BPJKK IPD Kota Kinabalu

BPJKK IPD Kota Kinabalu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from BPJKK IPD Kota Kinabalu, Government Organization, Jalan Pahlawan, Kota Kinabalu.

07/02/2026

Semoga sahabat2 terus komited. Syabas & Tahniah

09/01/2026
22/09/2025
07/08/2025LAPORAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) BODY WORN CAMERATarikh: 7 Ogos 2025 (khamis)Masa: 1400hrs -1530hrs Te...
07/08/2025

07/08/2025

LAPORAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) BODY WORN CAMERA

Tarikh: 7 Ogos 2025 (khamis)
Masa: 1400hrs -1530hrs
Tempat: Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu

Seramai 30 Anggota BPJKK hadir dalam LDP kali ini.

PEGAWAI LDP
INSP THOMAS (TSM)

OBJEKTIF

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan & kecekapan dalam pengendalian Body Worn Camera (BWC) kepada Petugas-Petugas dilapangan dalam melaksanakan tugasan harian.
LDP ini turut menyokong aspirasi bersama melalui slogan

“Polis dan Masyarakat, Berpisah Tiada”

IG DATO' SRI HJ. MOHD KHALID DILANTIK KPN KE-15Seluruh warga kerja Polis Diraja Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi sya...
20/06/2025

IG DATO' SRI HJ. MOHD KHALID DILANTIK KPN KE-15

Seluruh warga kerja Polis Diraja Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail atas pelantikan sebagai Ketua Polis Negara (KPN) ke-15 pada hari ini.

Dato' Sri Hj. Mohd Khalid yang dilahirkan di Manong, Perak pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam Pasukan khususnya Cawangan Khas antaranya Ketua Penolong Pengarah E4 dan Timbalan Pengarah sebelum dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas pada tahun 2023.

Setinggi-tinggi tahniah sekali lagi dan selamat bertugas Dato' Sri Hj. Mohd Khalid.






#20062025

GENERAL ROLLCALL DAN IKRAR AKTA RAHSIA RASMI 1972, TAHUN 2025 BAGI BAHAGIAN PENCEGAHAN JENAYAH DAN KESELAMATAN KOMUNITI ...
18/06/2025

GENERAL ROLLCALL DAN IKRAR AKTA RAHSIA RASMI 1972, TAHUN 2025 BAGI BAHAGIAN PENCEGAHAN JENAYAH DAN KESELAMATAN KOMUNITI (BPJKK) IPD KOTA KINABALU

TARIKH : 18/06/2025 (Rabu)
MASA : 1430Hrs - 1530Hrs
TEMPAT: Dewan Serbaguna IPD Kota Kinabalu

"POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA"

Polis Sabah
JPJKK Kontinjen Sabah
Polis Daerah Kota Kinabalu

10/06/2025 BPJKK IPD Kota Kinabalu Bantuan awal kemalangan oleh ASP Syarin dan Anggota MPV SM 130 yang sedang menjalanka...
10/06/2025

10/06/2025 BPJKK IPD Kota Kinabalu

Bantuan awal kemalangan oleh ASP Syarin dan Anggota MPV SM 130 yang sedang menjalankan rondaan di jalan kemajuan FlyOver karamunsing melibatkan sebuah motosikal dan sebuah pick up jenis toyota.

Polis Daerah Kota Kinabalu
JPJKK Kontinjen Sabah
Polis Sabah

Salurkan maklumat jenayah dikawasan anda melalui QR Code Aduan
28/05/2025

Salurkan maklumat jenayah dikawasan anda melalui QR Code Aduan

Kejayaan PDRM Sabah: Aktiviti Pengedaran Dadah di Kg Sungai Rotan Kinabatangan Berjaya Dipatahkan Melalui QR Code Aduan Masyarakat

Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Kinabatangan telah melancarkan operasi tapis di kawasan Kg Sungai Rotan, Kinabatangan, berdasarkan maklumat awam yang diterima melalui QR Code Aduan Masyarakat.

Hasil operasi tersebut, seorang pengedar dadah tempatan berusia dalam lingkungan 30-an telah berjaya ditangkap bersama rampasan dadah jenis syabu seberat 6.01 gram. Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

PDRM menyeru orang ramai agar terus menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti jenayah atau kesalahan yang boleh mengganggu ketenteraman dan keselamatan masyarakat. PDRM memberi jaminan bahawa setiap aduan yang diterima akan diambil tindakan sewajarnya dengan kerahsiaan pemberi maklumat dijamin sepenuhnya.




Jom Daftar VSP
27/05/2025

Jom Daftar VSP

Jom jadi mata dan telinga PDRM!
Lindungi komuniti kita dengan menyertai Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

Muat turun aplikasi VSP sekarang dan laporkan sebarang aktiviti mencurigakan terus dari telefon anda.
Bersama Mencegah Jenayah!


20/05/2025

KEJAYAAN PDRM SABAH: MAKLUM BALAS MELALUI QR CODE ADUAN MASYARAKAT BANTU TUMPASKAN AKTIVITI PENGEDARAN KETUM DI SANDAKAN

Sandakan, Sabah – Keprihatinan masyarakat dalam menyalurkan maklumat melalui sistem QR Code Aduan Masyarakat terus membuahkan hasil apabila sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Sandakan berjaya menumpaskan satu lagi kegiatan pengedaran air ketum.

Dalam serbuan yang dijalankan di sebuah premis kediaman di PPR Taman Muhibbah, Batu 12, Sandakan, pihak polis menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran air ketum.

Hasil pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian menemukan sebanyak 28 botol plastik berisi cecair disyaki air ketum serta beberapa peralatan pemprosesan yang dipercayai digunakan dalam penghasilan bahan larangan tersebut.

Suspek kini disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, yang memperuntukkan hukuman terhadap individu yang memiliki atau mengendalikan racun berjadual tanpa kebenaran sah.

Pengambilan air ketum secara berlebihan boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan seperti gangguan mental, kerosakan hati, ketagihan serta pengurangan keupayaan kognitif. Ia turut menyumbang kepada peningkatan masalah sosial dan jenayah di kalangan masyarakat.

PDRM Sabah mengucapkan terima kasih atas sokongan berterusan masyarakat dalam membanteras jenayah dan menyeru orang ramai agar terus menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti menyalahi undang-undang. Kerjasama ini amat penting dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan komuniti terus terpelihara.



Address

Jalan Pahlawan
Kota Kinabalu
88200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BPJKK IPD Kota Kinabalu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share