Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana ISME UMK

Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana ISME UMK ISME bermatlamat melahir serta membangun usahawan berpengetahuan yang mempunyai kebolehan & kemahiran keusahawanan,inovatif dan berdaya kepimpinan tinggi

4 - 5 MEI 2026 | KURSUS PENSIJILAN PENDIDIK KEUSAHAWANAN SIRI 1/2026ISME dengan kerjasama Pejabat Pendaftar telah mengan...
07/05/2026

4 - 5 MEI 2026 | KURSUS PENSIJILAN PENDIDIK KEUSAHAWANAN SIRI 1/2026

ISME dengan kerjasama Pejabat Pendaftar telah menganjurkan Kursus Pensijilan Pendidik Keusahawanan Siri 1/2026 bertempat di MGSEB Postgraduate Room. Siri pertama penganjuran kursus ini telah disasarkan khusus kepada pensyarah di UMK Kampus Kota.

Seramai 27 orang pensyarah dari Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP), Fakulti Hospitaliti Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK), Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Fakulti Sains Data dan Komputeran (FSDK) dan Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan (FBI) telah menghadiri kursus tersebut.

Kursus ini dianjurkan sebagai salah satu inisiatif pembangunan kapasiti dalam memperkukuh penguasaan pengetahuan serta kemahiran pedagogi keusahawanan.

Enam (6) modul kursus dan dua (2) sesi perkongsian agensi serta usahawan yang telah disampaikan adalah:
1. Entrepreneurship Mentoring Mindset in the Age of AI and Crisis
2. AI-Driven Digital Pedagogy for Crisis-Responsive Teaching
3. Demand-Driven Product Development, First Sales and Pitching
4. Problem Discovery and Micro-Niche Opportunities in AI and Crisis Contexts
5. Strategic Survival, Innovation and Sustainable Entrepreneurship in the Age of AI and Crisis
6. Financial Survival, Business Acumen and Resilience in Times of Crisis
7. Perkongsian Agensi: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
8. Perkongsian Usahawan: HR Craft Centre (Usahawan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

Siri 2/2026 bagi kursus ini seterusnya akan diadakan pada 15 โ€“ 16 Jun 2026 di UMK Bachok bagi memastikan penyertaan pensyarah di setiap fakulti secara menyeluruh. ISME mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tenaga pengajar, peserta dan pihak yang telah terlibat dalam pelaksanaan kursus ini.

Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (ISME)

๐Ÿ“ข HEBAHAN: PERTANDINGAN MEMBINA PROTOTAIP DRON & FLIGHT RC 2026 ๐Ÿšโš™๏ธAssalamualaikum & Salam Sejahtera,Sukacita dimaklumka...
04/05/2026

๐Ÿ“ข HEBAHAN: PERTANDINGAN MEMBINA PROTOTAIP DRON & FLIGHT RC 2026 ๐Ÿšโš™๏ธ

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa UMKEI melalui Ignite Venture Lab (IVL) dengan kerjasama strategik bersama Cradle Fund Sdn. Bhd. akan menganjurkan Pertandingan Membina Prototaip Dron & Flight Remote Control (RC) sempena IVL Startup Open Week 2026.

๐Ÿ“… Tarikh: 14 Mei 2026
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Utama, UMK Kampus Jeli
๐Ÿ‘ฅ Penyertaan: Terhad kepada 10 kumpulan (2 orang/pasukan)

๐Ÿ† Hadiah:
๐Ÿฅ‡ Juara: RM200
๐Ÿฅˆ Tempat Kedua: RM150
๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga: RM100

โœจ Apa yang menarik?
โœ”๏ธ Bina prototaip dron & sistem RC
โœ”๏ธ Uji kreativiti & kemahiran teknikal
โœ”๏ธ Penilaian oleh panel industri
โœ”๏ธ Peluang komersialisasi idea

๐Ÿ”— Daftar sekarang: https://tinyurl.com/Prototaip-Dron-FlightRC

โณ Tarikh tutup: 7 Mei 2026

๐Ÿ“ž Pertanyaan: Dr. Muhammad Nurfaiz (013-470 8094)

๐Ÿ‘‰ Tempat terhad โ€” imbas QR code untuk daftar ๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ’ฐKURSUS JANGKA PENDEK SMART FINANCE, STRONG FUTURE : KUASAI DUNIA KEWANGAN & PERAKAUNANJom sertai Kursus Jangka Pendek S...
29/04/2026

๐Ÿ’ฐKURSUS JANGKA PENDEK SMART FINANCE, STRONG FUTURE : KUASAI DUNIA KEWANGAN & PERAKAUNAN

Jom sertai Kursus Jangka Pendek Smart Finance, Strong Future : Kuasai Dunia Kewangan & Perakaunan anjuran Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (ISME)

๐Ÿ“† : 7 Mei 2026 (Khamis)
โฐ : 9.00 Pagi - 1.00 Petang
๐Ÿข : Ignite Venture Lab (IVL), UMK Kampus Kota
๐Ÿง‘โ€๐Ÿซ : Dr. Amira binti Jamil, Ketua Jabatan Perniagaan dan Perakaunan, Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP)

Objektif kursus Smart Finance, Strong Future :
๐Ÿ“Œ Membina Perisai Kalis Inflasi 2026
๐Ÿ“Œ Menguasai Digital Wealth Hack
๐Ÿ“Œ Strategi Bijak Cukai

๐ŸŸข๐ŸŸขDAFTAR SEKARANG ๐ŸŸข๐ŸŸข
https://forms.gle/VvMFMJkZdDHCokh9A

Tarikh Tutup Penyertaan :
3 Mei 2026 (Ahad)

E-Sijil & Makanan disediakan

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung kursus ini boleh hubungi no yang tertera.

12 APRIL 2026 | 99 PENSYARAH TERIMA SIJIL PENDIDIK KEUSAHAWANANMajlis Penyerahan Sijil Kursus Pensijilan Pendidik Keusah...
14/04/2026

12 APRIL 2026 | 99 PENSYARAH TERIMA SIJIL PENDIDIK KEUSAHAWANAN

Majlis Penyerahan Sijil Kursus Pensijilan Pendidik Keusahawanan 2025 Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah diadakan pada 12 April 2026 bertempat di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota.

Seramai 99 orang pensyarah yang terdiri dari pelbagai fakulti telah berjaya memperoleh pensijilan pendidik keusahawanan 2025. Terdahulu, ISME telah melaksanakan empat (4) siri kursus tersebut di UMK Kampus Kota, Bachok, dan Kampus Jeli.

Turut hadir bagi penyampaian sijil tersebut adalah Pengarah Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana, Dekan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Pengarah Pusat Pembangunan dan Pendidikan Keusahawanan, serta Pengarah Ignite Venture Lab.

Kursus ini akan terus dilaksanakan pada tahun 2026 sebagai salah satu platform yang menyeluruh bagi para pendidik dalam memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mengajar dan memupuk budaya keusahawanan di kalangan pelajar.

Pihak ISME merakamkan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dalam menjayakan majlis ini.

INSTITUT PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (ISME)

16 - 17 DISEMBER 2025 | KURSUS PENSIJILAN PENDIDIK KEUSAHAWANAN SIRI 4/2025Seramai 25 orang pensyarah dari pelbagai faku...
22/12/2025

16 - 17 DISEMBER 2025 | KURSUS PENSIJILAN PENDIDIK KEUSAHAWANAN SIRI 4/2025

Seramai 25 orang pensyarah dari pelbagai fakulti telah menghadiri Kursus Pensijilan Pendidik Keusahawanan Siri 4/2025 bertempat di Bilik Lembaga Senat, UMK Kampus Kota.

Senarai pecahan peserta adalah berikut:
1. Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) - 13 orang
2. Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK) - 2 orang
3. Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) - 2 orang
4. Fakulti Senibina dan Ekistik (FSE) - 5 orang
5. Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan (FBI) - 1 orang
6. Fakulti Sains Data dan Komputeran (FSDK) - 2 orang

Kursus ini diadakan bertujuan untuk menyediakan platform yang menyeluruh bagi para pendidik dalam memperkasa ilmu dan kemahiran pendidikan keusahawanan.

Enam (6) modul kursus dan dua(2) sesi perkongsian usahawan yang telah disampaikan adalah:
1. Pengenalan Keusahawanan
2. Entrepreneurship in Digital Learning
3. Business Acumen for Educators
4. Mentor with Drive
5. Integrating Innovation for Sustainable Entrepreneurship
6. Perfect Pitch
7. Perkongsian Agensi: Majlis Amanah Rakyat (MARA): Taklimat Sektor Keusahawanan MARA
8. Perkongsian Usahawan: Rini Qistina Spa (Usahawan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

ISME-UMKEI merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua tenaga pengajar, peserta dan pihak yang telah terlibat dalam pelaksanaan kursus ini.

Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (ISME)

14/12/2025
17 - 18 NOVEMBER 2025 | KURSUS PENSIJILAN PENDIDIK KEUSAHAWANAN SIRI 3/2025Seramai 26 orang pensyarah dari Fakulti Sains...
30/11/2025

17 - 18 NOVEMBER 2025 | KURSUS PENSIJILAN PENDIDIK KEUSAHAWANAN SIRI 3/2025
Seramai 26 orang pensyarah dari Fakulti Sains Bumi (FSB), Fakulti Biokejuruteraan Dan Teknologi (FBKT), dan Fakulti Industri Asas Tani (FIAT)telah menghadiri Kursus Pensijilan Pendidik Keusahawanan Siri 3/2025 yang dianjurkan oleh Pejabat Pendaftar dengan kerjasama Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (ISME) bertempat di Bilik Lansium (BK5) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli.

Kursus ini diadakan bertujuan untuk menyediakan platform yang menyeluruh bagi para pendidik dalam memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mengajar dan memupuk budaya keusahawanan di kalangan pelajar.

Enam (6) modul kursus dan dua (2) sesi perkongsian usahawan dan agensi yang telah disampaikan adalah:

1. Pengenalan Keusahawanan
2. Entrepreneurship in Digital Learning
3. Business Acumen for Educators
4. The Secret Sauce : Mentor with Drive
5. Integrating Innovation for Sustainable Entrepreneurship
6. Pitch Perfect
7. Perkongsian Agensi: Majlis Amanah Rakyat (MARA): Peranan MARA Dalam Pembangunan Usahawan
8. Perkongsian Usahawan: Riaz Solution (Usahawan Alumni Program SME@UMK)

Memandangkan kursus ini mendapat sambutan yang memberangsangkan pihak ISME akan menganjurkan kursus ini bagi Siri 4/2025. Jangkaan kursus ini seterusnya akan diadakan pada Disember 2025 di UMK Kampus Kota bagi memastikan penyertaan pensyarah di setiap fakulti secara menyeluruh.

ISME-UMKEI mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tenaga pengajar, peserta dan pihak yang telah terlibat dalam pelaksanaan kursus ini.

Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (ISME)

2 - 3 SEPTEMBER 2025 | KURSUS PENSIJILAN PENDIDIK KEUSAHAWANAN SIRI 2/2025Seramai 27 orang pensyarah dari Fakulti Keusah...
31/10/2025

2 - 3 SEPTEMBER 2025 | KURSUS PENSIJILAN PENDIDIK KEUSAHAWANAN SIRI 2/2025

Seramai 27 orang pensyarah dari Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP), Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW), Fakulti Senibina dan Ekistik (FSE), dan Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan (FBI) telah menghadiri Kursus Pensijilan Pendidik Keusahawanan Siri 2/2025 yang dianjurkan oleh Pejabat Pendaftar dengan kerjasama Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (ISME) bertempat di Bilik Seminar 2, UMK Bachok.

Kursus ini diadakan bertujuan untuk menyediakan platform yang menyeluruh bagi para pendidik dalam memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mengajar dan memupuk budaya keusahawanan di kalangan pelajar.

Enam (6) modul kursus dan dua(2) sesi perkongsian usahawan yang telah disampaikan adalah:
1. Pengenalan Keusahawanan
2. Entrepreneurship in Digital Learning
3. Business Acumen for Educators
4. Mentor with Drive
5. Integrating Innovation for Sustainable Entrepreneurship
6. The Winning Pitch
7. Perkongsian Agensi: Majlis Amanah Rakyat (MARA): Peranan MARA Dalam Pembangunan Usahawan
8. Perkongsian Usahawan: Rini Qistina Spa (Usahawan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

Siri 3/2025 bagi kursus ini seterusnya akan diadakan pada 17 -18 November 2025 di UMK Kampus Jeli bagi memastikan penyertaan pensyarah di setiap fakulti secara menyeluruh.

ISME-UMKEI mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tenaga pengajar, peserta dan pihak yang telah terlibat dalam pelaksanaan kursus ini.

Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (ISME)

6 OKTOBER 2025 | GEMA NIAGA UMK MADANI@BUKIT TIU BAGI PROGRAM KAMPUNG ANGKAT MADANI 2025 UNIVERSITI MALAYSIA KELANTANISM...
07/10/2025

6 OKTOBER 2025 | GEMA NIAGA UMK MADANI@BUKIT TIU BAGI PROGRAM KAMPUNG ANGKAT MADANI 2025 UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

ISME dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK) telah menganjurkan Program GEMA Niaga UMK Madani@Bukit Tiu bertempat di Pusat Transformasi Bukit Tiu, Machang, Kelantan.

Kursus yang telah dihadiri seramai 34 orang usahawan komuniti Kampung Bukit Tiu adalah merupakan salah satu inisiatif yang diatur melalui Program Kampung Angkat Madani 2025 bagi memperkasa komuniti luar bandar menerusi program berimpak tinggi yang berlandaskan pemerkasaan ilmu perniagaan terkini melalui penyertaan aktif masyarakat setempat.

Turut terlibat dalam program ini adalah tujuh orang pensyarah Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) selaku penceramah dan fasilitator sepanjang program berlangsung.

Peserta yang berjaya dipilih akan menerima Dana Pemula bernilai RM500 dan Dana Niaga bernilai RM3,500 pada majlis penutup program yang akan diadakan pada 1 November 2025 ini.

Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (ISME)

12 OGOS 2025 | PROGRAM CHAIRMAN ENTREPRENEURSHIP LECTURE SERIES (CELS) SIRI 1/2025 Institut Perusahaan Kecil dan Sederha...
20/08/2025

12 OGOS 2025 | PROGRAM CHAIRMAN ENTREPRENEURSHIP LECTURE SERIES (CELS) SIRI 1/2025

Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (ISME), Institut Keusahawanan UMK (UMKEI) telah mengadakan Program Chairman Entrepreneurship Lecture Series (CELS) Siri 1/2025.

CELS Siri 1 ini telah menampilkan YBhg. Tan Sri Datoโ€™ Sri Haji Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir,/ Pengerusi Dagang NeXchange Berhad (โ€œDNeXโ€) selaku tetamu jemputan bagi menyampaikan syarahan kepada lebih 500 orang warga UMK, Agensi dan usahawan disekitar Kota Bharu. Turut hadir ke program ini juga ialah pelajar institusi pendidikan tinggi yang terdiri dari 30 pasukan startup pelajar terbaik dari 20 Universiti Awam (UA), Politeknik dan Kolej Komuniti.

Turut hadir bersama pada program ini adalah YBhg. Datoโ€™ Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan, Pengerusi Lembaga Pengarah UMK, YBrs. Prof. Dr. Mohammad Bin Ismail
Timbalan Naib Canselor (Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni)), Pengurusan Tertinggi Universiti, YBrs. Profesor Dr. Mohd Nor Hakimin Bin Yusoff
Pengarah Kanan Institut Keusahawanan UMK (UMKEI).

Dalam sesi ini, YBhg. Tan Sri Datoโ€™ Sri Haji Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir telah berkongsi inspirasi, rahsia kejayaan, dan visi masa depan keusahawanan.

ISME, UMKEI merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah hadir dan terlibat menjayakan program ini.

Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (ISME)

Address

Universiti Malaysia
Kota Bharu
16100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana ISME UMK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana ISME UMK:

Share