Bahagian Kesihatan Pergigian Kelantan

Bahagian Kesihatan Pergigian Kelantan Bahagian Kesihatan Pergigian, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan

Memberi perkhidmatan terbaik berasaskan Budaya Kerja Cemerlang dan meningkatkan keberkesanan Sistem Kualiti secara berterusan demi kepuasan pelanggan

Ramai yang ingat kalau nak tengok kesan berhenti merokok ni kena tunggu berbulan-bulan atau bertahun-tahun. Tapi realiti...
04/06/2026

Ramai yang ingat kalau nak tengok kesan berhenti merokok ni kena tunggu berbulan-bulan atau bertahun-tahun. Tapi realitinya, tubuh badan kita bertindak balas dengan sangat pantas!

Cuba tengok poster ni. Daripada seawal beberapa minit, membawa ke 24 jam, hinggalah ke tempoh 10 tahun ada perubahan ke arah yang lebih baik berlaku pada paru-paru, jantung, aliran darah, dan kesihatan mulut anda.

Sila luangkan masa 30 saat untuk teliti garis masa pada batang rokok dalam poster.

Tengok apa yang jadi dari seawal 8 -12 minit dan apa kelebihan besar yang anda akan dapat selepas masuk tahun pertama.

Jom mulakan langkah pertama hari ini demi diri sendiri dan insan tersayang. Save dan share poster ni untuk kebaikan kesihatan anda.

04/06/2026
03/06/2026

🚭 **TANPA ROKOK, TANPA V**E – SENYUM SIHAT, KITA HEBAT** 😁🦷

Tahukah anda? Penggunaan rokok dan v**e boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan mulut, termasuk menyebabkan nafas berbau, gigi menjadi kuning, penyakit gusi, gigi bergoyang dan meningkatkan risiko kanser mulut.

Kesihatan oral yang baik bukan sahaja memberikan senyuman yang cantik, malah membantu meningkatkan keyakinan diri dan kualiti hidup. Dengan menjauhi rokok dan v**e, anda dapat mengekalkan gusi yang sihat, gigi yang kuat serta nafas yang lebih segar.

Marilah bersama-sama memilih gaya hidup sihat demi kesejahteraan diri dan keluarga. Setiap langkah untuk berhenti merokok dan v**e adalah satu langkah ke arah senyuman yang lebih sihat dan masa depan yang lebih cerah.

🦷 Gusi sihat, gigi kuat.
✨ Nafas lebih segar.
😁 Senyuman lebih yakin.

**Tanpa Rokok, Tanpa V**e – Senyum Sihat, Kita Hebat!**
**e



🚭🦷✨

03/06/2026

🚭 BAHANA ROKOK KEPADA KESIHATAN DAN KESIHATAN ORAL

Rokok merupakan antara punca utama kepada pelbagai masalah kesihatan yang serius dan sering dipandang ringan oleh masyarakat. Hakikatnya, setiap sedutan rokok mengandungi bahan kimia berbahaya yang boleh merosakkan hampir keseluruhan sistem tubuh badan secara perlahan tetapi berterusan.

Dari sudut kesihatan umum, merokok meningkatkan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung, strok, serta kanser paru-paru. Namun, kesan rokok juga sangat ketara terhadap kesihatan oral (mulut dan gigi) yang sering diabaikan.

Merokok boleh menyebabkan masalah gusi seperti gingivitis dan periodontitis, iaitu jangkitan serius pada tisu gusi dan tulang penyokong gigi. Apabila keadaan ini berlanjutan, tulang sokongan gigi akan rosak, menyebabkan gigi menjadi longgar, bergoyang dan akhirnya boleh gugur. Selain itu, perokok juga lebih mudah mengalami nafas berbau, perubahan warna gigi menjadi kuning atau kehitaman, serta penyembuhan luka dalam mulut yang lebih lambat selepas rawatan pergigian.

Lebih membimbangkan, rokok juga meningkatkan risiko kanser mulut yang boleh mengancam nyawa jika tidak dikesan lebih awal.

Kesemua ini menunjukkan bahawa kesan rokok bukan hanya pada tubuh badan, tetapi juga jelas kelihatan pada senyuman seseorang.

Oleh itu, berhenti merokok adalah langkah terbaik untuk melindungi bukan sahaja kesihatan diri, malah juga kesihatan mulut dan gigi. Setiap usaha untuk berhenti adalah satu pelaburan besar untuk masa depan yang lebih sihat dan berkualiti.

Jom lindungi kesihatan oral, sayangi senyuman anda, dan katakan TIDAK kepada rokok mulai hari ini. 🚭🦷

BERHENTI SEKARANG! SELAMATKAN MASA DEPAN!

Sering kali kita cuma fokus pada kesan merokok terhadap paru-paru, tapi kita terlupa apa yang sedang berlaku pada pintu ...
31/05/2026

Sering kali kita cuma fokus pada kesan merokok terhadap paru-paru, tapi kita terlupa apa yang sedang berlaku pada pintu utama masuknya asap rokok tu iaitu mulut kita.

Share dekat kawan-kawan yang anda sayang.

Selamat Menyambut Hari Tanpa Tembakau Sedunia Tabiat merokok dan penggunaan v**e kekal menjadi antara cabaran terbesar d...
31/05/2026

Selamat Menyambut Hari Tanpa Tembakau Sedunia

Tabiat merokok dan penggunaan v**e kekal menjadi antara cabaran terbesar dalam sektor kesihatan. Komitmen melahirkan masyarakat bebas tembakau memerlukan sokongan padu daripada setiap lapisan masyarakat.

Ayuh kita tingkatkan kesedaran dan amalkan gaya hidup sihat tanpa asap rokok mahupun v**e demi memelihara kesihatan tubuh badan serta kesihatan pergigian yang optimum.

Satu hari tanpa rokok adalah langkah awal ke arah kehidupan yang lebih berkualiti. Sayangi diri anda, sayangi keluarga anda.

31/05/2026
30/05/2026

Kalau anda seorang pengguna v**e dan kebelakangan ini badan rasa sesak nafas, badan penat, atau dada mula rasa tidak selesa jangan anggap itu penat biasa. Itu mungkin tanda awal kecederaan paru-paru serius.

Jangan sampai terlambat baru nak menyesal. Kami bongkarkan apa itu EVALI dan senarai simptom yang ramai orang terlepas pandang dalam video. Sila tonton, selamatkan paru-paru anda, dan share video ini dengan kawan-kawan tegar v**e anda! 🔥

26/05/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Aidiladha.

Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1447H, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan serta seluruh rakyat Kelantan.

Aidiladha mengingatkan kita tentang nilai pengorbanan, keikhlasan dan semangat kebersamaan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara. Dalam kita meraikan hari yang penuh keberkatan ini, marilah kita terus memperkukuhkan ukhuwah, menyemai sifat ihsan dan mempertingkat komitmen dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada rakyat.

Semoga sambutan Aidiladha kali ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan kebahagiaan buat semua bersama keluarga tercinta.

“Pengorbanan Disemai, Perkhidmatan Diperkasa”

Selamat Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir dan Batin.

Dato’ Dr. Mohd Azman bin Yacob
Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan












18/05/2026

Antibiotik bukan “ubat ajaib” untuk semua masalah gusi.
Penggunaan tanpa kawalan boleh menyebabkan bakteria menjadi kebal dan rawatan jadi lebih sukar pada masa hadapan. 😷

Penyakit gusi perlu dirawat dengan betul mengikut punca, bukan sekadar bergantung kepada antibiotik sahaja.
Jaga kebersihan mulut, jangan tunggu sampai gusi bengkak atau berdarah baru nak bertindak! ✨

💡 Dapatkan pemeriksaan pergigian dan nasihat daripada doktor gigi sebelum mengambil antibiotik.

Address

Aras 7, Bangunan KWSP, Jalan Padang Garong
Kota Bharu
15200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097418700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Kesihatan Pergigian Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Kesihatan Pergigian Kelantan:

Share