12/04/2026
MESYUARAT PENUTUPAN (EXIT CONFERENCE) PENGAUDITAN PENGURUSAN CUKAI TAKSIRAN DI MAJLIS DAERAH PASIR PUTEH | 09 APRIL 2026
๐Majlis Daerah Pasir Puteh, 09 April 2026- Bahagian Audit Dalam, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan telah melaksanakan Mesyuarat Penutupan (Exit Conference) Pengauditan Pengurusan Cukai Taksiran di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Pasir Puteh.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Zulkarnean bin Isa, Setiausaha Majlis Daerah Pasir Puteh.
Mesyuarat ini dihadiri oleh Encik Shahiran bin Shaโari, Pengarah Bahagian Audit Dalam, Encik Nik Affandi bin Nik Him, Penolong Pengarah Bahagian Audit Dalam,pegawai dan kakitangan MDPP serta Penolong Juruaudit SUK Kelantan.
Pihak Bahagian Audit Dalam mengucapkan ribuan terima kasih kepada Majlis Daerah Pasur Puteh (MDPP) di atas kerjasama yang diberikan sepanjang program audit dijalankan.