Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Kelantan

Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Kelantan Lestari Seni Negeri Kelantan
Semarakkan Budaya Warisan Negeri Kelantan
Khidmat nasihat seni budaya

FUNGSI JABATAN

Merancang, menyelaras, melaksana dan menyemarakkan aktiviti kebudayaan dan kesenian seluruh negeri Kelantan. Merancang dan menyebarluas informasi seni budaya yang berautoritatif. Menyelaras, merancang, menyelidik dan membangunkan produk industri kreatif. Meningkatkan jaringan kerjasama dengan agensi Kerajaan, Swasta, dan Badan Bukan Kerajaan dalam dan luar negara. Memberi khidmat n

asihat dan kepakaran dalam bidang seni dan budaya. Menyediakan asuhan, bimbingan dan latihan dalam bidang seni dan budaya.

05/05/2026

Tetapkan temujanji anda untuk bersama kami di Festival Kesenian Rakyat Kelantan 2026,



20/04/2026

Sedutan persembahan Artis Budaya Kumpulan Kesenian JKKN Kelantan dalam program Colours Of Malaysia (COM) Siri I yang berlangsung di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu pada 18 April 2026.

Colours of Malaysia (COM) ialah program tahunan anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) (MOTAC) yang mempr...
12/04/2026

Colours of Malaysia (COM) ialah program tahunan anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) (MOTAC) yang mempromosikan seni budaya warisan melalui persembahan pentas, tarian, dan muzik tradisional

12/04/2026

Nantikan kemeriahan Festival Kesenian Rakyat Kelantan 2026. Bakal menemui anda Julai 2026

12/04/2026
08 April 2026: Petang ni Pengarah JKKN Kelantan menerima kunjungan dari prospek penaja program Festival Kesenian Rakyat ...
09/04/2026

08 April 2026: Petang ni Pengarah JKKN Kelantan menerima kunjungan dari prospek penaja program Festival Kesenian Rakyat Kelantan (FKRK 2026)

Kunjungan ini adalah bertujuan bagi membincangkan hal-hal berkaitan penajaan bagi program FKRK yang bakal diadakan pada bulan Julai nanti.

Diharapkan agar perbincangan ini akan menzahirkan jalinan kerjasama antara JKKN Kelantan dengan usahawan-usahawan dan pengusaha tempatan.

Nantikan ketibaan FKRK 2026 pada 01 - 04 Julai 2026 bertempat di Jeti Pelancongan Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan.

Sebarang pandangan dan cadangan serta aduan boleh diajukan melalui pautan https://forms.gle/PPhupEwpXQv9rxmn7







31 Mac 2026: Pengarah JKKN Kelantan menerima Kunjungan Hormat Pengarah Urusan Kemasin Beach Resort, YBhg. Dato' Mohd Row...
02/04/2026

31 Mac 2026: Pengarah JKKN Kelantan menerima Kunjungan Hormat Pengarah Urusan Kemasin Beach Resort, YBhg. Dato' Mohd Rowi.

Kunjungan YBhg. Dato' Mohd Rowi ke JKKN Kelantan adalah bagi membincangkan dan mengadakan jalinan kerjasama antara JKKN Kelantan dan Kemasin Beach Resort (KBR) untuk menyemarakkan lagi aktiviti seni budaya. KBR juga turut membentangkan dua cadangan aktiviti seni budaya berskala besar yang bakal dilaksanakan oleh KBR pada penghujung tahun 2026.

Semoga jalinan kerjasama kedua-dua pihak akan dapat menyuburkan lagi aktiviti seni budaya di negeri ini.

Sebarang pandangan dan cadangan serta aduan boleh diajukan melalui pautan https://forms.gle/PPhupEwpXQv9rxmn7






🎭FESTIVAL TEATER ZON TIMUR 2026🎭Ayuh...Panggilan kepada seluruh penggiat dan penggerak teater di Negeri Kelantan!📍 Terbu...
13/03/2026

🎭FESTIVAL TEATER ZON TIMUR 2026🎭

Ayuh...Panggilan kepada seluruh penggiat dan penggerak teater di Negeri Kelantan!
📍 Terbuka kepada:
• Badan Bukan Kerajaan
• IPTA / IPTS
• Penggiat & Syarikat Teater

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kelantan mengalu-alukan kehadiran tuan/puan ke:

Sesi Pembentangan Karya Teater
đź“… Tarikh: 11 April 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 10.00 pagi
📍Tempat: JKKN Kelantan

Kehadiran kumpulan amatlah dialu-alukan bagi membentangkan karya teater untuk pemilihan tiga (3) kumpulan terbaik dan layak ke Festival Teater Zon Timur 2026 di Auditorium JKKN Pahang.

Jangan lepaskan peluang untuk mengangkat suara dan cerita Zon Timur di pentas seni!

Sebarang pertanyaan, maklumat lanjut serta borang penyertaan boleh hubungi:
📞 Encik Abdul Sham Abd Razak –https://wa.me/60103575387
đź“§ [email protected]







Puan Rohaniza binti Abdullah, Pengarah JKKN Kelantan telah memenuhi jemputan ke Program Semarak Seni anjuran UiTM Cawang...
07/01/2026

Puan Rohaniza binti Abdullah, Pengarah JKKN Kelantan telah memenuhi jemputan ke Program Semarak Seni anjuran UiTM Cawangan Kelantan bagi menyaksikan persembahan kesenian yang dijayakan oleh para siswa/siswi UiTM Cawangan Kelantan pada 6 Januari 2026 bertempat di Dewan Profesional UiTM Machang.

Turut hadir bersama Encik Mohd Rizal bin Mohd Hamdan, Timbalan Pengarah, Encik Wan Rosli bin Wan Sidik (Pegawai Kebudayaan), Encik Mohd Zaidi bin Hussin (Pegawai Kebudayaan), Encik Mohd Radzi bin Yusof (Artis Budaya), Encik Long Ahmad Shuhairi bin Long Din (Artis Budaya), Encik Aliffuddin bin Abdul Azizhan dan Encik Mohd Helmi bin Ghazali.







[7 Januari 2026]JKKN Kelantan telah menerima lawatan khas dari pegawai dan kakitangan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan ...
07/01/2026

[7 Januari 2026]
JKKN Kelantan telah menerima lawatan khas dari pegawai dan kakitangan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Jabatan Perdana Menteri (CGSO) ke JKKN Kelantan bagi memberi taklimat berkaitan isu-isu keselamatan pejabat kerajaan bertepatan usaha JKKN Kelantan melaksanakan penyelarasan semula ruang kerja warga JKKN Kelantan. Pegawai CGSO yang hadir adalah Encik Haikal Iqbal bin Zainudin (Pen. Pengarah Keselamatan Kerajaan), Encik Nur Muhd Fitri bin Abd Ghani (Pen. Pegawai Keselamatan) dan Encik Wan Salman bin W. Husin (Pembantu Keselamatan Kanan)







[5 Januari 2026]Lawatan Encik Mohd Amran bin Mohd Haris, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) ke...
05/01/2026

[5 Januari 2026]
Lawatan Encik Mohd Amran bin Mohd Haris, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) ke bengkel pembangunan produk Rebana Ubi oleh Persatuan Kesenian Awang Selamat Kota Bharu. Program kerjasama ini telah bermula pada 2025 diteruskan sehingga 2026 bagi melihat potensi Rebana Ubi dalam pembangunan inovasi.





[4 Januari 2026]Lawatan kerja YBrs. Encik Mohd Amran bin Mohd Haris, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Nega...
05/01/2026

[4 Januari 2026]
Lawatan kerja YBrs. Encik Mohd Amran bin Mohd Haris, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) ke JKKN Kelantan bagi membuat pemerhatian dan taklimat khusus berkaitan pengurusan kompleks. Beliau juga turut mengambil kesempatan bertemu pegawai dan kakitangan JKKN Kelantan serta memberikan kata-kata semangat serta motivasi bagi menghadapi cabaran 2026 dan seterusnya. Terima Kasih tuan atas perjumpaan yang penuh bermakna sebagai suntikan semangat kepada warga JKKN Kelantan.

Address

Lot 1993, Seksyen 49, Tanjong Chat, 15200 Kota Bharu
Kota Bharu
16100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097417000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share