Pusat Khidmat Kontraktor Negeri Kelantan

Pusat Khidmat Kontraktor Negeri Kelantan Pusat Khidmat Kontraktor Negeri Kelantan
Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi

Aktiviti-aktiviti dan Fungsi:

Memantau Dasar-dasar Kerajaan berhubung Bumiputera dalam Industri Binaan

Sebagai Pusat Maklumat Kontraktor Binaan Bumiputera Berprestasi Tinggi dan Usahawan Binaan Bumiputera Cemerlang Industri Binaan Kementerian Kerja Raya

Memberi pengiktirafan taraf Bumiputera dan penarafan tender projek Kerajaan

Pusat pembangunan & latihan Kontraktor dan Usahaw

an Binaan Bumiputera

Membantu meningkatkan peluang perniagaan kepada Kontraktor dan Usahawan Binaan

Menjalankan penguatkuasaan dan inspektorat

Memberi khidmat nasihat dan bantuan kewangan kepada Kontraktor dan Usahawan Binaan yang layak

HEBAHAN :Kenyataan Tawaran Sebut Harga Jabatan Kesihatan Negeri KelantanRujuk poster untuk maklumat lanjut.
29/05/2026

HEBAHAN :

Kenyataan Tawaran Sebut Harga Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan

Rujuk poster untuk maklumat lanjut.

🌙 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗔𝗗𝗛𝗔 🌙Semoga sambutan Aidiladha pada tahun ini membawa keberkatan, memperkukuhkan semangat peng...
26/05/2026

🌙 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗔𝗗𝗛𝗔 🌙

Semoga sambutan Aidiladha pada tahun ini membawa keberkatan, memperkukuhkan semangat pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang sesama insan. Jadikanlah penghayatan ibadah korban sebagai inspirasi untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Semoga Aidiladha kali ini disambut dengan penuh kegembiraan, keharmonian dan rahmat daripada Allah SWT. Ikhlas dari Pengarah Cawangan Negeri dan Seluruh Warga PKK Kelantan.

𝗦𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗔𝗶𝗱𝗶𝗹𝗮𝗱𝗵𝗮 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛 / 𝟮𝟬𝟮𝟲𝗠

HEBAHAN : Sebutharga Jabatan Pengairan & Saliran BachokSila rujuk poster untuk maklumat lanjut.
22/05/2026

HEBAHAN :

Sebutharga Jabatan Pengairan & Saliran Bachok

Sila rujuk poster untuk maklumat lanjut.

!!! TERIMA KASIH ATAS PENYERTAAN KURSUS !!!Hari Kedua : 13 Mei 2026, RabuKursus Asas Kerja Konkrit : Bancuhan, Tuangan &...
13/05/2026

!!! TERIMA KASIH ATAS PENYERTAAN KURSUS !!!

Hari Kedua : 13 Mei 2026, Rabu

Kursus Asas Kerja Konkrit : Bancuhan, Tuangan & Rawatan (Concrete Curving) yang sedang berlangsung di Akademi JPJ Wilayah Timur.

Kursus ini disampaikan oleh Tuan Ir.Dr.Norazlan bin Khalid; pensyarah daripada Universiti Teknologi Mara (UITM). Semoga perkongsian ilmu yang disampaikan ini dapat dimanfaatkan oleh semua peserta yang terlibat.

13/05/2026

Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada YB Encik Steven Sim Chee Keong, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi 🎉

Semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik, kebijaksanaan serta kekuatan dalam menerajui agenda pembangunan usahawan dan memperkukuh peranan gerakan koperasi negara selari dengan aspirasi memperhebatkan perniagaan Malaysia 🇲🇾

Ikhlas daripada
Pengurusan Tertinggi dan warga KUSKOP









!!! TERIMA KASIH ATAS PENYERTAAN KURSUS !!!Hari Pertama : 12 Mei 2026, SelasaLensa warna warni..Kursus Asas Kerja Konkri...
12/05/2026

!!! TERIMA KASIH ATAS PENYERTAAN KURSUS !!!
Hari Pertama : 12 Mei 2026, Selasa
Lensa warna warni..

Kursus Asas Kerja Konkrit : Bancuhan, Tuangan & Rawatan (Concrete Curving) yang sedang berlangsung di Akademi JPJ Wilayah Timur.

Kursus ini disampaikan oleh Tuan Ir.Dr.Norazlan bin Khalid; pensyarah daripada Universiti Teknologi Mara (UITM). Semoga perkongsian ilmu yang disampaikan ini dapat dimanfaatkan oleh semua peserta yang terlibat.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Zamri bin Afandi; Penolong Pegawai Tadbir N5 di PKK Kelantan y...
11/05/2026

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Zamri bin Afandi; Penolong Pegawai Tadbir N5 di PKK Kelantan yang telah mendapat pemangkuan sebagai Penolong Pegawai Tadbir N6 di Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan berkuatkuasa pada 11 Mei 2026.

Terima Kasih juga diucapkan buat Puan Noor Hazliana binti Muhamad, Pembantu Tadbir N2(TBK1) yang juga dapat bertukar ke JKR Feri Pengkalan Kubur berkuatkuasa pada 11 Mei 2026. Terima kasih sekali lagi atas segala sumbangan, komitmen dan khidmat bakti sepanjang bertugas di PKK Kelantan.

Tahniah atas pertukaran. Semoga terus cemerlang dalam perkhidmatan dan dipermudahkan segala urusan di tempat baru.

Ikhlas Daripada Pengarah Cawangan Negeri
dan Seluruh Warga Kerja PKK Kelantan

Tahniah & Selamat Datang diucapkan kepada Puan Nurhanani binti Hamzah, Penolong Pegawai Tadbir N6 dari Jabatan Pendidika...
11/05/2026

Tahniah & Selamat Datang diucapkan kepada Puan Nurhanani binti Hamzah, Penolong Pegawai Tadbir N6 dari Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan Puan Siti Zaliha binti Zakaria, Pembantu Tadbir N2 (TBK1) dari Makmal Vaterinar Zon Timur (Kelantan) berkuat kuasa 11 Mei 2026 ke Pusat Khidmat Kontraktor Negeri Kelantan.

Semoga tanggungjawab yang diamanahkan terus digalas dengan cemerlang, berintegriti serta penuh komitmen dalam memperkukuh fungsi dan penyampaian perkhidmatan.

Ikhlas daripada
Pengarah Cawangan Negeri & Warga PKK Kelantan

🌹 SELAMAT BERSARA EO CHE MAT BIN CHE DAUD 🌹       Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada En. Che Mat...
09/05/2026

🌹 SELAMAT BERSARA EO CHE MAT BIN CHE DAUD 🌹

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada En. Che Mat bin Che Daud, sempena persaraan wajib beliau pada 10 Mei 2026.

Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta keberkatan yang berpanjangan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan.

Terima kasih atas segala sumbangan yang amat bermakna, khususnya di Pusat Khidmat Kontraktor Cawangan Negeri Kelantan. Sesungguhnya, dedikasi dan kepimpinan yang ditonjolkan menjadi inspirasi kepada seluruh warga PKK Kelantan. Segala jasa dan pengorbanan yang diberikan amat dihargai dan akan sentiasa dikenang.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang berpanjangan, ketenangan jiwa serta kebahagiaan berterusan bersama keluarga tercinta dalam meniti fasa persaraan yang penuh bermakna ini.

“𝙅𝙖𝙨𝙖 𝘿𝙞𝙠𝙚𝙣𝙖𝙣𝙜, 𝘽𝙖𝙠𝙩𝙞 𝘿𝙞𝙨𝙖𝙣𝙟𝙪𝙣𝙜”

!!! HEBAHAN KURSUS !!!Jom sertai Kursus Asas Kerja Konkrit : Bancuhan, Tuangan & Rawatan (Concrete Curving) :(i) Memaham...
08/05/2026

!!! HEBAHAN KURSUS !!!

Jom sertai Kursus Asas Kerja Konkrit : Bancuhan, Tuangan & Rawatan (Concrete Curving) :

(i) Memahami komponen utama konkrit (simen, agregat halus, agregat kasar, air) dan fungsinya;
(ii) Menghitung nisbah bancuhan konkrit yang betul mengikut keperluan;
(iii) Melaksanakan proses tuangan konkrit dengan teknik yang betul bagi mengelakkan kecacatan;
(iv) Menjelaskan kepentingan rawatan dan;
(v) Mengenal pasti kesalahan lazim dalam kerja konkrit.

Syarat Penyertaan:

• Pemilik syarikat atau penama dalam Sijil CIDB atau pekerja yang dicarum KWSP
• Sijil Taraf Bumiputera masih berkuatkuasa.

Kursus PERCUMA! Tempat TERHAD!
Daftar sekarang: https://ekursus.kuskop.gov.my/
Hubungi kami di 09-7449223 untuk keterangan lanjut

Address

Wisma Salma, Jalan Langgar Off Jalan Sultan Yahya Petra
Kota Bharu
15200

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 15:00
Sunday 08:30 - 16:30

Telephone

+6097449223

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Khidmat Kontraktor Negeri Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share