JKDM SABAH

JKDM SABAH LAMAN FACEBOOK RASMI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA SABAH

ISTIADAT PERBARISAN SEMPENA HARI JADI RASMI TYT YANG DI-PERTUA NEGERI SABAH TAHUN 202630 Mac 2026 - Dirgahayu Tuan Yang ...
30/03/2026

ISTIADAT PERBARISAN SEMPENA HARI JADI RASMI TYT YANG DI-PERTUA NEGERI SABAH TAHUN 2026

30 Mac 2026 - Dirgahayu Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Musa Haji Aman sempena sambutan Hari Jadi Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah Yang Ke 75 dengan ingatan tulus Ikhlas daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Sabah.

Selain itu, Pasukan Kawad Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Sabah turut menyertai pertandingan perbarisan Dan merangkul tempat yang ke - 3 bagi kategori berpakaian seragam rasmi sempena Hari Jadi Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah Yang Ke 75.

Turut hadir bersama YBrs. Dr. Ahmad Taufik Bin Sulaiman Pengarah Kastam Negeri Sabah bagi memenuhi jemputan pihak istana dan memberi sokongan moral kepada Kontinjen JKDM Sabah yang telah menunjukkan semangat kerja berpasukan sepanjang pertandingan.

SYABAS DAN TAHNIAH!






ยฉ๏ธ 2026 | Seksyen Perancangan Korporat Dan Latihan | Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah

24/03/2026

RANCANGAN KHAS AIDILFITRI SANDAKANfm 2026

โ€˜ Showcase Aidilfitri SANDAKANfm Bersama JKDM Sandakan '
๐Ÿ—“๏ธ 24 Mac 2026 ( 4 Syawal 1447H )
โฐ 10 Pagi

Istimewa Bersama :-
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sandakan

Penerbit Rancangan :-
Abam Shaff







20/03/2026

๐‘บ๐‘จ๐‘ณ๐‘จ๐‘ด ๐‘จ๐‘ฐ๐‘ซ๐‘ฐ๐‘ณ๐‘ญ๐‘ฐ๐‘ป๐‘น๐‘ฐ 1447๐‘ฏ | 2026 ๐ŸŒ™โœจ

YBrs. Dr. Ahmad Taufik Bin Sulaiman, Pengarah Kastam Negeri Sabah, merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah serta semua warga Malaysia yang meraikannya.

Semoga lebaran yang diraikan ini membawa keberkatan yang melimpah, memperkukuh ukhuwah sesama warga kerja, dan menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kita meneruskan amanah perkhidmatan demi kedaulatan serta kemakmuran Negeri Sabah yang tercinta.

Kepada semua warga JKDM Sabah dan masyarakat yang pulang ke kampung halaman atau melakukan perjalanan di sekitar Negeri Di Bawah Bayu, pandulah dengan berhati-hati. Utamakan keselamatan diri dan keluarga agar Syawal ini dapat disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

PROGRAM IHYA RAMADAN REWANG & AGIHAN BUBUR LAMBUK BAHAGIAN PENGUATKUASAAN16 Mac 2026 โ€“ Bahagian Penguatkuasaan  Jabatan ...
17/03/2026

PROGRAM IHYA RAMADAN REWANG & AGIHAN BUBUR LAMBUK BAHAGIAN PENGUATKUASAAN

16 Mac 2026 โ€“ Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah telah menganjurkan Program Ihyaโ€™ Ramadan Rewang & Agihan Bubur Lambuk yang berlangsung dalam suasana penuh kemeriahan dan semangat kebersamaan.

Program ini telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Ahmad Taufik Bin Sulaiman, Pengarah Kastam Negeri Sabah yang turut bersama warga Bahagian Penguatkuasaan dalam aktiviti rewang menyediakan bubur lambuk sebelum diagihkan kepada warga jabatan serta masyarakat sekitar.

YBrs. Dr. Ahmad Taufik Bin Sulaiman juga turut mengagihkan bubur lambuk kepada orang awam sebagai tanda keprihatinan serta usaha menyemarakkan lagi semangat berkongsi rezeki dan keberkatan di bulan Ramadan yang mulia.

Semoga program seperti ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah, memupuk semangat kerjasama serta menyemarakkan penghayatan Ramadan dalam kalangan warga JKDM Sabah dan masyarakat setempat.





2026 | Seksyen Perancangan Korporat Dan
Latihan | Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)
Sabah

MAJLIS SANTUNAN KASIH AIDILFITRI JKDM SABAH TAHUN 202616 Mac 2026 - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah telah me...
16/03/2026

MAJLIS SANTUNAN KASIH AIDILFITRI JKDM SABAH TAHUN 2026

16 Mac 2026 - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah telah mengadakan Majlis Santunan Kasih Aidilfitri JKDM Sabah Tahun 2026 bertempat di Aras G, Menara Kastam Sabah.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Ahmad Taufik bin Sulaiman, Pengarah Kastam Negeri Sabah sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan terhadap warga kerja serta petugas yang banyak menyumbang khidmat kepada organisasi.

Sumbangan ini diberikan kepada Warga Kerja Gred H1 PTJ Kota Kinabalu, Pekerja Pembersihan dan Landskap, Pengawal Keselamatan Menara Kastam Sabah

Semoga sumbangan yang diberikan dapat menceriakan penerima serta mengeratkan lagi semangat kebersamaan dalam kalangan warga JKDM Sabah.






ยฉ๏ธ 2026 | Seksyen Perancangan Korporat Dan Latihan | Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah

KUNJUNGAN HORMAT TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA KE MENARA KASTAM SABAH16 Mac 2026 -  Kunjungan hormat oleh delegasi Tenter...
16/03/2026

KUNJUNGAN HORMAT TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA KE MENARA KASTAM SABAH

16 Mac 2026 - Kunjungan hormat oleh delegasi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah diadakan di Menara Kastam Sabah sebagai tanda memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara agensi penguatkuasaan negara.

Delegasi TLDM telah disambut baik oleh YBrs. Dr. Ahmad Taufik bin Sulaiman, Pengarah Kastam Negeri Sabah. Kunjungan ini menjadi platform penting dalam mempererat hubungan serta membincangkan kerjasama berterusan khususnya dalam aspek keselamatan perairan dan penguatkuasaan undang-undang negara.

Diharapkan hubungan kerjasama antara kedua-dua agensi ini akan terus diperkukuh demi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.






ยฉ๏ธ 2026 | Seksyen Perancangan Korporat Dan Latihan | Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah

MAJLIS NILAI - NILAI MURNI JKDM SABAH BERSAMA TUAN YANG TERUTAMA DI-PERTUA NEGERI SABAH12 Mac 2026 - Majlis dimulakan de...
13/03/2026

MAJLIS NILAI - NILAI MURNI JKDM SABAH BERSAMA TUAN YANG TERUTAMA DI-PERTUA NEGERI SABAH

12 Mac 2026 - Majlis dimulakan dengan ketibaan para jemputan serta warga JKDM Sabah dan disusuli ketibaan dif-dif jemputan.

Majlis diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Musa bin Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah bersama barisan kepimpinan Jabatan Kastam Diraja Malaysia iaitu YBrs. Puan Siti Binti Mang, Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia (Perkastaman & Cukai Dalam Negeri) serta YBrs. Dr. Ahmad Taufik bin Sulaiman, Pengarah Kastam Negeri Sabah.

Antara pengisian majlis termasuk selawat dan qasidah, bacaan doa oleh SS Datuk Ustaz Haji Bungsu @ Aziz bin Haji Jaafar, M***i Kerajaan Negeri Sabah serta penyampaian sumbangan kepada Pondok Pengajian Muslimah Tarbiyatun Nisa dan Masjid Al-Abid Desa Kastam Sepanggar.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati, bacaan doa berbuka puasa, solat berjemaah serta jamuan bersama para tetamu yang hadir.

Semoga majlis ini membawa keberkatan dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara warga JKDM dan semua yang hadir.






ยฉ๏ธ 2026 | Seksyen Perancangan Korporat Dan Latihan | Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah

LAWATAN KERJA RASMI TIMBALAN KETUA PENGARAH KASTAM (PERKASTAMAN & CUKAI DALAM NEGERI)12 Mac 2026 - Lawatan Kerja Rasmi Y...
13/03/2026

LAWATAN KERJA RASMI TIMBALAN KETUA PENGARAH KASTAM (PERKASTAMAN & CUKAI DALAM NEGERI)

12 Mac 2026 - Lawatan Kerja Rasmi YBrs. Puan Siti Binti Mang, Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia (Perkastaman & Cukai Dalam Negeri) ke JKDM Sabah.

Lawatan ini turut diiringi oleh YBrs. Dr. Ahmad Taufik bin Sulaiman, Pengarah Kastam Negeri Sabah bersama barisan pengurusan JKDM Sabah sebagai tanda komitmen berterusan dalam memperkukuh tadbir urus serta memacu kecemerlangan pengoperasian jabatan di negeri Sabah.

Semoga lawatan ini dapat terus memperkukuh kerjasama, meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan serta memantapkan lagi peranan JKDM dalam memastikan pematuhan undang-undang kastam dan percukaian negara.






ยฉ๏ธ 2026 | Seksyen Perancangan Korporat Dan Latihan | Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah

SESI PERBINCANGAN ANTARA LIAISON OFFICER (LO) CANADA BORDER SERVICES AGENCY (CBSA) DAN PENGUATKUASAAN JKDM SABAH11 Mac 2...
12/03/2026

SESI PERBINCANGAN ANTARA LIAISON OFFICER (LO) CANADA BORDER SERVICES AGENCY (CBSA) DAN PENGUATKUASAAN JKDM SABAH

11 Mac 2026 โ€“ Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Sabah telah mengadakan sesi perbincangan bersama CBSA Liaison Officer.

Perbincangan tersebut bertujuan memperkukuh kerjasama serta ruang perkongsian maklumat dalam usaha meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan dan membanteras jenayah rentas sempadan.

Melalui sesi ini, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan serta pengalaman dalam usaha meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan demi memastikan keselamatan dan integriti sempadan negara sentiasa terpelihara.






ยฉ๏ธ 2026 | Seksyen Perancangan Korporat Dan Latihan | Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah

SELAMAT DATANG & TAHNIAHSeluruh warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah mengucapkan selamat datang dan setingg...
10/03/2026

SELAMAT DATANG & TAHNIAH

Seluruh warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah mengucapkan selamat datang dan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Datoโ€™ Haji Amran bin Haji Ahmad atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Kastam.

Semoga dengan kepimpinan dan pengalaman yang dimiliki akan dapat terus menerajui Jabatan Kastam Diraja Malaysia ke arah kecemerlangan serta memperkukuhkan lagi peranan jabatan dalam menjaga kepentingan hasil negara dan kesejahteraan rakyat.

Selamat menjalankan tugas dan selamat maju jaya dalam meneruskan kecemerlangan perkhidmatan kepada negara.






ยฉ๏ธ 2026 | Seksyen Perancangan Korporat Dan Latihan | Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah

TERIMA KASIH & SETINGGI-TINGGI PENGHARGAANJabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghar...
10/03/2026

TERIMA KASIH & SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Datuk Wira Anis Rizana binti Mohd Zainudin atas segala sumbangan jasa, kepimpinan serta bakti sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pengarah Kastam Malaysia.

Segala komitmen, dedikasi dan kepimpinan yang dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan telah banyak menyumbang kepada kecemerlangan serta pengukuhan peranan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dalam memartabatkan sistem percukaian dan penguatkuasaan negara.

Seluruh warga JKDM Sabah mendoakan agar YBhg. Datuk Wira sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan serta kejayaan berterusan dalam apa jua bidang yang diceburi pada masa hadapan.

Terima kasih atas segala jasa dan bakti!






ยฉ๏ธ 2026 | Seksyen Perancangan Korporat Dan Latihan | Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah

09/03/2026

๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ & ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐ƒ๐€๐“๐€๐๐† ๐˜๐๐‡๐†. ๐ƒ๐€๐“๐Žโ€™ ๐‡๐€๐‰๐ˆ ๐€๐Œ๐‘๐€๐ ๐๐ˆ๐ ๐‡๐€๐‰๐ˆ ๐€๐‡๐Œ๐€๐ƒ ๐’๐„๐๐€๐†๐€๐ˆ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐Š๐€๐’๐“๐€๐Œ

Seluruh warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia menzahirkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada YBhg. Datoโ€™ Haji Amran bin Haji Ahmad atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Kastam.

Semoga YBhg. Datoโ€™ Haji Amran diberikan kekuatan dan kejayaan dalam menggalas amanah baharu sebagai Ketua Pengarah Kastam serta terus memimpin Jabatan Kastam Diraja Malaysia dengan penuh dedikasi, integriti dan kecemerlangan demi memperkukuh perkhidmatan kepada negara

๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐ƒ๐ˆ ๐€๐“๐€๐’ ๐๐„๐‹๐€๐๐“๐ˆ๐Š๐€๐!

๐—–๐—˜๐—ž๐—”๐—ฃ โ€ข ๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฆ โ€ข ๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—š๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ




ยฉ๏ธ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐‚๐š๐ฐ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ค๐š๐ฌ๐ข ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ | ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Š๐€๐’๐“๐€๐Œ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐‰๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€

Address

JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA ZON SABAH, MENARA KASTAM SABAH, Jalan UMS
Kota Kinabalu
88450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088348100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKDM SABAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share