14/05/2026
Mesyuarat Penghulu Tanpa Mukim Parlimen & Ketua Penghulu DUN Bil. 2/2026
Mesyuarat Penghulu Tanpa Mukim Parlimen dan Ketua Penghulu DUN Bilangan 2 Tahun 2026 telah berlangsung pada Khamis, 14 Mei 2026 bertempat di Bilik Gerakan Kompleks Kota Darulnaim. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tn Hj Zulkifli bin Mamat, Pengarah Urusetia Pembangunan Penghulu Negeri Kelantan (UPPNK).
Mesyuarat menumpukan kepada penilaian semula program-program yang telah dilaksanakan sepanjang penggal pertama tahun 2026, bagi mengenal pasti kelemahan serta menambah baik pelaksanaan program pada masa hadapan. Turut dibincangkan ialah perancangan awal program akan datang melibatkan MPKK demi memastikan keberkesanan penyampaian dan penglibatan komuniti.
Mesyuarat juga diperkukuh dengan sesi taklimat daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), yang disampaikan oleh
Pn. Siti Suhaila binti Abd Hamid, Ketua AKPK Negeri Kelantan, berkaitan pengurusan kewangan, literasi kewangan serta peranan AKPK dalam membantu masyarakat mengurus komitmen kewangan dengan lebih berkesan.