14/04/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ | ๐๐โ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, YBhg. Datuk Zamri bin Ramli telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke JMG Negeri Kelantan bagi memantau pelaksanaan program dan projek jabatan. Lawatan ini bertujuan memastikan pelaksanaan program dan projek dilaksanakan dengan berkesan, berintegriti serta memberi impak tinggi kepada organisasi dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Sepanjang lawatan, beliau telah mempengerusikan Perhimpunan Bulanan serta mendengar taklimat aktiviti setiap unit di JMG Kelantan. Sesi dialog bersama warga kerja turut diadakan pada sebelah petang bagi mendengar isu dan cadangan penambahbaikan secara langsung di peringkat pelaksanaan.
Pada hari kedua, beliau menghadiri mesyuarat tapak serta meninjau perkembangan projek pembinaan bangunan baharu JMG Kelantan di Tunjong. Lawatan diteruskan ke Bachok bagi meninjau operasi dan gerak kerja pengurusan kawasan tanah gambut yang terjejas akibat kebakaran.
Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan JMG Malaysia dalam memperkukuh keberkesanan pelaksanaan projek serta memastikan penyampaian perkhidmatan jabatan sentiasa berada pada tahap terbaik untuk kesejahteraan rakyat.