29/10/2025
29 Oktober 2025 (Rabu) | Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Tuaran
Pemaju Mukim UPPM N.14 Tamparuli, Sairan Osman, telah mewakil Pejabat Uppm Tamparuli menghadiri mesyuarat *JAWATANKUASA DENGGI DAERAH TUARAN BIL 5/2025,* bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Tuaran, hari ini.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Tuaran tuan Herman Tunggiging
Pada mesyuarat tersebut,Herman menekankan kepada semua ahli mesyuarat agar dapat mengambil berat perkara berkaitan kesedaran terhadap bahaya nyamuk Aedes dan penyakit Denggi ini.
Beliau juga meminta kepada semua jabatan agar mengambil langkah proaktif serta menitikberatkan langkah keselamatan dan kesihatan di dalam jabatan masing-masing, sekaligus sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti membenteras penyebaran nyamuk Aedes agar dapat membantu mengurangkan penularan penyakit yang berpunca dari nyamuk Aedes, di daerah Tuaran.
Di samping itu, katanya, program gotong-royong juga perlu dilaksanakan dan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membendung wabak denggi.
Mesyuarat sebentar tadi turut melibatkan JabatanΒ² Kerajaan Negeri dan Persekutuan dari seluruh daerah Tuaran.