Taska Perpaduan Nosoob Baru Penampang Sabah

Taska Perpaduan Nosoob Baru Penampang Sabah Taska Perpaduan Nosoob Baru Penampang adalah di bawah seliaan Kementerian Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Email : [email protected]

06/06/2026
06/06/2026

Kementerian Perpaduan Negara akan mengadakan Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Pekarangan Kompleks Sukan Likas pada 11hb Jun hingga 14hb Jun 2026 ini.

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda semua seperti Pameran Rumah KAMI, 5 Perkampungan Etnik, Pertandingan Sabah Idol, FoodUnites,Jualan MADANI, Pertandingan E-Sports, Larian Negara Bangsa, Persembahan Artis terkenal tanah Air Awie, Estranged, Jaclyn Victor di Konsert Malam Unity Sama-Sama dan ramai lagi.

Bah! Datanglah beramai-ramai ke Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Kebangsaan!!!

Masuk adalah percuma

Jumpa anda di sana!

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
Sabah
Jabatan Penerangan Malaysia
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional





LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KDCA (KADAZANDUSUN CULTURAL ASSOCIATION)Tarikh : 08 Mei 2026 (Jumaat)Lawatan ke KDCA ini bertu...
08/05/2026

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KDCA (KADAZANDUSUN CULTURAL ASSOCIATION)

Tarikh : 08 Mei 2026 (Jumaat)

Lawatan ke KDCA ini bertujuan untuk mendedahkan kanak-kanak kepada warisan budaya etnik tempatan termasuklah:
✅ Melawat rumah-rumah tradisi,
✅ Bermain gong dan menari sumazau,
✅ Melastik
✅ Melihat demonsrati membuat api dan
✅ Merasai keseronokan melompat di lansaran(trampolin) Murut.

PROGRAM GOTONG-ROYONG JPTSP NOSOOB BARU.Tarikh: 18 April 2026 (Sabtu)
19/04/2026

PROGRAM GOTONG-ROYONG JPTSP NOSOOB BARU.

Tarikh: 18 April 2026 (Sabtu)

PROGRAM MENU SIHAT PERPADUAN TASKA PERPADUAN NOSOOB BARU PENAMPANG TAHUN 2026 🍽️📅 18 April 2026 (Sabtu)🕘 8:00 pagiAktivi...
18/04/2026

PROGRAM MENU SIHAT PERPADUAN
TASKA PERPADUAN NOSOOB BARU PENAMPANG
TAHUN 2026 🍽️

📅 18 April 2026 (Sabtu)
🕘 8:00 pagi

Aktiviti Pengisian :
1.Pertandingan Bento.
Pertandingan menyediakan bekal makanan seimbang dan kreatif. Aktiviti ini menekankan amalan konsep "Suku-Suku
Separuh" melalui penyusunan karbohidrat, protein, sayuran, dan
buah-buahan dalam bekas makanan yang menarik.

2. Kuiz Piramid Sihat
Sesi interaktif menguji pengetahuan kanak-kanak mengenai kumpulan makanan dan memperkukuh kefahaman kanak-kanak tentang nutrisi.

3. Sesi Perkongsian Pemakanan Sihat
Perkongsian berkenaan kepentingan
Makan Sihat (Pelbagai, Seimbang, Sederhana) melalui edaran risalah dari KKM.

OBJEKTIF PROGRAM
Objektif pelaksanaan program ini adalah seperti berikut:
✅ Meningkatkan pengetahuan serta kefahaman kanak-kanak, murid, ibu
bapa dan masyarakat mengenai kepentingan pengamalan menu sihat
dalam kehidupan seharian;
✅ Meningkatkan kesedaran kepada ibu bapa dan masyarakat mengenai
penyediaan menu sihat yang bernutrisi;
✅ Mengukuhkan kesedaran dalam pengamalan gaya hidup dan budaya
pemakanan sihat; dll.

MESYUARAT PENUBUHAN JAWATANKUASA PENYELARAS TASKA PERPADUAN NOSOOB BARU PENAMPANG TAHUN 2026.Tarikh: 15 Januari 2026 (Kh...
02/02/2026

MESYUARAT PENUBUHAN JAWATANKUASA PENYELARAS TASKA PERPADUAN NOSOOB BARU PENAMPANG TAHUN 2026.

Tarikh: 15 Januari 2026 (Khamis)
Tempat : Taska Perpaduan Nosoob Baru Penampang.

🎊Program "Jom Baca Bersama" 📅Tarikh : 1 Oktober 2025 🏡Tempat : TSP NOSOOB BARU SABAHProgram ini merupakan aktiviti yang ...
01/10/2025

🎊Program "Jom Baca Bersama"
📅Tarikh : 1 Oktober 2025
🏡Tempat : TSP NOSOOB BARU SABAH
Program ini merupakan aktiviti yang dilaksanakan serentak di Tabika & Taska Perpaduan seluruh negara selama 10 minit bermula 11.00 pagi pada hari ini. Kanak-kanak bersama pendidik membaca bahan bacaan yang terdapat di pusat masing-masing. Aktiviti ini mampu menambah dan menarik minat kanak-kanak untuk membaca. Semasa aktiviti ini dijalankan kanak-kanak seronok melihat gambar-gambar yang terdapat pada bahan bacaan. Mereka juga mencuba untuk menyebut gambar yang terdapat pada buku tersebut sambil berkomunikasi bersama rakan dan pendidik.

Address

Kg Nosoob Baru, Jalan Nosoob Baru
Kota Kinabalu
88807

Opening Hours

Monday 08:00 - 12:30
Tuesday 08:00 - 12:30
Wednesday 08:00 - 12:30
Thursday 08:00 - 12:30
Friday 08:00 - 12:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Taska Perpaduan Nosoob Baru Penampang Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share