan boleh dikenakan tindakan undang-undang termasuk denda sehingga RM20,000 atau penjara tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali, di bawah Akta Perikanan 1985 (Akta 317) dan Peraturan-Peraturan Perikanan 1999.
Jabatan Perikanan Sabah turut menggalakkan masyarakat untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kepada Pejabat Perikanan yang berhampiran bagi membantu usaha penguatkuasaan dan pemeliharaan sumber perikanan serta ekosistem marin negeri Sabah.

Kursus Mengendalikan Dron untuk Kerja Tanah Siri 2/202525 – 28 Ogos 2025 | Pusat Latihan dan Kemahiran Perikanan Sabah, ...
30/10/2025

Kursus Mengendalikan Dron untuk Kerja Tanah Siri 2/2025
25 – 28 Ogos 2025 | Pusat Latihan dan Kemahiran Perikanan Sabah, Kinarut, Papar
Jabatan Perikanan Sabah melalui kerjasama antara Bahagian Latihan dan Kemajuan Kerjaya serta Bahagian Penggunaan Tanah dan Alam Sekitar telah menganjurkan Kursus Mengendalikan Dron untuk Kerja Tanah Siri 2/2025 pada 25 hingga 28 Ogos 2025 bertempat di Pusat Latihan dan Kemahiran Perikanan Sabah, Kinarut, Papar.
Kursus ini disertai oleh seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Perikanan Sabah daripada pelbagai bahagian dan daerah seperti Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Wilayah, Pejabat Perikanan Daerah Sandakan, Pejabat Perikanan Daerah Kinabatangan, Pejabat Perikanan Daerah Beluran, Pejabat Perikanan Daerah Beaufort, Pejabat Perikanan Daerah Sipitang, Pejabat Perikanan Daerah Kuala Penyu, dan juga Pejabat Perikanan Daerah Papar. Penganjuran kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan asas teori dan amali kepada peserta mengenai prinsip asas penerbangan dron, peraturan penggunaan dron di Malaysia serta aspek keselamatan operasi di lapangan.
Sepanjang empat hari pelaksanaan kursus, peserta telah mengikuti sesi teori dan latihan amali, yang merangkumi pengenalan kepada komponen dron, peraturan penerbangan, asas pemetaan udara serta simulasi operasi sebenar di lapangan yang telah diajarkan sendiri oleh Encik Mohd Zamani Nayan @ Sukardi, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penggunaan Tanah dan Alam Sekitar bersama-sama pembantu jurulatih daripada Pejabat Perikanan Daerah Papar, Puan Dg. Roziah binti Matsalleh.
Majlis penutupan kursus telah disempurnakan oleh Puan Ainun Jariah Jeropakal, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Latihan dan Kemajuan Kerjaya, yang turut menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta. Dalam ucapan beliau, beliau menekankan kepentingan penguasaan teknologi dron sebagai salah satu kemahiran baharu yang dapat memperkukuh pelaksanaan tugas lapangan di Jabatan Perikanan Sabah sejajar dengan kemajuan teknologi semasa.

Address

Department Of Fisheries, Head Quarters Office, Level 4, Block B Wisma Pertanian Sabah, Jalan Tasik Luyang (Off Jalan Maktab Gaya)
Kota Kinabalu
88624

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:30
14:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sabah Fisheries Department posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share