Parti Gagasan Rakyat Sabah Bahagian P.174 Penampang

Parti Gagasan Rakyat Sabah Bahagian P.174 Penampang Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN RAKYAT) N.26 Moyog

16/09/2026
16/09/2026

1. Pada Hari Malaysia ini, saya memikirkan apa ertinya kemajuan bagi rakyat. Negara boleh menjadi lebih kaya. Tetapi kemajuan itu mestilah dirasai dalam kehidupan mereka.

2. Bagi keluarga, ertinya pendapatan yang mencukupi. Bagi anak muda, peluang belajar dan mendapat pekerjaan yang baik.

3. Sebagai anak Sabah, saya mahu melihat semua ini dinikmati oleh rakyat kita. Mereka juga mempunyai cita-cita. Mereka juga mahu berusaha dan menyumbang kepada negara.

4. Malaysia akan menjadi lebih kuat apabila setiap wilayah dapat maju bersama. Jika jurang pembangunan terus besar, masih banyak kerja yang perlu kita lakukan.

5. Bagi saya, inilah makna Hari Malaysia. Kita membentuk sebuah negara bersama. Tanggungjawab kita ialah memastikan kemakmurannya turut dinikmati bersama.

6. โ Segulai Sejalai.

Selamat Hari Malaysia. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Mandela Malakun
Kuching, 16 September 2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พParti Gagasan Rakyat Sabah Bahagian P.174 Penampang mengucapkan Selamat Menyambut Hari...
16/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Parti Gagasan Rakyat Sabah Bahagian P.174 Penampang mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya rakyat Sabah.

Hari Malaysia membawa makna besar tentang kebersamaan, perpaduan dan masa depan yang kita bina bersama sebagai sebuah negara.

Sebagai rakyat Sabah, harapan dan aspirasi kita adalah untuk melihat sebuah Malaysia yang terus maju dalam semangat saling menghormati, sebuah negara yang menjunjung keadilan, memperkukuh hubungan antara wilayah serta memastikan pembangunan, kemajuan dan peluang dapat dinikmati secara saksama oleh seluruh rakyat.

Kita mahu Sabah terus melangkah ke hadapan dengan suara yang dihormati, hak yang dipelihara dan potensi yang diberi ruang untuk berkembang, sambil bersama-sama menyumbang kepada sebuah Malaysia yang lebih kuat, makmur dan bersatu.

Dari Penampang, untuk Sabah. Dari Sabah, untuk Malaysia. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Selamat Hari Malaysia!

Gagasan Rakyat Sabah
Bahagian P.174 Penampang





Parti Gagasan Rakyat Sabah Penampang extends its deepest condolences to the families and loved ones of the late Theresa ...
15/09/2026

Parti Gagasan Rakyat Sabah Penampang extends its deepest condolences to the families and loved ones of the late Theresa @ Doindo Gilo, who passed away on 13 September 2026 at the age of 83, and the late Martha Osong Tonggoyou, who was called home to the Lord on the same day at the age of 88.

As their families mourn this profound loss, may they find strength and comfort in the love, memories and legacy both have left behind.

Though they may no longer be with us, they will remain forever in the hearts of those who knew and loved them.

Gone, but never forgotten. May their souls rest in eternal peace. ๐Ÿ•Š๏ธ

HEARTFELT CONDOLENCES TO THE FAMILY OF THE LATE GUSTAN JOHN GONINU @ AUGUSTINEParti Gagasan Rakyat Sabah Penampang exten...
15/09/2026

HEARTFELT CONDOLENCES TO THE FAMILY OF THE LATE GUSTAN JOHN GONINU @ AUGUSTINE

Parti Gagasan Rakyat Sabah Penampang extends its deepest condolences to the family and loved ones of the late Gustan John Goninu @ Augustine, who was called home to the Lord on 14 September 2026 at the age of 91.

May his family find strength, comfort and peace during this difficult time, and may the cherished memories shared with him remain forever in their hearts.

May his soul rest in eternal peace. ๐Ÿ•Š๏ธ

13/09/2026

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—” | ๐Ÿญ๐Ÿฏ ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—ง๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐—ฃ๐—š๐—ฅ๐—ฆ ๐—ฆ๐—ข๐—ž๐—ข๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐—ฅ๐—œ๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—๐—œ๐—๐—œ, ๐—›๐—”๐—ž ๐Ÿฐ๐Ÿฌ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ง๐—จ๐—ฆ ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—จ ๐——๐—œ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—”๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—”

Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) menyatakan sokongan penuh terhadap pendirian tegas Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden PGRS, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, yang terus memperjuangkan penyelesaian tuntutan hak 40 peratus hasil bersih Sabah di bawah kerangka Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembagaan Persekutuan.

Pendirian yang dibawa oleh Ketua Menteri dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) baru-baru ini jelas mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri untuk memastikan hak-hak Sabah tidak sekadar dibincangkan, tetapi diterjemahkan kepada penyelesaian yang nyata serta memberikan manfaat kepada rakyat.
Tuntutan 40 peratus bukan tuntutan baharu dan bukan juga soal ihsan daripada mana-mana pihak. Ia merupakan hak Sabah yang diperuntukkan dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan dan sewajarnya diselesaikan dengan penuh tanggungjawab, adil serta dalam semangat sebenar pembentukan Malaysia.

PGRS mengalu-alukan keputusan Kerajaan Persekutuan meningkatkan bayaran interim kepada Sabah kepada RM1.5 bilion bermula tahun ini. Ini merupakan satu perkembangan positif hasil rundingan berterusan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Namun demikian, bayaran interim ini tidak menutup tuntutan 40 peratus yang masih perlu dimuktamadkan sebagaimana yang terus ditegaskan oleh Ketua Menteri.

Kita juga menyambut baik persetujuan secara prinsip untuk meningkatkan nisbah perwakilan Sabah dan Sarawak di Dewan Rakyat. Suara Sabah perlu mempunyai kedudukan yang lebih kukuh dalam institusi Parlimen, selaras dengan kedudukan dan semangat Sabah serta Sarawak ketika Malaysia dibentuk pada tahun 1963.

Begitu juga dengan usaha mempercepatkan Borneonisasi perkhidmatan awam Persekutuan serta perkara-perkara lain yang masih belum diselesaikan di bawah MA63. Semua ini mempunyai kaitan langsung dengan kedudukan Sabah dalam Persekutuan dan kemampuan negeri untuk menentukan serta mengurus kepentingannya dengan lebih berkesan.

PGRS percaya pendekatan yang dibawa oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor selama ini adalah jelas: tegas mempertahankan hak Sabah, tetapi pada masa yang sama memilih jalan rundingan, kerjasama dan hubungan kerajaan dengan kerajaan untuk menghasilkan penyelesaian yang konkrit.

Pendekatan ini telah menghasilkan kemajuan dalam beberapa tuntutan MA63 sebelum ini dan perlu diteruskan sehingga perkara-perkara yang masih tertangguh dapat diselesaikan sepenuhnya.

Bagi PGRS, soal hak Sabah mengatasi kepentingan politik kepartian. Apa juga yang menjadi hak negeri dan rakyat Sabah mesti diperjuangkan secara konsisten.
Kita menghargai keterbukaan Kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri untuk meneruskan rundingan mengenai perkara-perkara yang belum selesai. Pada masa yang sama, PGRS berdiri teguh bersama Ketua Menteri dalam pendirian bahawa penyelesaian hak 40 peratus Sabah perlu diberikan keutamaan dan disegerakan.

Sabah tidak meminta lebih daripada apa yang menjadi haknya. Kita hanya mahu apa yang telah dipersetujui dan diperuntukkan dalam kerangka Perlembagaan dilaksanakan dengan adil, konsisten dan penuh tanggungjawab.

YB Datuk Haji Nizam DSP Haji Abu Bakar Titingan
Ketua Penerangan
Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS)

12/09/2026

Address

Lot 1 & 2, 2nd & 3rd Floor, Wisma Malakun
Kota Kinabalu
89507

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Parti Gagasan Rakyat Sabah Bahagian P.174 Penampang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share