Pejabat Kesihatan Daerah Kepong

Pejabat Kesihatan Daerah Kepong PEJABAT KESIHATAN KEPONG
Jalan Jinjang Permai, Jinjang Utara, 52000 Kuala Lumpur, Wilayah Per

14/05/2026
๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ ๐—ž๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ข๐—ž๐—ข๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—”๐—•๐—˜๐—ง๐—˜๐—ฆ ๐—ž๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—œ๐—ž ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—๐—œ๐—ก๐—๐—”๐—ก๐—š ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒโ€‹Tahniah, program Kumpulan Sokongan Diabetes peri...
12/05/2026

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ ๐—ž๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ข๐—ž๐—ข๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—”๐—•๐—˜๐—ง๐—˜๐—ฆ ๐—ž๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—œ๐—ž ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—๐—œ๐—ก๐—๐—”๐—ก๐—š ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

โ€‹Tahniah, program Kumpulan Sokongan Diabetes peringkat Klinik Kesihatan Jinjang telah dengan jayanya berlansung pada hari ini, 12 Mei 2026.

โ€‹Majlis penutup yang penuh bermakna ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datin Dr. Haliza Abd Manaf, Pengarah Kesihatan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya.

โ€‹Ribuan terima kasih diucapkan kepada Persatuan Diabetes Malaysia Cawangan Kuala Lumpur atas kerjasama strategik dan perkongsian kepakaran yang amat bernilai. Tidak lupa juga penghargaan khas buat rakan-rakan sukarelawan MyCHAMPION kita yang sentiasa komited menjadi ejen penggerak kesihatan di lapangan. Anda semua memang hebat.

*Kasih Sayang Ibu Bapa Melalui Perlindungan Terbaik* โค๏ธMelihat anak membesar dengan sihat adalah impian semua ibu bapa. ...
05/05/2026

*Kasih Sayang Ibu Bapa Melalui Perlindungan Terbaik* โค๏ธ

Melihat anak membesar dengan sihat adalah impian semua ibu bapa. Namun, tahukah anda sistem imun si kecil masih belum cukup matang untuk melawan kuman di dunia luar?

Sebab itu imunisasi sangat penting: Ia bukan sekadar suntikan, tapi perisai terhadap 13 jenis penyakit berjangkit berbahaya yang boleh dicegah.

Ia adalah usaha kita untuk memastikan anak kita tidak terdedah kepada risiko penyakit berjangkit di persekitaran mereka, sekaligus menjaga keselamatan keluarga dan komuniti kita.

Jangan biarkan mereka terdedah tanpa perlindungan. Jom pastikan anak-anak kita dapat imunisasi lengkap mengikut jadual KKM!

PENAMBAHBAIKAN INFRASTRUKTUR DAN PERALATAN PERUBATAN KLINIK KESIHATAN SEGAMBUTโ€‹Pejabat Kesihatan Kepong berterima kasih ...
05/05/2026

PENAMBAHBAIKAN INFRASTRUKTUR DAN PERALATAN PERUBATAN KLINIK KESIHATAN SEGAMBUT

โ€‹Pejabat Kesihatan Kepong berterima kasih atas lawatan kerja โ€‹YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan dan YB Hannah Yeoh, Menteri Wilayah merangkap Ahli Parlimen Segambut ke Klinik Kesihatan Segambut memfokuskan kepada komitmen penyaluran peruntukan segera bagi menaik taraf prasarana ruang menunggu, penggantikan peralatan perubatan kritikal seperti mesin ultrasound, serta pemantapan sistem pendigitalan perkhidmatan. Langkah proaktif ini merupakan manifestasi keprihatinan Kerajaan dalam memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan primer di kawasan Segambut kekal optimum, selesa, dan mampu mendepani peningkatan beban pesakit yang semakin mencabar demi kesejahteraan komuniti setempat.

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐“๐€๐๐€๐Š ๐Š๐‹๐ˆ๐๐ˆ๐Š ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐Œ๐„๐๐‰๐€๐‹๐€๐‘๐€YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan bersama YB Hannah Yeoh, Men...
05/05/2026

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐“๐€๐๐€๐Š ๐Š๐‹๐ˆ๐๐ˆ๐Š ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐Œ๐„๐๐‰๐€๐‹๐€๐‘๐€

YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan bersama YB Hannah Yeoh, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dan Ahli Parlimen Segambut, telah mengadakan lawatan ke tapak Projek Pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 2) Menjalara, Kuala Lumpur yang telah diluluskan dengan kos keseluruhan sebanyak RM85,900,700 di bawah Rolling Plan 1, Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RP1 RMK13) dan projek ini adalah selaras dengan Pelan Induk Fasiliti Kesihatan KKM 2024-2045.

Keluasan tapak bagi projek ini ialah 2.04 ekar dan projek ini akan dilaksanakan oleh Cawangan Kerja Kesihatan, Jabatan Kerja Raya Malaysia.

Pembinaan sebuah klinik kesihatan yang baharu di Menjalara adalah perlu bagi memastikan perkhidmatan kesihatan yang bermutu, efisien dan saksama bagi seluruh masyarakat yang terlibat, selaras dengan Visi KKM iaitu negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.

Turut hadir YBrs. Ir. Norzani binti Mahmood, Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan, Jabatan Kerja Raya, YBhg. Datin Dr. Haliza Binti Abdul Manaf, Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dan YBrs Encik Ahmad Rizal bin Khalit, Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan KKM.


LAWATAN PENANDA ARAS PERKHIDMATAN KESIHATAN MESRA REMAJA (PKMR) KE KLINIK KESIHATAN SENTULPada 23 April 2026, satu lawat...
29/04/2026

LAWATAN PENANDA ARAS PERKHIDMATAN KESIHATAN MESRA REMAJA (PKMR) KE KLINIK KESIHATAN SENTUL

Pada 23 April 2026, satu lawatan penanda aras telah diadakan di Klinik Kesihatan (KK) Sentul, yang merupakan antara klinik Best Practice bagi Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja (PKMR).

Sesi ini dihadiri oleh pasukan PKMR KK Kg Pandan bersama wakil Unit Kesihatan Keluarga, Pejabat Kesihatan (PK) Titiwangsa. Manakala, pihak PK Kepong diwakili oleh Unit Kesihatan Keluarga serta pasukan PKMR KK Sentul selaku tuan rumah.

Tahniah diucapkan kepada pasukan PKMR KK Sentul atas komitmen tinggi dalam memperkukuh perkhidmatan ini.

Terima kasih juga dirakamkan kepada pasukan PK Titiwangsa dan KK Kg Pandan atas segala perkongsian pengalaman serta input membina yang diberikan kepada kami.

Sinergi bersama, demi kualiti perkhidmatan kesihatan mesra remaja yang lebih cemerlang!

Adakah anda tergolong dalam kriteria untuk saringan kanser payudara dan kanser serviks...ketahui risiko anda dan dapatka...
23/04/2026

Adakah anda tergolong dalam kriteria untuk saringan kanser payudara dan kanser serviks...ketahui risiko anda dan dapatkan saringan serta maklumat lanjut di klinik berhampiran.

Cegah Penyakit, Lindungi Masa Depan AnakImunisasi merupakan kaedah paling berkesan untuk melindungi kanak-kanak daripada...
23/04/2026

Cegah Penyakit, Lindungi Masa Depan Anak
Imunisasi merupakan kaedah paling berkesan untuk melindungi kanak-kanak daripada penyakit berjangkit seperti campak, difteria, polio dan lain-lain.
anak
keluarga
komuniti

Jangan tunggu sehingga terlambat.

Kebersihan diri adalah sebahagian daripada iman. Bagi jemaah dan petugas haji, menjaga kebersihan di Tanah Suci adalah k...
21/04/2026

Kebersihan diri adalah sebahagian daripada iman. Bagi jemaah dan petugas haji, menjaga kebersihan di Tanah Suci adalah kunci untuk kekal sihat dan bertenaga sepanjang tempoh beribadah.

Dua perkara utama yang perlu diamalkan:

โœ… Cuci tangan dengan sabun sebelum & selepas makan serta setiap kali selepas keluar dari tandas.
โœ… Elakkan berkongsi barangan peribadi dengan orang lain

Amalkan 7 langkah mencuci tangan dengan betul.

Semoga perjalanan ibadah anda dipermudahkan dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.

31/03/2026

Address

Jalan Jinjang Permai, Jinjang Utara
Kota Damansara
52000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60362570352

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Kepong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share