Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Tugas Tugas Khas

Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Tugas Tugas Khas Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas)

MAKLUMANSebarang pertanyaan atau isu berkaitan permohonan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) dan Bantuan Tunai Pendaftaran IP...
30/04/2026

MAKLUMAN

Sebarang pertanyaan atau isu berkaitan permohonan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) dan Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One-Off (BUDI) boleh diajukan kepada pihak urus setia melalui saluran berikut:

No. Telefon: 088 369 164
Emel: [email protected]

Kerjasama semua pemohon untuk memastikan maklumat yang diberikan adalah lengkap dan tepat amatlah dihargai bagi melancarkan proses semakan dan kelulusan permohonan.

Sekian, terima kasih.

YBrs Tuan Mohd Abdillah Bin Matlin, Penolong Setiausaha II Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Tugas tugas Khas ...
19/04/2026

YBrs Tuan Mohd Abdillah Bin Matlin, Penolong Setiausaha II Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Tugas tugas Khas Memberikan Taklimat Kepada Mahasiswa/I Negeri Sabah Sempena Program "Roadshow" Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah Bersama Mahasiswa/I Di Kelantan

Kuala TerengganuProgram Roadshow Biasiswa/I Negeri Sabah Bersama Mahasiswa/I Universiti Sultan Zainal Abidin & Universit...
19/04/2026

Kuala Terengganu

Program Roadshow Biasiswa/I Negeri Sabah Bersama Mahasiswa/I Universiti Sultan Zainal Abidin & Universiti Malaysia Terengganu

PENGUMUMANPermohonan Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One-Off (BUDI), akan dibuka pada 20 April 2026 (Isnin), 10.00 ...
17/04/2026

PENGUMUMAN

Permohonan Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One-Off (BUDI), akan dibuka pada 20 April 2026 (Isnin), 10.00 Pagi.

Orang ramai yang layak dipelawa untuk mengemukakan permohonan dengan melayari laman web:

budi.sabah.gov.my

⚠️Pastikan semua maklumat dan dokumen diisi dengan lengkap⚠️

Sekian, terima kasih.

PENGUMUMANPermohonan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) kini dibuka bermula hari ini jam 3.00 petang.Orang ramai yang layak d...
01/04/2026

PENGUMUMAN

Permohonan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) kini dibuka bermula hari ini jam 3.00 petang.

Orang ramai yang layak dipelawa untuk mengemukakan permohonan dengan melayari laman web:

baik.sabah.gov.my

⚠️Pastikan semua maklumat dan dokumen diisi dengan lengkap⚠️

Sekian, terima kasih.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam Aidilfitri 1447H / 2026M 🌙✨Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas) mengucapkan Selamat Hari...
18/03/2026

Salam Aidilfitri 1447H / 2026M 🌙✨

Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh rakyat Sabah.

Semoga Syawal ini membawa sinar kebahagiaan, ketenangan jiwa dan mengeratkan lagi kasih sayang sesama kita. Dalam suasana penuh keberkatan ini, marilah kita terus memupuk semangat kebersamaan, saling membantu dan menghargai antara satu sama lain.

Kepada yang pulang ke kampung halaman, semoga perjalanan anda dipermudahkan dan selamat sampai ke destinasi. Raikanlah Aidilfitri dengan penuh kesyukuran bersama insan tersayang.

Selamat Hari Raya, semoga segala amalan kita diterima dan diberkati 🤍

Selamat hari raya aidilfitri 2026

Salam hormat

YBhg Datuk Md Hanafiah Datuk Md Kassim
Timbalan setiausaha kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas)
Dan warga kerja PTSKN TTK

08 Mac 2026 - Y.Bhg. Datuk Md. Hanafiah Bin Datuk Hj. Mohd Kassim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas...
11/03/2026

08 Mac 2026 -

Y.Bhg. Datuk Md. Hanafiah Bin Datuk Hj. Mohd Kassim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas) telah dijemput sebagai salah seorang ahli Panel sesi Dialog bersama Mahasiswa/mahasiswi di Institusi Pengajian Tinggi di Semenanjung Malaysia yang diadakan di Setia City Convention Centre (SCCC) Shah Alam, Selangor anjuran Kumpulan Yayasan Sabah. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas) telah hadir sama dalam Majlis Berbuka Puasa bersama para mahasiswa selepas majlis Sesi Dialog. Majlis berbuka puasa telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Armizan Bin Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia selaku wakil YAB Ketua Menteri Sabah.

Majlis Pelancaran Inisiatif Bantuan Pendidikan Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Sabah telah berjaya disempurna...
06/03/2026

Majlis Pelancaran Inisiatif Bantuan Pendidikan Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Sabah telah berjaya disempurnakan oleh Datuk Seri Panglima Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah, di Dewan Rafflesia, Politeknik Kota Kinabalu.

Turut hadir ialah Yang Berhormat Datuk Dr Haji Mohd Ariffin bin Datuk Haji Mohd Arif, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan; Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah; Yang Berhormat Dato’ Sri Dr Haji Gulamhaidar bin Khan Bahadar, Pengarah Yayasan Sabah; Yang Berbahagia Datuk Norlijah binti Haji Danin,
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah (Pentadbiran); Yang Berbahagia Datuk Mohd Hanafiah bin Mohd Kassim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas) selaku Pengerusi Penganjur Majlis; Yang Berbahagia Datuk Haji Raisin bin Saidin, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah; Yang Berusaha Teknologis Mohd Zulkefli bin Ibrahim, Pengarah Bahagian Governan dan Kecemerlangan
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK); dan Yang Berusaha Encik Md Nor Bin Abdul Halim Pengarah Politeknik Kota Kinabalu.

Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina
16/02/2026

Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina

29 Januari 2026 (Khamis)Hotel Grand In, InanamYBhg. Datuk Mohd Hanafiah bin Datuk Mohd Kassim, Timbalan Setiausaha Keraj...
02/02/2026

29 Januari 2026 (Khamis)
Hotel Grand In, Inanam

YBhg. Datuk Mohd Hanafiah bin Datuk Mohd Kassim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah (Tugas-Tugas Khas), telah menyempurnakan perasmian Majlis Penutupan Wacana Ilmu Perkongsian Amalan Terbaik Pengurusan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Peringkat Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Majlis ini telah dihadiri seramai 200 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai SIPartners+ (School Improvement Partners), Pegawai SISC+ (School Improvement Specialist Coaches+), Penolong Pegawai Pendidikan, Unit Pendidikan Khas, Pejabat Pendidikan Daerah, Pensyarah dari Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah, Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas dari Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran, Kota Kinabalu dan Penampang serta Guru Cemerlang Pendidikan Khas.
Turut hadir sama ialah Puan Hajah Nuraini Fauziah binti Derin, Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran selaku wakil rasmi Pengarah Pendidikan Negeri Sabah dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Address

Tingkat 29, Blok A, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Jalan Sulaman, Teluk Likas
Kota Kinabalu
88400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088369872

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Tugas Tugas Khas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Tugas Tugas Khas:

Share