Bersatulah Malaysia

Bersatulah Malaysia Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Bersatulah Malaysia, Political organisation, masjid kota damansara, KOTA DAMANSARA.

Bendera merupakan simbol kedaulatan Bagi sesebuah Negara.Kita Sebagai Warganegara Malaysia Yang Berdaulat hendaklah menghormati Jalur Gemilang dengan mengibarkannya mengikut kaedah Yang betul.

SEMATKAN DALAM JIWA KITA UNTUK SENTIASA MEMEGANG KEPADA 3 INTIPATI REFORMASI
27/11/2024

SEMATKAN DALAM JIWA KITA UNTUK SENTIASA MEMEGANG KEPADA 3 INTIPATI REFORMASI


PEMILIHAN U MOBILE SEBAGAI PENYEDIA RANGAKAIAN 5G MELALUI PROSES TENDER BUKAN ‘DIRECT AWARD’Keputusan Suruhanjaya Komuni...
13/11/2024

PEMILIHAN U MOBILE SEBAGAI PENYEDIA RANGAKAIAN 5G MELALUI PROSES TENDER BUKAN ‘DIRECT AWARD’

Keputusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memilih U Mobile sebagai penyedia rangkaian 5G Kedua Malaysia adalah melalui proses tender dan ianya tidak bertentangan dengan syarat khas lessen bagi suatu lessen individu.

Kerajaan melalui MCMC telah melaksanakan pemilihan melalui proses ‘beauty contest’ atau proses tender bukannya secara ‘direct award’.Pemilihan U Mobile adalah berdasarkan kepada beberapa faktor seperti rancangan perniagaan dan teknikal dikemukakan serta rekod kadar aduan dan kepuasan pelanggan.

Salah satu faktor yang menyumbang kepada pemilihan syarikat ini adalah sumbangan kepada projek Penyediaan Perkhidmatan Sejagat (USP) dan projek penaiktarafan 4G. U Mobile juga telah memberi komitmen untuk mengurangkan pegangan asing kepada 20 peratus,bagi memastikan kawalan yang lebih besar oleh rakyat Malaysia dan mengundang penyertaan daripada pelabur tempatan.

PENDAPATAN ISI RUMAH RM4,729 PERBULAN UNTUK KELANGSUNGAN HIDUPabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah mengeluarkan purat...
06/11/2024

PENDAPATAN ISI RUMAH RM4,729 PERBULAN UNTUK KELANGSUNGAN HIDUP

abatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah mengeluarkan purata Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) di Malaysia sebanyak RM4,729 sebulan dengan purata isi rumah seramai 3.8 orang.

PAKW itu juga merekodkan perbandingan di kawasan bandar dan luar bandar dengan nilai masing-masing iaitu RM5,040 (bandar) dan RM3,631 (luar bandar).Negeri Selangor mencatatkan nilai PAKW tertinggi iaitu RM5,854 manakala PAKW terendah direkodkan di Perak dengan nilai RM3,723. Daerah Petaling mencatat nilai PAKW tertinggi di iaitu RM6,660 manakala terendah dicatat di Bukit Mabong (RM1,945).

DOSM menyatakan nilai tersebut dipengaruhi melalui saiz isi rumah, umur, jantina dan kawasan yang diduduki rakyat Malaysia.



31/10/2024

BELANJAWAN 2025 MENYANTUNI OKU, MERINTIS MASA DEPAN, MERANCAKKAN EKONOMI

Golongan orang kurang upaya (OKU) tidak pernah terpinggir di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.Melalui Belanjawan 2025 MADANI golongan OKU menerima peruntukan sebanyak RM1.3 bilion berbanding RM1.2 bilion pada Belanjawan 2024. Penambahan peruntukan ini bagi meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan OKU.Kerajaan juga mengalakkan OKU menceburi bidang keusahawanan dan menjana pekerjaan melalui Skim Sinar BSN dengan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi memberi peluang kepada OKU untuk memulakan perniagaan sendiri.

Inisiatif ini secara tidak langsung memberi impak kepada perniagaan kecil dan sederhana yang menjadi tulang belakang kepada ekonomi negara.Melalui sektor pendidikan, kerajaan memperuntukkan RM300 juta untuk membina 11 Pusat Permata baharu dalam usaha melengkapkan setiap negeri dengan pusat didikan anak-anak autistik termasuklah di Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Kerajaan juga menyediakan kos RM300 juta bagi membina dua buah sekolah baharu murid berkeperluan khas di Tuaran, Sabah dan Johor Bahru.



BELANJAWAN 2025: PELUNCURAN PELAN TRANSFORMASI EKONOMI BUMIPUTERA MENGANGKAT DARJAT DAN MARTABAT BUMIPUTERAPeluncuran Pe...
30/10/2024

BELANJAWAN 2025: PELUNCURAN PELAN TRANSFORMASI EKONOMI BUMIPUTERA MENGANGKAT DARJAT DAN MARTABAT BUMIPUTERA

Peluncuran Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera oleh PM Anwar Ibrahim merupakan langkah penting dari kerajaan untuk mengangkat darjat dan martabat Bumiputera.Kerajaan telah memperuntukkan RM2.3 bilion dalam Belanjawan 2025 untuk menyokong ekonomi Bumiputera dengan melibatkan beberapa agensi.

Sejumlah RM800 juta untuk pembiayaan di bawah MARA dan PUNB tersedia untuk lebih ramai usahawan Bumiputera termasuk untuk menyokong artisan tempatan. Selain itu kerajaan memperuntukkan RM1.3 bilion kepada kontraktor G1-G4 Bumiputera untuk melaksanakan projek-projek kecil dan sederhana.RM200 juta juga disediakan untuk Skim CAKNA 2 untuk kontraktor G1-G4 menyiapkan projek berskala kecil kerajaan bernilai sehingga 1.5 juta ringgit.

Dengan pelan yang menyeluruh dan berfokus kepada keperluan Bumiputera, Belanjawan 2025 ini dapat membantu mengangkat martabat dan memajukan ekonomi mereka secara berkesan pada masa hadapan.



PROGRAM PAYUNG RAHMAH DIPERHEBATKAN DALAM MENANGANI KOS SARA HIDUP RAKYATBelanjawan 2025 memperuntuk RM300 juta untuk pr...
29/10/2024

PROGRAM PAYUNG RAHMAH DIPERHEBATKAN DALAM MENANGANI KOS SARA HIDUP RAKYAT

Belanjawan 2025 memperuntuk RM300 juta untuk program Payung RAHMAH. Jumlah tersebut meningkat RM100 juta berbanding tahun 2024. Jualan RAHMAH diteruskan dengan tawaran pada harga yang berpatutan di semua DUN pada setiap bulan.Kerajaan memperuntuk RM700 juta bagi memperluas jualan RAHMAH sekaligus bagi mengawal harga barang melalui usaha sama bersama pengusaha pasar raya, pasar borong, kedai runcit, pasar tani, koperasi dan sebagainya.

Empat inisiatif Kerajaan Perpaduan iaitu Menu RAHMAH, Bakul RAHMAH, Jualan RAHMAH, Pakej RAHMAH dan Kafe RAHMAH bagi menyantuni golongan B40. Layari laman sesawang KPDN bagi mengetahui info lajut, https://kpdn.gov.my/ms/







Kibar bendera negara asing : Kenapa Palestin boleh, China tidak?
28/10/2024

Kibar bendera negara asing : Kenapa Palestin boleh, China tidak?

Kibar bendera negara asing : Kenapa Palestin boleh, China tidak?

Ada pihak yang mempersoalkan, kenapa bendera Palestin boleh dikibarkan di Malaysia, tetapi bendera negara China tidak boleh?

Pertama sekali, adalah menjadi kewajipan dan tanggungjawab kepada setiap warga Malaysia agar taat setia kepada negara seiring prinsip Rukun Negara iaitu kesetiaan kepada raja dan negara.

Kedua, setiap warga negara Malaysia perlu memiliki jati diri dan semangat cintakan negara Malaysia. Bersusah payah nenek moyang kita berjuang bersama-sama memerdekakan negara daripada kuasa penjajah, kenapa p**a hari ini kita hendak mengagung-agungkan negara lain selain negara sendiri? Hormat dan semangat setiakawan pun ada batasannya. Jangan sampai kita menggadai maruah dan kedaulatan negara sendiri. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Kepada yang kurang faham dengan sejarah atau geo-politik, biar saya terangkan secara ringkas kenapa ada pihak yang kibarkan bendera Palestin;

1. Penindasan tentera Zionis dan solidariti masyarakat dunia ke atas serangan kejam hingga membunuh ramai kanak-kanak serta orang awam yang tidak berdosa di bumi Palestin.

2. ⁠Terbukti jenayah perang ini turut mendapat reaksi dan tentangan banyak negara melalui resolusi di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Ini adalah isu antarabangsa.

Mengibarkan bendera Palestin kerana dua perkara di atas adalah sangat berbeza dengan tindakan segelintir pihak yang mengibarkan bendera asing yang lain tanpa bersebab.

Saya tidak kata langsung tidak boleh mengibarkan bendera negara asing, tetapi ia perlulah memiliki sebab yang kukuh. Misalnya di kejohanan sukan antarabangsa, sudah tentu ada bendera negara asing yang dikibarkan, atas sebab penyertaan negara tersebut.

Begitu juga dengan peristiwa atau hari-hari penting yang diraikan seperti ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China. Sudah tentu kita dapat melihat bendera kedua-dua negara dikibarkan secara bersama sebagai simbolik hubungan akrab kedua-dua negara.

Justeru timbul persoalan, apa sebab dan motif mengibarkan bendera negara China di dalam sekolah di Malaysia dan terbaharu, di tempat awam di Teluk Intan? Siapakah penganjur program tersebut?

Malah, Ketua Polis Perak juga sudah menyatakan bahawa perhimpunan tersebut dibuat secara haram dan tanpa permit. Perhimpunan haram itu pun sudah menjadi kesalahan, apatah lagi himpunan warga asing di bumi Malaysia dengan mengibarkan bendera asing. Cuba sebut dan nyatakan, kalau ada mana-mana negara lain yang akan membenarkan insiden seperti ini berlaku di negara mereka.

Ketiga, sekiranya betul mereka yang kibarkan bendera asing tu adalah di kalangan warga asing sekali pun, kenapa tidak kelihatan bendera Malaysia yang turut dikibarkan bersama oleh pihak penganjur yang saya yakin adalah di kalangan orang Malaysia? Siapa penganjur? Bukankah Teluk Intan itu di Malaysia? Bukankah itu sepatutnya menjadi tanggungjawab dan hasrat setiap warga Malaysia untuk mempromosikan Malaysia, apatah lagi di kawasan-kawasan pelancongan kita sendiri?

Fikir-fikirkanlah. Ini bukan isu politik atau isu perkauman. Tetapi ini adalah isu kedaulatan dan sikap segelintir rakyat Malaysia yang masih tidak sedar akan tanggunjawab kita untuk menjunjung martabat dan mempertahankan kedaulatan negara kita sendiri.

Malaysia, tanah tumpahnya darahku. 🇲🇾

Neow Choo Seong
Ketua Penerangan Pemuda MCA
26 Oktober 2024

PERDANA MENTERI KE LIMA BELAS TOKOH PALING BERPENGARUH DI DUNIABukan itu sahaja, pemilihan beliau juga diambil dari segi...
11/10/2024

PERDANA MENTERI KE LIMA BELAS TOKOH PALING BERPENGARUH DI DUNIA

Bukan itu sahaja, pemilihan beliau juga diambil dari segi sumbangan beliau di dalam bidanng akademik selain kelantangan beliau dalam memperjuangkan isu Gaza dan nasib rakyat Palestin.Ketokohan PM Anwar Ibrahim tidak dapat disangkal lagi. Beliau seorang pejuang rakyat yang hebat dan sentiasa memperjuangkan hak kemanusiaan dan juga keamanan serta hak kesaksamaan.

Selain mengelakkan ketirisan, kerajaan juga mahu memastikan bantuan serta inisiatif yang disediakan oleh kerajaan dapat disalurkan kepada golongan yang tepat.Lebih penting, hasil penjimatan dari tindakan ini akhirnya tetap disalurkan kepada rakyat melalui penambahbaikan infrastruktur, bantuan lain & pemindahan tunai. Oleh itu, spekulasi yang disebarkan kononnya kerajaan mahu melihat rakyat menderita adalah tidak benar!




𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗔𝗧𝗟𝗘𝗧 𝗠𝗨𝗥𝗜𝗗 𝗠𝗦𝗦𝗗 𝗞𝗜𝗡𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗘𝗟𝗔𝗥 𝗢𝗟𝗜𝗠𝗣𝗜𝗔𝗡Lee Zii Jia dan Pearly Tan 陈康乐 di Kejohanan Badminton Majlis Sukan Sekolah D...
08/08/2024

𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗔𝗧𝗟𝗘𝗧 𝗠𝗨𝗥𝗜𝗗 𝗠𝗦𝗦𝗗 𝗞𝗜𝗡𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗘𝗟𝗔𝗥 𝗢𝗟𝗜𝗠𝗣𝗜𝗔𝗡

Lee Zii Jia dan Pearly Tan 陈康乐 di Kejohanan Badminton Majlis Sukan Sekolah Daerah Kota Setar 2010.

Kedua-dua mereka juga merupakan bekas murid SJK(C) Keat Hwa (H), Alor Setar.

KESELAMATAN SIBER MALAYSIA DITAHAP LEMAH BERBANDING NEGARA LAINTahap keselamatan siber di Malaysia masih lemah berbandin...
07/08/2024

KESELAMATAN SIBER MALAYSIA DITAHAP LEMAH BERBANDING NEGARA LAIN

Tahap keselamatan siber di Malaysia masih lemah berbanding negara lain. Kelemahan ini mendorong kerajaan memperkenalkan peraturan dan rang undang-undang (RUU) keselamatan siber untuk mengawalnya.

Menurut Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, serangan siber masih dalam urutan keutamaan dan ini memerlukan satu tumpuan, latihan kepakaran dan jaringan syarikat serta badan risikan yang boleh dimanfaatkan.

Kerajaan juga mengumumkan semua perkhidmatan media sosial dan pesanan internet yang mempunyai sekurang-kurangnya 8 juta pengguna berdaftar di Malaysia perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta588).

Anwar juga melihat media sosial juga telah disalah gunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sebagai platform untuk melakukan buli sehingga menyebabkan kejadian bunuh diri, eksploitasi kanak-kanak untuk tujuan seks serta scam yang mencecah lebih RM2.5 bilion.

Maka pelaksanaan RUU ini perlu diperketatkan supaya rakyat faham isu ini berkaitan dengan soal keselamatan diri serta maruah.


Umur 38                                Umur 51tahun                                      tahun
07/08/2024

Umur 38 Umur 51
tahun tahun

Address

Masjid Kota Damansara
Kota Damansara

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bersatulah Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share