Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan Dan Warisan Negeri Kelantan

Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan Dan Warisan Negeri Kelantan State committee for tourism , culture and heritage

12/02/2017

Seruan Turun Himpunan RUU 355 oleh YB Mejar (B) Dato' Haji Md Anizam Bin Ab Rahman, Ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kemahang/Penyelaras Dewan Undangan Negeri Salor.

Sekitar Majlis Perasmian Kelantan Festival 2015
30/09/2015

Sekitar Majlis Perasmian Kelantan Festival 2015

Majlis Perasmian Kelantan Festival 2015 telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Kelantan, YB Mejar (B) Dato’ Hj Md Anizam Bin Ab Rahman pada jam 3.00 petang di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV (Hadapan KTC). Turut hadir sama ialah Pengurus Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan. Encik Mohd Zamri Bin Ibrahim, Pengarah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Kelantan, Encik Mohd Aidil Afizie Bin Daud dan Pengarah Tourism Malaysia Kelantan, Puan Nor Aida Binti Ismail.

Program selama 4 hari pada 30 September – 4 Oktober 2015 bermula jam 10.00 pagi – 12.00 malam ini menyediakan aktiviti menarik seperti Jualan Produk, Makanan Tradisional, Persembahan Kebudayaan dan banyak lagi. Kepada pengunjung bolehlah datang memeriahkannya

21.Sept...kelantan Festival akan diadakan pada 30.Sept - 4.Okt bertempat di Dataran Stadium...pelbagai aktiviti disediak...
21/09/2015

21.Sept...kelantan Festival akan diadakan pada 30.Sept - 4.Okt bertempat di Dataran Stadium...pelbagai aktiviti disediakan.

10.Sept - YB Mejar(B) Dato Md Anizam Ab Rahman hadir ke Majlis Jalinan Mesra Bersama Petugas Media Kelantan dengan kerja...
10/09/2015

10.Sept - YB Mejar(B) Dato Md Anizam Ab Rahman hadir ke Majlis Jalinan Mesra Bersama Petugas Media Kelantan dengan kerjasama Kelab Media Kelantan Darulnaim ( Kemudi ).

Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) dengan kerjasama Majlis Daerah Dabon...
09/09/2015

Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) dengan kerjasama Majlis Daerah Dabong dan Persatuan Pendaki Muslim (M2) telah mengadakan program Mount Stong International Climbathon 2015 pada 13 Jun 2015 (Sabtu), bertempat di Gunung Stong, Dabong, Kelantan.

Acara pelepasan para peserta disempurnakan oleh Ketua Jajahan Kuala Krai, YM Haji Tengku Azmi Bin Haji Tengku Jaafar dan Pengurus Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan, Encik Mohd Zamri Bin Ibrahim. Seramai 146 peserta telah mengambil bahagian dalam program ini termasuk 12 peserta antarabangsa dari negara Kenya. Jarak laluan perjalanan adalah sejauh 14.5 km manakala bagi kategori remaja adalah 12.7 km. Sebanyak 8 kategori dipertandingkan iaitu Lelaki Antarabangsa, Wanita Antarabangsa, Lelaki Malaysia, Wanita Malaysia, Remaja Lelaki Malaysia, Remaja Wanita Malaysia, Veteran Lelaki Malaysia, Veteran Wanita Malaysia juga 2 kategori baru diperkenalkan iaitu Lelaki Kelantan dan Wanita Kelantan.

Dari segi penyertaan program yang merupakan kali ke-3 ini telah mendapat sambutan menggalakkan berbanding tahun-tahun sebelum ini. Pemenang-pemenang bagi kategori Lelaki Antarabangsa dan Wanita Antarabangsa iaitu Collins Kipkorir (1 jam 57 minit) dan Carolyne Mitei (2 jam 26 minit). Bagi Lelaki Malaysia dan Wanita Malaysia dimenangi oleh Mohamad Affandi Bin Nudin (2 jam 10 minit) dan Norliana Binti Mohd Rusni (3 jam 10 minit). Bagi kategori baru, Lelaki Kelantan dan Wanita Kelantan dimenangi oleh Amiruddin Bin Nasir (2 jam 14 minit) dan Nor Zalika Binti Mohd Asri (3 jam 22 minit). Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Kelantan, YB Mejar (B) Dato’ Hj Md. Anizam Bin Ab. Rahman.

Program ini dianjurkan bagi mempromosikan Kelantan di mata dunia kerana Gunung Stong merupakan salah satu tempat menarik yang terdapat di Negeri Kelantan dengan keindahan air terjun bertingkat tertinggi di Asia Tenggara. Gunung Stong terletak di Hutan Simpan Negeri Kelantan yang tersedianya hutan hujan tropika yang menarik dan mengasyikkan yang penuh dengan khazanah alam dan hidupan liar. Ketinggian Gunung Stong ialah 1422 meter daripada aras laut.

Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan telah menganjurkan Pesta Seni Suara Burung...
09/09/2015

Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan telah menganjurkan Pesta Seni Suara Burung Ketitir, Tekukur, Candik & Kecantikan Ayam Serama Antarabangsa Kelantan 2015 pada 29 Ogos 2015 (Sabtu).

Program ini merupakan gabungan 3 program yang diadakan selama 1 hari secara serentak di 3 tempat berasingan iaitu Kategori Ketitir & Tekukur dengan kerjasama Persatuan Seni Suara Burung Ketitir Kelantan di Kg. Kubang Panjang, Pasir Mas, Kategori Candik dengan kerjasama Persatuan Seni Suara Burung Candik Kelantan di Padang Hoki Kota Bharu dan Kategori Ayam Serama dengan kerjasama Persatuan Pengadil Ayam Serama Kelantan di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Penyertaan untuk ketiga-tiga program ini begitu menggalakkan biarpun dibuat di 3 tempat yang berbeza pada hari yang sama di mana Kategori Ketitir & Tekukur telah melibatkan lebih 544 ekor burung, Kategori Candik melibatkan 620 ekor burung dan lebih 480 ekor ayam terlibat dalam Kategori Ayam Serama.

Majlis Penyampaian Hadiah Kategori Burung Ketitir & Tekukur pada jam 12.30 tengahari dan Kategori Ayam Serama pada jam 4.30 petang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Kelantan, YB Mejar (B) Dato’ Hj Md Anizam Bin Ab Rahman.

Manakala Kategori Candik disempurnakan oleh Pengarah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Kelantan, Encik Mohd Aidil Afizie Bin Daud.

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan telah menganjurkan Program Pe...
09/09/2015

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan telah menganjurkan Program Pesta Hari Kebangsaan 2015 Peringkat Negeri Kelantan pada 28 - 31 Ogos 2015, bertempat di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan.

Program selama 4 hari ini telah menarik lebih 50,000 pengunjung dengan dihiasi pelbagai aktivti-aktiviti menarik antaranya, persembahan kebudayaan Kelantan, pertandingan mewarna kanak-kanak, sambutan ambang merdeka, himpunan pemilik kereta kenari Malaysia, Festival Volkswagen & Vespa Klasik Kelantan dan senamrobik kemerdekaan.

Acara kemuncak Pesta Hari Kebangsaan 2015 ini ialah Sambutan Ambang Merdeka 2015. Persembahan dikir barat, gendang cina, nyanyian lagu patriotik oleh KB Buskers menyerikan malam tersebut dan program ini disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Hj Ahmad Bin Yakob.

Turut hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Kelantan, YB Mejar (B) Dato’ Hj Md Anizam Bin Ab Rahman.

28.Ogos- Majlis  Penganugerahan Tokoh - Tokoh  Dikir  Barat 2015.. Anugerah  disampaikan  oleh Pengerusi  Jawatankuasa  ...
28/08/2015

28.Ogos- Majlis Penganugerahan Tokoh - Tokoh Dikir Barat 2015..

Anugerah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa kebudayaan , Pelancongan dan Warisan YB Mejar (B) Dato Hj Md Anizam Abd Rahman .

Anugerah Tokoh Tok Jogho 2015

1.Mat Zin Ali ( Mat Jeng Keseng )
2.Abdul Manaf Mohamad ( Tok Wan Hasan Gula Batu )

Anugerah Tokoh Tukang Karut 2015

1.Che Daud Che Man ( Che Daud Tok Deh )
2.Mohd Noor Jusoh ( Abe Nor Nagoro )

Anugerah Tokoh Khas - Veteran 2015

1.Abdullah Sulong ( Dollah Kulat Malam )

20.Ogos - Penyerahan  Wau Bulan dan Wau Puyuh kepada Pengurusan Hotel Emaslink Pacifik  di Jalan Pengkalan  Chepa  sebag...
20/08/2015

20.Ogos - Penyerahan Wau Bulan dan Wau Puyuh kepada Pengurusan Hotel Emaslink Pacifik di Jalan Pengkalan Chepa sebagai Ikon Kelantan

Persembahan semasa..mjlis hari raya..25..july.2015.....oleh tuan rmh
14/08/2015

Persembahan semasa..mjlis hari raya..25..july.2015.....oleh tuan rmh

10/08/2015

Tahun melawat kelantan 2016....pakat ajak..ore ramai mari ke.kelantan...deh

Address

Kota Bharu
15503

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan Dan Warisan Negeri Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share