CGSO Sabah

CGSO Sabah Agensi kerajaan yang bertanggungjawab memberi khidmat nasihat berkaitan Keselamatan Perlindungan

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐏𝐑𝐄𝐒𝐈𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆 (𝐀𝐏𝐂) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐂...
12/05/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐏𝐑𝐄𝐒𝐈𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆 (𝐀𝐏𝐂) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐂𝐆𝐒𝐎)

𝟏𝟏 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝟏 - Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) telah menganjurkan Majlis Apresiasi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 bagi menghargai warga kerja yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dan berintegriti tinggi dalam perkhidmatan.

Pejabat CGSO Negeri Sabah turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada:

1. Encik Mohd Redzuan Bin Ruzali
Timbalan Pengarah, Pejabat CGSO Negeri Sabah
atas penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025. Komitmen dan dedikasi yang ditunjukkan wajar menjadi contoh kepada seluruh warga CGSO.

YBhg. Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia dalam ucapannya menzahirkan penghargaan kepada semua warga CGSO dan berharap agar penganugerahan ini menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada negara.
Syabas dan tahniah!

12/05/2026
20/03/2026
20/03/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌, 𝐌𝐀𝐀𝐅 𝐙𝐀𝐇𝐈𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐓𝐈𝐍

Salam Aidilfitri saya ucapkan dengan penuh keikhlasan. Semoga hari yang mulia ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua.

Kepada seluruh pegawai dan warga CGSO yang bertugas sepanjang musim perayaan ini, sesungguhnya kita memikul amanah yang besar dalam memastikan keselamatan perlindungan negara sentiasa berada pada tahap tertinggi. Laksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan integriti demi memelihara nama baik serta kecemerlangan CGSO.

Di ambang Syawal yang mulia, semoga segala rindu yang terpendam terlerai dengan kepulangan yang dinanti dan setiap langkah yang diatur membawa kita kembali kepada fitrah dengan hati yang bersih, penuh keinsafan dan kesyukuran.

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐟𝐢𝐭𝐫𝐢, 𝐌𝐚𝐚𝐟 𝐙𝐚𝐡𝐢𝐫 𝐝𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐭𝐢𝐧.

Ikhlas daripada:
𝗪.𝗛𝘂𝘀𝗯𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗪.𝗠𝗼𝗵𝗱
𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗞𝗲𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻





20/03/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌, 𝐌𝐀𝐀𝐅 𝐙𝐀𝐇𝐈𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐓𝐈𝐍

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita sekali lagi diberikan kesempatan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 1447H/2026M yang penuh keberkatan ini.

Bersempena dengan ketibaan Syawal yang mulia, Pengurusan Tertinggi, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Jabatan Perdana Menteri ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga CGSO, rakan strategik serta seluruh umat Islam di Malaysia. Semoga Aidilfitri ini membawa rahmat, ketenangan dan kebahagiaan kepada kita semua.

Pengurusan Tertinggi CGSO amat menghargai komitmen dan dedikasi yang telah ditunjukkan oleh seluruh warga CGSO termasuk kader CGSO, dalam mendepani cabaran serta memastikan kelangsungan dan kecemerlangan organisasi. Kejayaan yang dikecapi merupakan hasil daripada semangat kebersamaan dan iltizam yang tinggi.

Akhir kata, semoga sambutan Aidilfitri ini diraikan dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan, di samping terus mengeratkan ukhuwah antara kita semua.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas daripada:
Pengurusan Tertinggi CGSO





20/03/2026

Salam Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin dari CGSO Sabah

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 (𝐉𝐊𝐏𝐊) 𝐒𝐀𝐒𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐈𝐍𝐆 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐁𝐈𝐋 𝟏 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔𝟏𝟕 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊...
19/03/2026

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 (𝐉𝐊𝐏𝐊) 𝐒𝐀𝐒𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐈𝐍𝐆 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐁𝐈𝐋 𝟏 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

𝟏𝟕 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐨𝐭𝐚 𝐊𝐢𝐧𝐚𝐛𝐚𝐥𝐮 – Pengarah Keselamatan Kerajaan Negeri Sabah selaku Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pemeriksaan Keselamatan (JKPK) Sasaran Penting Negeri Sabah telah mempengerusikan Mesyuarat JKPK Sasaran Penting Negeri Sabah Bil. 1 Tahun 2026 di Bilik Mesyuarat CGSO Sabah pada 17 Mac 2026.

Mesyuarat tersebut telah dihadiri Pegawai-Pegawai daripada Markas 5 Divisyen Kem Lok Kawi, Cawangan Khas Ibu Pejabat Kontijen Sabah dan Bahagian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pejabat Ketua Menteri Sabah serta ahli jemputan mesyuarat bagi membicangkan beberapa isu yang perlu dibangkitkan.

JKPK senantiasa komited dalam memastikan agar Instalasi Sasaran Penting Negeri Sabah dapat menyediakan perkhidmatan instalasi dalam keadaan baik dan dapat memberi perkhidmatan dalam apa jua situasi yang mendatang.

LAWATAN RASMI KETUA PENGARAH KESELAMATAN KERAJAAN KE PEJABAT KETUA PEGAWAI KESELAMATAN KERAJAAN MALAYSIA (CGSO) NEGERI S...
17/03/2026

LAWATAN RASMI KETUA PENGARAH KESELAMATAN KERAJAAN KE PEJABAT KETUA PEGAWAI KESELAMATAN KERAJAAN MALAYSIA (CGSO) NEGERI SABAH

16 Mac 2026 | Kota Kinabalu - Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) Negeri Sabah telah menerima kunjungan rasmi daripada YBrs. Tuan W.Husbi bin W.Mohd, Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan.

Lawatan kerja ini bertujuan untuk memantau pengoperasian serta memperkukuh hala tuju aspek keselamatan perlindungan di peringkat negeri. Dalam sesi taklimat yang diadakan, YBrs. Ketua Pengarah menekankan kepentingan integriti dan kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan demi memartabatkan perkhidmatan keselamatan perlindungan kepada Jabatan dan Agensi di Negeri Sabah.

Seluruh warga CGSO Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian YBrs. Ketua Pengarah meluangkan masa dan memberikan amanat yang cukup bermakna buat kami di Negeri Di Bawah Bayu.




𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐍𝐉𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐄𝐋𝐄𝐂𝐓𝐑𝐈𝐂𝐈𝐓𝐘 (𝐒𝐄) 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐌 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒...
13/03/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐍𝐉𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐄𝐋𝐄𝐂𝐓𝐑𝐈𝐂𝐈𝐓𝐘 (𝐒𝐄) 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐌 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐒𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐈𝐍𝐆 (𝐉𝐊𝐏𝐊) 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊 𝐔𝐓𝐀𝐌𝐀 (𝐏𝐌𝐔) 𝐊𝐀𝐋𝐔𝐌𝐏𝐀𝐍𝐆, 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐔

𝟏𝟐 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐓𝐚𝐰𝐚𝐮 – Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) Negeri Sabah selaku Urus Setia Jawatankuasa Sasaran Penting Negeri (JSPN) Sabah telah melaksanakan Pemeriksaan Penilaian Keselamatan yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pemeriksaan Keselamatan (JKPK) Sasaran Penting di Pencawang Masuk Utama (PMU) Kalumpang, Tawau.

Wakil Pegawai PMU Kalumpang telah membentangkan taklimat fungsi dan perkhidmatan instalasi kepada Tim JKPK Sabah dan seterusnya bersama-sama melaksanakan tinjauan fizikal di sekitar PMU Kalumpang.

Lawatan kerja ini bertujuan untuk meninjau dan memastikan kelangsungan perkhidmatan Sasaran Penting negara terjamin serta sentiasa berada dalam keadaan bersiap siaga dengan senario keselamatan global sebagai panduan bagi mengelak implikasi buruk terhadap ekonomi, keselamatan, pertahanan dan kelangsungan fungsi-fungsi kerajaan.




𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐍𝐉𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐄𝐋𝐄𝐂𝐓𝐑𝐈𝐂𝐈𝐓𝐘 (𝐒𝐄) 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐌 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒...
11/03/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐍𝐉𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐄𝐋𝐄𝐂𝐓𝐑𝐈𝐂𝐈𝐓𝐘 (𝐒𝐄) 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐌 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐒𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐈𝐍𝐆 (𝐉𝐊𝐏𝐊) 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊 𝐔𝐓𝐀𝐌𝐀 (𝐏𝐌𝐔) 𝐃𝐀𝐌 𝐑𝐎𝐀𝐃 𝐋𝐀𝐇𝐀𝐃 𝐃𝐀𝐓𝐔

𝟏𝟏 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐋𝐚𝐡𝐚𝐝 𝐃𝐚𝐭𝐮 – Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) Negeri Sabah selaku Urus Setia Jawatankuasa Sasaran Penting Negeri (JSPN) Sabah telah melaksanakan Pemeriksaan Penilaian Keselamatan yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pemeriksaan Keselamatan (JKPK) Sasaran Penting di Pencawang Masuk Utama (PMU) Dam Road Lahad Datu.

Wakil Pegawai PMU Dam Road telah membentangkan taklimat fungsi dan perkhidmatan instalasi kepada Tim JKPK Sabah dan seterusnya bersama-sama melaksanakan tinjauan fizikal di sekitar PMU Dam Road.

Lawatan kerja ini bertujuan untuk meninjau dan memastikan kelangsungan perkhidmatan Sasaran Penting negara terjamin serta sentiasa berada dalam keadaan bersiap siaga dengan senario keselamatan global sebagai panduan bagi mengelak implikasi buruk terhadap ekonomi, keselamatan, pertahanan dan kelangsungan fungsi-fungsi kerajaan.




PEMERIKSAAN KESELAMATAN FIZIKAL KAWASAN LARANGAN DAN TEMPAT LARANGAN DI BAWAH AKTA KAWASAN LARANGAN DAN TEMPAT LARANGAN ...
11/03/2026

PEMERIKSAAN KESELAMATAN FIZIKAL KAWASAN LARANGAN DAN TEMPAT LARANGAN DI BAWAH AKTA KAWASAN LARANGAN DAN TEMPAT LARANGAN 1959 (AKTA 298) DI KOMPLEKS PENJARA LAHAD DATU

10 Mac 2026 | Lahad Datu – YBrs. Pengarah Keselamatan Kerajaan, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) Negeri Sabah telah mengadakan Pemeriksaan Keselamatan Fizikal Kawasan Larangan dan Tempat Larangan (KLTL) bersama Pegawai-pegawai dari CGSO Sabah di Kompleks Penjara Lahad Datu, Sabah.

Turut hadir sama ialah Pegawai-pegawai daripada Kompleks Penjara Lahad Datu yang diketuai oleh Pengarah Penjara Lahad Datu dan telah memberi taklimat fungsi dan tahap keselamatan fizikal KLTL Kompleks Penjara Lahad Datu.

Lawatan kerja ini bertujuan untuk menilai dan memantau tahap Keselamatan Perlindungan di premis yang telah diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta 298 agar senantiasa dalam keadaan baik dan terjamin tahap keselamatannya.

Address

Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Negeri
Kota Kinabalu
88400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088488444

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CGSO Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share