10/06/2026
๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ๐ ๐ฃ๐๐๐ก ๐ง๐๐ ๐๐๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐ง๐๐ฅ ๐๐๐ก๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐ฆ๐ง๐๐ ๐ฃ๐จ๐ฆ๐๐ง ๐ง๐ฅ๐๐ก๐ฆ๐๐ข๐ฅ๐ ๐๐ฆ๐ ๐๐ก๐ฆ๐๐ก
RABU | 10 JUN 2026
Satu sesi perjumpaan antara Puan Noor Hayati Binti Mohammad, Timbalan Pendaftar Kanan selaku Ketua Jabatan, Jabatan Pendaftar, Kampus Kesihatan USM bersama staf Pusat Transformasi Insan (PTi) telah diadakan bagi melihat perkembangan pusat tersebut.
PTi menjalankan fungsi untuk membangunkan modal insan dan meningkatkan kompetensi warga universiti melalui program latihan serta pembangunan profesional serta berperanan sebagai pusat pembangunan bakat dan transformasi institusi bagi USM.
Perjumpaan ini membincangkan perkembangan semasa, pencapaian serta pelaksanaan aktiviti dan program latihan yang disediakan serta menganalisa pengumpulan mata CPD oleh warga staf Kampus Kesihatan sehingga kini. Selain itu, perbincangan turut menyentuh beberapa perkara yang menjadi kekangan dalam proses kerja dan langkah-langkah penambahbaikan yang telah dan akan diambil bagi mengatasinya.
Puan Noor Hayati seterusnya memohon agar staf terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan dapat memahami tugas masing-masing, meningkatkan kemahiran serta ilmu, proaktif dan sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang berkualiti.