01/05/2026
Selamat Hari Pekerja kepada seluruh rakyat Malaysia!
Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pekerja yang telah menyumbang tenaga, masa dan usaha dalam membangunkan negara tercinta. Dedikasi anda dalam pelbagai sektor adalah tunjang kepada kemajuan ekonomi, kesejahteraan masyarakat dan kelestarian alam sekitar.
Sesungguhnya, setiap keringat yang dicurahkan membawa makna besar dalam membina masa depan yang lebih mampan dan sejahtera untuk generasi akan datang. Teruskan berbakti dengan penuh integriti, semangat dan komitmen.
“Pekerja Tonggak Kemakmuran Negara”
Ikhlas daripada,
Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA)
1 Mei 2026