Bahagian Keselamatan, Jabatan Pendaftar UMS

Bahagian Keselamatan, Jabatan Pendaftar UMS Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Bahagian Keselamatan, Jabatan Pendaftar UMS, Government Organization, Universiti Malaysia, Kota Kinabalu.

πŸŽ“ MAJLIS TAMAT LATIHAN PELAJAR PRAKTIKAL 08 Jun 2026 | Pejabat Bahagian Keselamatan UMSBahagian Keselamatan, Jabatan Pen...
08/06/2026

πŸŽ“ MAJLIS TAMAT LATIHAN PELAJAR PRAKTIKAL

08 Jun 2026 | Pejabat Bahagian Keselamatan UMS

Bahagian Keselamatan, Jabatan Pendaftar UMS telah mengadakan Majlis Tamat Latihan Pelajar Praktikal bagi meraikan dan menghargai sumbangan dua orang pelajar daripada North Borneo University (NBU) yang telah menamatkan sesi latihan industri di BKUMS.

Sepanjang tempoh latihan praktikal, para pelajar telah didedahkan dengan pelbagai aspek pengurusan keselamatan kampus, termasuk pentadbiran keselamatan, kawalan operasi keselamatan serta pengurusan lalu lintas kampus, sebagai pendedahan awal kepada situasi sebenar pengoperasian keselamatan di institusi pengajian tinggi.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada:

πŸ”Ή Encik Hafiz Chong
πŸ”Ή Encik Han Afnan Bin Mohammad Hail
Diploma Pengurusan Keselamatan (DSM), North Borneo University (NBU)

Semoga segala pengalaman, ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh sepanjang menjalani latihan praktikal ini menjadi nilai tambah dalam pembentukan kerjaya serta terus menjadi pemangkin kecemerlangan pada masa hadapan.

Terima kasih atas komitmen dan jasa yang telah dicurahkan. Semoga terus maju jaya.

β€œTogether We Serve” 🀝

North Borneo University - NBU

🌾 Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan 2026 🌾Bahagian Keselamatan Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengucapkan Selamat Menya...
01/06/2026

🌾 Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan 2026 🌾

Bahagian Keselamatan Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan kepada seluruh warga UMS dan masyarakat Sabah.

Semoga sambutan Kaamatan tahun ini membawa kegembiraan, memperkukuhkan perpaduan serta menjadi wadah untuk menghargai warisan budaya yang kaya dan unik.

Marilah kita bersama-sama memelihara keharmonian, keselamatan dan kesejahteraan demi mewujudkan persekitaran kampus yang selamat dan kondusif untuk semua.

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan.
✨ Kaamatan Montok Toinsanan ✨

Ikhlas Daripada
Seluruh Warga Bahagian Keselamatan, Jabatan Pendaftar UMS

β€˜Together We Serve’


πŸͺ· Selamat Menyambut Hari Wesak 2026Bahagian Keselamatan, Jabatan Pendaftar UMS mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada sel...
01/06/2026

πŸͺ· Selamat Menyambut Hari Wesak 2026

Bahagian Keselamatan, Jabatan Pendaftar UMS mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada seluruh warga kampus dan masyarakat yang meraikannya.

Semoga perayaan yang penuh bermakna ini menjadi inspirasi untuk terus menyemai nilai-nilai murni, memperkukuh semangat perpaduan serta memupuk sikap saling menghormati antara satu sama lain.

Bersama-sama kita membentuk komuniti kampus yang harmoni, selamat dan sejahtera untuk semua.

β€œKeselamatan Tanggungjawab Bersama”

Setulus ikhlas daripada
Seluruh Warga Bahagian Keselamatan, Jabatan Pendaftar UMS


🌾 Selamat Menyambut Hari Gawai Dayak 2026 🌾Ikhlas daripada Bahagian Keselamatan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) kepada ...
01/06/2026

🌾 Selamat Menyambut Hari Gawai Dayak 2026 🌾

Ikhlas daripada Bahagian Keselamatan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) kepada seluruh warga UMS serta masyarakat yang meraikannya.

Semoga sambutan Hari Gawai pada tahun ini membawa keberkatan, kegembiraan, kesejahteraan dan mengeratkan lagi semangat perpaduan, keharmonian serta kebersamaan dalam kepelbagaian budaya.

β€œGayu Guru, Gerai Nyamai”
Semoga panjang umur, sihat sejahtera dan murah rezeki.

Selamat Hari Gawai! πŸŽ‰πŸŒΎ

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H πŸŒ™βœ¨Ikhlas daripada warga Bahagian Keselamatan Universiti Malaysia Sabah kepad...
26/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H πŸŒ™βœ¨

Ikhlas daripada warga Bahagian Keselamatan Universiti Malaysia Sabah kepada seluruh warga kampus dan masyarakat Muslim.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, keikhlasan pengorbanan serta mengeratkan ukhuwah sesama kita. Pandulah dengan cermat, utamakan keselamatan walau di mana anda berada. πŸš”πŸ’™

Setulus Ikhlas daripada
Seluruh Warga Bahagian Keselamatan, Jabatan Pendaftar UMS

Together We Serve





πŸŽ‰ UCAPAN SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN πŸŽ‰Seluruh warga Bahagian Keselamatan, Jabatan Pendaftar UMS mengucapkan setin...
26/05/2026

πŸŽ‰ UCAPAN SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN πŸŽ‰

Seluruh warga Bahagian Keselamatan, Jabatan Pendaftar UMS mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat menyambut ulang tahun kelahiran kepada
Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, JP
Naib Canselor

Semoga YBhg. Profesor Datuk dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan serta terus cemerlang memimpin UMS ke arah kegemilangan. 🌟

Setulus Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Bahagian Keselamatan, Jabatan Pendaftar UMS

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Ucapan TahniahKepada PK Syahrul Idham bin Pudding kerana isterinya telah selamat m...
23/05/2026

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Ucapan Tahniah

Kepada PK Syahrul Idham bin Pudding kerana isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata Perempuan pada 23 Mei 2026 di Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan.

Ikhlas daripada
Seluruh Warga Bahagian Keselamatan

HEBAHAN PANDUAN KESELAMATAN WARGA UMSDimohon semua warga UMS agar sentiasa peka dan berhati-hati terhadap ancaman anjing...
22/05/2026

HEBAHAN PANDUAN KESELAMATAN WARGA UMS

Dimohon semua warga UMS agar sentiasa peka dan berhati-hati terhadap ancaman anjing liar di dalam kampus.

Antara langkah pencegahan yang perlu diberi perhatian:
βœ… Laporkan segera jika terdapat anjing liar
βœ… Elakkan kawasan sunyi jika bersendirian
βœ… Pastikan kebersihan kawasan dijaga
βœ… Gunakan khidmat pengiring keselamatan jika perlu

Hotline BKUMS 24 Jam: 012-792 2979



SELAMAT HARI GURU 2026Terima kasih buat semua pendidik yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu dan membimbing anak bangs...
16/05/2026

SELAMAT HARI GURU 2026

Terima kasih buat semua pendidik yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu dan membimbing anak bangsa.

β€œGuru Bitara, Nadi Negara”

Tulus Ikhlas Daripada
Seluruh Warga Bahagian Keselamatan,
Jabatan Pendaftar UMS



π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ πˆππ” πŸπŸŽπŸπŸ” | 𝐒𝐄𝐓𝐄𝐆𝐔𝐇 πŠπ€π’πˆπ‡ πˆππ” Seluruh warga kerja Bahagian Keselamatan, Jabatan Pendaftar UMS merakamkan uca...
10/05/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ πˆππ” πŸπŸŽπŸπŸ” | 𝐒𝐄𝐓𝐄𝐆𝐔𝐇 πŠπ€π’πˆπ‡ πˆππ”


Seluruh warga kerja Bahagian Keselamatan, Jabatan Pendaftar UMS merakamkan ucapan terima kasih kepada semua wanita yang bergelar ibu atas segala pengorbanan, kasih sayang, doa dan penat lelah yang tidak pernah ternilai. Semoga para ibu sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam lindungannya. Selamat Hari Ibu.

Di balik setiap langkah kita, ada doa ibu yang mengiringi.

Ikhlas daripada
Seluruh Warga Bahagian Keselamatan, Jabatan Pendaftar UMS

TOGETHER WE SERVE



Address

Universiti Malaysia
Kota Kinabalu
88450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Keselamatan, Jabatan Pendaftar UMS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Keselamatan, Jabatan Pendaftar UMS:

Share