18/09/2026
14 - 18 September 2026
Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.
“ KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA MALAYSIA (KESSUMA) KALI KE-25 & MAHRAJAN MEMANAH SEKOLAH MENENGAH AGAMA MALAYSIA (MESMA) KALI KE-6 PERINGKAT
KEBANGSAAN TAHUN 2026 “
KESSUMA & MESMA bukan sekadar sebuah kejohanan sukan tahunan. Lebih daripada itu, ia
merupakan medan pendidikan yang membentuk sahsiah, disiplin, kepimpinan dan semangat kesukanan dalam kalangan pelajar sekolah-sekolah menengah agama.
Melalui penyertaan dalam sukan, para pelajar belajar menghargai nilai kerjasama,
menghormati peraturan, mengurus emosi ketika menang atau kalah, serta membina keyakinan diri dan semangat daya juang.
5 acara sukan dipertandingkan iaitu Memanah Tradisional, Badminton, Ping Pong, Bola Sepak dan Bola Jaring. Penyertaan yang memberangsangkan ini membuktikan bahawa budaya
bersukan dalam kalangan sekolah-sekolah agama semakin berkembang dan mendapat sambutan yang amat positif.
Negeri Kedah diumum Johan Keseluruhan dan Wilayah Perseketuan akan menjadi tuan rumah pada edisi 2027.
“ Sesungguhnya, padang permainan pada hari ini bukan sekadar medan
menentukan juara, tetapi medan membina karakter.
Pingat yang dimenangi mungkin akan disimpan di dalam almari piala, namun nilai disiplin, semangat berpasukan, kepimpinan dan akhlak yang dibentuk sepanjang kejohanan akan kekal menjadi bekalan sepanjang kehidupan. Itulah kemenangan sebenar yang ingin dicapai oleh pendidikan Islam."
/bpi/rar