Parti Pejuang Tanah Air Kelantan

Parti Pejuang Tanah Air Kelantan Parti Pejuang Tanah Air adalah Parti Yang berprinsip dan Bermaruah.

17/12/2025
17/12/2025

π——π—˜π—™π—˜π—‘π—–π—˜ π—–π—’π—’π—£π—˜π—₯π—”π—§π—œπ—’π—‘ π—”π—šπ—₯π—˜π—˜π— π—˜π—‘π—§

1. There is a report in the media that the Malaysian Government had signed a new defence cooperation agreement with the United States of America. This was done four days after the Agreement on Reciprocal Trade was signed.

2. So far the Government has not made public the full MoU (the memorandum of understanding).

3. This is a serious matter. The Government must not hide this MoU as it undermines Malaysian policy of being friendly with all countries, and ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom and Neutrality).

4. Hiding such an agreement may have serious legal implication.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
11 December 2025

Kelantan menyusul.. πŸ’ͺ🏻
17/12/2025

Kelantan menyusul.. πŸ’ͺ🏻

Laporan Polis Isu Perjanjian ART M’sia Amerika oleh KP Pejuang Tanah Air Kelantan bertempat di IPD Kota Bharu
17/12/2025

Laporan Polis Isu Perjanjian ART M’sia Amerika oleh KP Pejuang Tanah Air Kelantan bertempat di IPD Kota Bharu

17/12/2025
17/12/2025

Mesyuarat Bulanan ke-4 Biro Politik & MPN Pejuang Tanah Air Kelantan Desember 2025

08/12/2025

π— π—˜π— π—£π—˜π—₯𝗧𝗔𝗛𝗔𝗑 π— π—”π—Ÿπ—”π—¬π—¦π—œπ—” 𝗔𝗧𝗔𝗨 π—”π— π—˜π—₯π—œπ—žπ—”?

1. Mula-mula Tengku Zafrul cabar saya untuk bukti bahawa syarikat Amerika ambil alih status Bumiputera akibat dari perjanjian timbal balik Anwar dengan Trump (ART – Agreement on Reciprocal Trade).

2. Maka saya kongsi dengan dia Klausa 6.2 (1) ART yang kandungannya jelas menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia tidak boleh beri bantuan bukan komersial atau subsidi kepada GLC, tidak boleh diskriminasi produk Amerika.

3. Dalam bahasa mudah, tidak ada keistimewaan kepada mana-mana GLC atau syarikat tempatan bila berurusan dengan Amerika. Ini maknanya dasar-dasar yang memberi kuota atau kepentingan kepada syarikat Bumiputera tidak boleh lagi dilaksanakan.

4. Setelah saya beri secara terperinci mengenai Klausa 6.2 (1) bagaimana perjanjian itu akan ketepikan kepentingan Bumiputera, Zafrul keluar satu lagi video dan kata saya salah dan tidak baca habis.

5. Dia kemuka bahawa di bahagian akhir Klausa 6.2 (1) ada menyatakan bahawa β€œMalaysia shall refrain from providing non-commercial assistance or otherwise subsidising its good-producing SOEs (kita baca sebagai GLCs) except for the achievement of their public service obligations. Malaysia shall ensure a level playing field for US companies in Malaysia’s market with respect to SOEs of third countries.

6. Zafrul menggunakan β€œexcept for the achievement of their public service obligations (kecuali untuk memenuhi kewajipan kepentingan awam mereka)” sebagai peruntukan yang akan membenar kita meneruskan dasar-dasar kepentingan Bumiputera.

7. Pertamanya, apabila Zafrul perlu merujuk kepada pengecualian ini, ia bermakna bahawa kenyataan saya bahawa Klausa 6.2 (1) kepentingan Bumiputera tidak dibenar oleh perjanjian ini jelas betul.

8. Keduanya, apakah yang dimaksud dengan public service obligations? Adakah ini termasuk kepentingan Bumiputera dan kebenaran kepada syarikat tempatan mendapat kelebihan ke atas syarikat-syarikat Amerika dan diskriminasi yang disebut terdahulu tidak terpakai?

9. Dan Zafrul tidak p**a nyatakan siapakah yang akan tentukan apakah yang didefinisi sebagai public service obligations? Sudah tentu bukannya Malaysia sahaja tetapi Amerika juga.

10. Jika kita lihat keseluruhan ART, ia jelas segala peruntukan dan tuntutan adalah untuk kepentingan Amerika. Zafrul turut mengakui bahawa kita terpaksa menandatangani ART.

11. Tiba-tiba Zafrul nak yakinkan kita bahawa kita tak akan tunduk kepada apa yang Amerika tetapkan dan dia juga mendakwa bahawa dia sudah tetapkan red lines (syarat yang tidak boleh dilanggar) dengan Amerika bila berkaitan dengan kepentingan Bumiputera.

12. Setahu saya di dalam membuat perjanjian ART tersebut yang ada melukis red lines ialah Trump seperti yang dinyatakan oleh Kagan, Duta Amerika ke Malaysia yang sehingga kini tidak dinafi atau dibangkang oleh Zafrul atau Anwar.

13. Saya rasa cukuplah Zafrul pertahankan kepentingan Amerika dan mulakan usaha untuk membatal perjanjian yang menggadai kedaulatan Negara.

14. Jangan terlampau bongkak sehingga tak mahu mengaku telah silap bersetuju dengan perjanjian ART. Ini bukan saya seorang yang kata. Ramai yang lebih bijak dan pakar kata semacam.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
5 Disember 2025

Innallillah hiwainna ilaihirhojiun…Takziah pada keluarga YB Dato SeriAl-Fatehah
04/12/2025

Innallillah hiwainna ilaihirhojiun…

Takziah pada keluarga YB Dato Seri

Al-Fatehah

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri B**g Moktar Radin telah meninggal dunia pada pukul 1.46 pagi tadi.

Berita pemergian Ahli Parlimen Kinabatangan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag itu dimaklumkan anaknya, Naim Moktar.

Berita klik LINK: https://www.utusan.com.my/nasional/2025/12/bung-moktar-radin-meninggal-dunia-anak/

Kami kini di WhatsApp! Ikuti Channel rasmi Utusan Malaysia: https://whatsapp.com/channel/0029VaDc0MU6BIEgvpncIq1w

Address

Kota Bharu
15###

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Parti Pejuang Tanah Air Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share