10/09/2026
MESYUARAT KETUA JABATAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK BERSAMA KETUA BAHAGIAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK KONTINJEN SABAH BIL. 02/2026
π IPK Sabah | 10 September 2026
Mesyuarat KJSPT & KBSPT Kontinjen Sabah Bil. 02/2026 telah berlangsung dengan lancar dan berfokus, dipengerusikan oleh YDH DSP Syahlan bin Sukimin, Timbalan KJSPT Sabah, bersama Pegawai-Pegawai Turus JSPT IPK Sabah serta Ketua-Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Dalam Kontinjen Sabah.
Mesyuarat memberi penekanan terhadap strategic alignment, operational effectiveness dan pemantapan tadbir urus dalam memperkukuh pengurusan serta penguatkuasaan trafik di seluruh Kontinjen Sabah.
Amanat dan penegasan YDH Timbalan KJSPT Sabah turut menekankan kepentingan kepimpinan yang berkesan, profesionalisme, integriti serta pelaksanaan arahan yang jelas, terukur dan berorientasikan hasil.
Setiap keputusan tidak seharusnya berhenti di meja perbincangan, sebaliknya perlu diterjemahkan kepada tindakan, pemantauan dan outcome yang memberi impak nyata kepada keberkesanan penguatkuasaan serta keselamatan pengguna jalan raya.
βDaripada arahan kepada tindakan.
Daripada tindakan kepada hasil.β
JSPT Kontinjen Sabah akan terus memperkukuh sinergi, meningkatkan keupayaan operasi dan memastikan penyampaian perkhidmatan yang profesional, responsif serta berintegriti demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.