Penjara Wanita KK

Penjara Wanita KK Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Penjara Wanita KK, Public & Government Service, Jalan Penjara, Kota Kinabalu.

01/05/2026
PROGRAM HALAL BIHALAL KONSULAT JENDERAL REPUBLIK INDONESIA BERSAMA PROSPEK WARGANEGARA INDONESIA DI PENJARA WANITA KOTA ...
30/04/2026

PROGRAM HALAL BIHALAL KONSULAT JENDERAL REPUBLIK INDONESIA BERSAMA PROSPEK WARGANEGARA INDONESIA DI PENJARA WANITA KOTA KINABALU

28 April 2026 ( Selasa ) - Program Halal Bihalal bersama Konsulat Jenderal Republik Indonesia telah diadakan di Dewan Rafflesia , SHGW dengan suasana penuh mesra dan harmoni.

Program yang dihadiri oleh seramai 17 orang wakil daripada Konsulat Jenderal Republik Indonesia yang diketuai oleh Bapak Noorman Effendi selaku Konsul Jenderal. Ketibaan rombongan disambut baik oleh PKP Noor Sazlawati binti Zakaria, Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu, TPP Rosliza binti Ishak, Timbalan Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu, TPP Dida Ayu binti Ab Hamid serta barisan pegawai kanan dan kakitangan institusi.

Program dimulakan dengan sesi menandatangani buku lawatan di Pejabat Pengarah sebelum para jemputan bergerak ke Dewan Rafflesia bagi meneruskan acara rasmi. Program diteruskan dengan ucapan aluan oleh PKP Noor Sazlawati binti Zakaria, Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu dan diikuti ucapan oleh Bapak Noorman Effendi, Konsul Jenderal.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan sesi penyerahan cenderahati sebagai tanda penghargaan antara kedua-dua pihak. Jamuan makan turut diadakan sebelum program diteruskan dengan sesi ramah mesra bersama prospek warganegara Indonesia.

Program diakhiri dengan sesi bergambar melibatkan rombongan Konsulat Jenderal Republik Indonesia bersama warga kerja Penjara Wanita Kota Kinabalu sebagai tanda kenangan.

Secara keseluruhannya, program ini telah berlangsung dengan jayanya serta mencapai objektif dalam mengeratkan hubungan silaturrahim dan memperkukuhkan kerjasama antara kedua-dua pihak.

SINDIKET PENIPUAN ATAS TALIAN SASAR KELUARGA PROSPEK DENGAN TAWARAN PEMBELIAN MAKANAN ISTIMEWA DAN WARTELPenjara Wanita ...
18/03/2026

SINDIKET PENIPUAN ATAS TALIAN SASAR KELUARGA PROSPEK DENGAN TAWARAN PEMBELIAN MAKANAN ISTIMEWA DAN WARTEL

Penjara Wanita Kota Kinabalu mengesahkan bahawa terdapat beberapa aduan daripada keluarga prospek berkaitan penipuan yang dilakukan oleh sindiket penipuan dengan meminta sejumlah wang untuk tujuan pembelian makanan istimewa dan wartel.

Penjara Wanita Kota Kinabalu ingin memberi peringatan kepada orang ramai mengenai Modus Operandi terbaharu oleh sindiket penipuan yang menyasarkan ahli keluarga serta waris prospek. Sindiket penipuan dilaporkan menyamar sebagai Pegawai Penjara bertujuan memperdaya ahli keluarga dan waris prospek dengan menggunakan pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp. Sindiket penipuan ini juga menggunakan akaun bank bagi transaksi wang daripada ahli keluarga atau waris prospek.

Laporan polis telah dibuat dan institusi akan bekerjasama dalam membantu siasatan pihak polis selanjutnya. Sekiranya didapati terdapat unsur kecuaian atau kelemahan prosedur semasa melaksanakan tugas, institusi tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Sehubungan itu, institusi Penjara Wanita Kota Kinabalu menasihatkan ahli keluarga atau waris prospek yang menerima pesanan ringkas mencurigakan seperti ini agar :-

1. Tidak membuat sebarang transaksi wang kepada individu atau nombor akaun yang tidak dikenali dan mencurigakan.
2. Membuat laporan polis di mana-mana balai polis nerhampiran sekiranya menerima pesanan seumpama ini.
3. Melaporkan perkara tersebut kepada pihak penjara bagi tindakan lanjut.

Penjara Wanita Kota Kinabalu komited dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan prospek serta keluarga mereka daripada menjadi mangsa penipuan. Orang ramai diminta untuk sentiasa berwaspada dan tidak terpedaya dengan taktik licik sindiket penipuan yang menyalahgunakan nama Penjara Wanita Kota Kinabalu untuk kepentingan peribadi.

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA BERSAMA PROSPEK PENJARA WANITA KOTA KINABALUPenjara Wanita Kota Kinabalu | 27 Februari 2026 (Ju...
28/02/2026

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA BERSAMA PROSPEK PENJARA WANITA KOTA KINABALU

Penjara Wanita Kota Kinabalu | 27 Februari 2026 (Jumaat) - telah berlangsung Majlis Sambutan Tahun Baru Cina khusus bagi prospek beragama Buddha sebagai sebahagian daripada program pemulihan kerohanian dan sosial.

Majlis tersebut melibatkan penyertaan seramai 8 orang prospek, 4 orang penceramah merangkap wakil Persatuan Agama Buddha, serta pegawai daripada Unit Pemulihan Penjara Wanita Kota Kinabalu.

Antara pengisian program termasuk sesi melafazkan mantra (chanting and daily practice) yang bertujuan memperkukuhkan kesejahteraan rohani peserta. Program turut diisi dengan sesi perkongsian “Dua Ucapan Tahun Baharu” serta penerangan mengenai adat dan tradisi sambutan Tahun Baru Cina mengikut latar belakang peserta masing-masing.

Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Tahun Baru Cina dan jamuan juadah masyarakat Cina yang disediakan oleh prospek dan kakitangan penjara dalam suasana penuh harmoni dan kekeluargaan.

Penganjuran program seumpama ini diharap dapat membantu proses pemulihan prospek melalui pendekatan keagamaan, nilai kemasyarakatan serta semangat perpaduan.

PROGRAM PENYEDIAAN BUBUR LAMBUK MADANI PERINGKAT PENJARA WANITA KOTA KINABALU26 Februari 2026 - Telah diadakanProgram Go...
28/02/2026

PROGRAM PENYEDIAAN BUBUR LAMBUK MADANI PERINGKAT PENJARA WANITA KOTA KINABALU

26 Februari 2026 - Telah diadakan
Program Gotong Royong Penyediaan Bubur Lambuk Peringkat Penjara Wanita Kota Kinabalu.

Program ini disertai oleh Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu, PKP Noor Sazlawati Binti Zakaria, TPP Rosliza Binti Ishak, TPP Dida Ayu Binti Ab Hamid bersama 30 orang kakitangan dan anggota lain. Pelaksanaan program adalah bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama, memperkukuh hubungan silaturahim serta menyemarakkan penghayatan bulan Ramadan dalam kalangan warga institusi.

Hasil daripada program tersebut, sebanyak 400 bekas bubur lambuk telah berjaya disediakan dan diagihkan kepada anggota yang bertugas di Penjara Wanita Kota Kinabalu, Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sabah & Wilayah Persekutuan Labuan serta Penjara Pusat Kota Kinabalu.

Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai objektif yang ditetapkan dan dilaksanakan dengan lancar hasil komitmen serta kerjasama semua pihak yang terlibat.

PROGRAM BACAAN YASSIN DAN AMBANGRAMADAN PENJARA WANITA KOTA KINABALUPada 13 Februari 2026, bersamaan dengan 25 Syaaban 1...
28/02/2026

PROGRAM BACAAN YASSIN DAN AMBANG
RAMADAN PENJARA WANITA KOTA KINABALU

Pada 13 Februari 2026, bersamaan dengan 25 Syaaban 1447 Hijrah, Unit Agama dan Unit Latihan Penjara Wanita Kota Kinabalau telah mengadakan Program bacaan Yassin dan Ambang Ramadan. Seramai 20 orang kakitangan pelbagai pangkat termasuk Guru-guru dari SHGW turut mengimarahkan program tersebut.

Objektif program ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim serta meningkatkan penghayatan ibadah dikalangan peserta.

Program ini bermula dengan bacaan Surah Yassin dan Tazkirah khas sempena Ambang Ramadan secara atas talian. Program ini diakhiri dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Asri bin Ishak.

Secara keseluruhanya ,program bacaan Yassin dan Ambang Ramadan telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Semoga melalui program ini akan meningkatkan amal dan ibadah serta muhasabah diri dalam menjalani ibadah puasa yang akan tiba.

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA-KETUA UNIT PENJARA WANITA KOTA KINABALU02 Februari 2026 - Majlis Serah Terima Tugas Ketu...
05/02/2026

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA-KETUA UNIT PENJARA WANITA KOTA KINABALU

02 Februari 2026 - Majlis Serah Terima Tugas Ketua-Ketua Unit Peringkat Penjara Wanita Kota Kinabalu telah berlangsung dengan lancar dan teratur pada 02 Februari 2026 dan 04 Februari 2026, bertempat di Bilik Mesyuarat Borneo, PWKK.

Majlis ini melibatkan pertukaran tempat tugas beberapa pegawai kanan institusi sebagai sebahagian usaha penstrukturan dan pengukuhan pengurusan organisasi. Antara pegawai kanan yang terlibat dalam serah terima tugas ini ialah PPP. Fordiah binti Kassim, PPP. Abd Sani bin Abdullah, PPP. Noni Uteng, KIP Norlizah Rapaie, KIP Rosnani Boboh, KIP Valerie Udi dan Insp Norshalina binti Mohd Aizi.

Serah Terima Tugas ini telah disaksikan oleh TPP Rosliza binti Ishak, Timbalan Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu dalam suasana penuh profesionalisme serta semangat kerjasama antara pegawai yang terlibat.

Aturcara penutupan majlis diakhiri dengan ucapan penutup daripada TPP Rosliza binti Ishak yang telah menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada pegawai yang bertukar tugas atas sumbangan serta komitmen yang telah diberikan sebelum ini. Beliau turut mengharapkan agar semua pegawai yang terlibat dapat terus mengekalkan tahap integriti, disiplin dan prestasi kerja yang cemerlang ditempat baharu demi memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan jabatan Penjara Malaysia.

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA SEKSYEN KHIDMAT PELANGGAN, LEMBAGA HASiL DALAM NEGERI MALAYSIA (HASiL) KEPADA PENGARAH PENJARA...
31/01/2026

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA SEKSYEN KHIDMAT PELANGGAN, LEMBAGA HASiL DALAM NEGERI MALAYSIA (HASiL) KEPADA PENGARAH PENJARA WANITA KOTA KINABALU

27 Januari 2026 jam 9.00 pagi, satu kunjungan hormat telah diadakan oleh Seksyen Khidmat Pelanggan, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ke Penjara Wanita Kota Kinabalu dan berlangsung di Bilik Mesyuarat Borneo, Institusi ini.

Kunjungan hormat diketuai oleh Encik Alexander Iskandar B Tanggang Mahmud bersama 2 pegawai ini disambut baik oleh PKP Noor Sazlawati binti Zakaria, Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu dan turut hadir bersama ialah TPP Dida Ayu binti Ab Hamid bersama barisan pegawai kanan dan beberapa kakitangan awam institusi.

Kunjungan ini diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) dan institusi Penjara Wanita Kota Kinabalu, disamping membincangkan beberapa perkara berkaitan percukaian. Perbincangan yang diadakan adalah selaras dengan aspirasi bersama dalam usaha meningkatkan kefahaman percukaian serta menyokong pembangunan negara.

Sepanjang sesi kunjungan, perbincangan telah berlangsung dalam suasana yang mesra dan profesional. Kedua-dua pihak telah bertukar pandangan mengenai aspek perkhidmatan dan perkara-perkara percukaian yang berkaitan, sekaligus memperkukuhkan hubungan strategik antara agensi kerajaan.

Secara keseluruhannya, kunjungan ini telah berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Diharapkan kerjasama yang terjalin antara Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dan institusi Penjara Wanita Kota Kinabalu dpaat diteruskan serta diperkukuhkan pada masa akan datang.

KURSUS PENYEGARAN TUGAS DAN PERANAN SUB INSPEKTOR DAN SARJAN MEJAR SERTA INTEGRITI PENJAWAT AWAM PERINGKAT PENJARA WANIT...
31/01/2026

KURSUS PENYEGARAN TUGAS DAN PERANAN SUB INSPEKTOR DAN SARJAN MEJAR SERTA INTEGRITI PENJAWAT AWAM PERINGKAT PENJARA WANITA KOTA KINABALU

26 - 29 Januari 2026, Unit Latihan Institusi (ULIN) Penjara Wanita Kota Kinabalu telah menganjurkan Kursus Penyegaran Tugas dan Peranan Sub-Inspektor, Sarjan Mejar serta Integriti Penjawat Awam bertempat di Penjara Wanita Kota Kinabalu, Sabah.

Kursus yang berlangsung selama tiga (3) hari berturut-turut ini telah dihadiri oleh seramai 19 orang Sarjan Mejar. Penganjuran kursus ini bertujuan untuk memperkukuhkan kefahaman peserta terhadap peranan, tanggungjawab dan integriti sebagai pegawai dalam perkhidmatan awam khususnya di Jabatan Penjara Malaysia.

Sepanjang sesi kursus berlangsung, para peserta telah diberi pendedahan teori dan latihan praktikal berkaitan penggunaan tongkat Sub-Inspektor (SI) dan Sarjan Mejar (SM), termasuk latihan kawad menggunakan tongkat mengikut tatacara yang ditetapkan. Peserta kursus juga didedahkan dengan aspek kepimpinan, disiplin, etika perkhidmatan serta pemantapan nilai integriti dalam melaksanakan tugas harian.

Pada hari terakhir kursus, Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu PKP Noor Sazlawati binti Zakaria diiringi TPP Dida Ayu binti Ab Hamid selaku Timbalan Penguasa Bahagian Pengurusan PWKK bersama PPP Abd Sani bin Abdullah telah sudi menghadiri majlis penutupan kursus dan menyampaikan sijil beserta cenderahati kepada para jurulatih, penceramah dan peserta kursus.

Program seumpama ini diharapkan dapat meningkatkan tahap profesionalisme, keyakinan diri dan keberkesanan tugas para SM di dalam memimpin anggota bawahan ke arah menyokong kecemerlangan organisasi dan selaras dengan Pelan Strategik Jabatan Penjara Malaysia 2026-2030.

Sekian dan terima kasih.

Laporan disediakan oleh :
KIP NORZALINAH BT. JAYA

PROGRAM MINGGUAN KAKITANGAN NON MUSLIM KOMPLEKS PENJARA KOTA KINABALU12 Disember 2025 (Jumaat) - Program Non Muslim pada...
14/12/2025

PROGRAM MINGGUAN KAKITANGAN NON MUSLIM KOMPLEKS PENJARA KOTA KINABALU

12 Disember 2025 (Jumaat) - Program Non Muslim pada minggu ini telah dianjurkan oleh Penjara Wanita Kota Kinabalu yang telah diadakan di Bilik Seminar PPNSL.

Sesi pada minggu ini menampilkan ceramah bertajuk “Spiritualiti Advent: Tuhan Beserta Kita” yang disampaikan oleh Sister Anita J. Lintanga dari Pejabat Caritas Kota Kinabalu, Pusat Keuskupan Agung Katolik. Pengisian program turut mempersembahkan carolling daripada Joyful Bells Choir daripada Penjara Wanita Kota Kinabalu yang menambahkan nilai penghayatan terhadap musim Advent.

Keseluruhan pelaksanaan program berjalan dengan lancar dengan penyertaan daripada semua kakitangan yang beragama kristian.

PELAKSANAAN AGIHAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) 2025 PENJARA WANITA & SEKOLAH HENRY GURNEY WANITA KOTA KINABALUPelaksana...
10/12/2025

PELAKSANAAN AGIHAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) 2025 PENJARA WANITA & SEKOLAH HENRY GURNEY WANITA KOTA KINABALU

Pelaksanaan agihan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 di Penjara Wanita dan Sekolah Henry Gurney Wanita Kota Kinabalu telah berlangsung pada 08 Disember 2025 dengan teratur dan lancar. Program ini bertujuan memberikan bantuan berbentuk barangan asas kepada penghuni yang layak bagi meringankan keperluan harian serta menyokong kesejahteraan mereka semasa menjalani hukuman.

Majlis agihan turut dihadiri oleh TPP Rosliza binti Ishak, Timbalan Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu, PPP Abdul Sani bin Abdullah, serta pegawai-pegawai daripada Koperasi Pegawai Penjara Malaysia Berhad (KOPEN). Kehadiran pegawai-pegawai ini mencerminkan komitmen pihak pengurusan dalam memastikan program kebajikan penghuni dilaksanakan dengan baik.

Seramai 72 orang penghuni telah disahkan layak menerima agihan SARA 2025. Proses agihan dijalankan secara sistematik mengikut senarai penerima yang telah disemak dan disahkan. Pemantauan rapi oleh pegawai bertugas memastikan setiap peringkat agihan mematuhi prosedur keselamatan dan tatacara yang ditetapkan. Barangan asas diagihkan dengan tertib dan teratur, memastikan kelancaran program tanpa sebarang isu.

Secara keseluruhan, pelaksanaan program SARA 2025 di Penjara Wanita dan Sekolah Henry Gurney Wanita Kota Kinabalu mencapai objektifnya dalam membantu penghuni yang layak. Pihak penjara merakamkan penghargaan kepada semua pegawai yang terlibat, khususnya pihak pengurusan penjara dan KOPEN, atas komitmen dan kerjasama yang menjayakan program ini.

Address

Jalan Penjara
Kota Kinabalu
88811

Opening Hours

Monday 08:00 - 15:00
Tuesday 08:00 - 15:00
Wednesday 08:00 - 15:00
Thursday 08:00 - 15:00
Saturday 08:00 - 12:00
Sunday 08:00 - 15:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penjara Wanita KK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share