Keadilan

Keadilan Diasaskan pada 4 April 1999 dengan nama asalnya adalah Parti Keadilan Nasional dengan tujuan melakukan reformasi dalam tadbir urus dan politik negara.

02/04/2025

Masih menjalankan tanggungjawab tikamana masih banyak jemputan Hari Raya Aidilfitri. Alhamdulillah

01/04/2025
PMX mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat gergasi teknologi seperti Google, Enovix Corporation, Microsoft dan Ti...
16/11/2023

PMX mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat gergasi teknologi seperti Google, Enovix Corporation, Microsoft dan TikTok di San Francisco, Amerika Syarikat.

DS Anwar Ibrahim diapit Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Duta Malaysia ke Amerika Syarikat Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Dalam pertemuan ini kesemua syarikat telah memberi perakuan melanjutkan pelaburan mereka di Malaysia secara besar-besaran.

Kesemua syarikat ini turut mengakui sistem politik yang stabil dan dasar yang jelas merupakan antara faktor penting yang menarik minat mereka untuk melabur di Malaysia.

DS Anwar Ibrahim juga menyatakan komitmen Malaysia untuk memberikan proses kelulusan pantas kepada semua pelabur dan ia jelas menambah keyakinan kepada syarikat-syarikat ini.

Semasa pertemuan ini, Google diwakili Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan merangkap Ketua Pegawai Kewangannya, Ruth Porat; Enovix Corporation diwakili Ketua Pegawai Operasinya Ajay Marathe; Microsoft Asia oleh Presidennya Ahmed Mazhari sementara TikTok oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Shou Zi Chew.

DS Anwar Ibrahim kemudian turut menerima kunjungan hormat daripada Jim Coulter yang merupakan Rakan Pengasas, Pengerusi Eksekutif dan Pengarah TPG, sebuah syarikat pengurusan aset alternatif utama global.

Semoga pertemuan dengan kesemua syarikat gergasi ini dapat membawa manfaat kepada negara dan rakyat keseluruhannya, Insya-Allah.


16/11/2023

Global Stage

He was given the honour of the First speaker in Summit.

He promoted Malaysia 🇲🇾 on global stage.

He insists on collaboration not confrontation.

He responded to difficult questions.

He spoke off the cuff (not read from pdf 😉)

PMX made us Proud 💪🏼

Serious discussion between the great leader.
13/11/2023

Serious discussion between the great leader.

TERKINIANTARA UCAPAN PM MALAYSIA, DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DI MESYUARAT TERGEMPAR OIC BERIKAITAN ISU PALESTIN 2023- SAYA...
12/11/2023

TERKINI

ANTARA UCAPAN PM MALAYSIA, DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DI MESYUARAT TERGEMPAR OIC BERIKAITAN ISU PALESTIN 2023

- SAYA MENYERU SEMUA NEGARA OIC UNTUK MENGGERAKKAN SALURAN DIPLOMATIK KITA SECARA STRATEGIK. DI SETIAP TAHAP, DI SETIAP DIALOG, BILATERAL ATAU MULTILATERAL. SECARA RANTAU ATAU ANTARABANGSA

SEMUA NEGARA OIC SECARA TEGAS DAN KONSISTEN MELAKUKAN PERKARA INI SECARA KEMPEN DIPLOMATIK

1) MENDESAK GENCATAN SENJATA DI GAZA

2) MENGEMBANGKAN DAN MENAMBAH BANTUAN KEMANUSIAAN KEPADA RAKYAT GAZA

3) MENGHENTIKAN SEGALA PEMBINAAN PENEMPATAN HARAM ISRAEL DAN
KEKEJAMAN PENDUDUK HARAM KE ATAS RAKYAT PALESTIN DI GAZA DAN TEBING BARAT

4) MENGHENTIKAN PEMINDAHAN KELUAR RAKYAT PALESTIN SECARA PAKSA OLEH ISRAEL SERTA MERTA

5) MENYIASAT DAN MENGHUKUM MENGGUNAKAN UNDANG UNDANG ANTARABANGSA KE ATAS MEREKA YANG MELAKUKAN JENAYAH PERANG MENERUSI INSTITUSI KEADILAN ANTARABANGSA

6) MENYOKONG INISIATIF KEAMANAN ARAB

7) MEMANTAU RUNDINGAN MENGGUNAKAN PIHAK TENGAH YANG MEMPUNYAI REPUTASI UNTUK MEMBAWA PENYELESAIAN 2 NEGARA(TWO STATE SOLUTION) BERDASARKAN SEMPADAN 1967 DENGAN BAITUL MAQDIS TIMUR SEBAGAI IBU NEGARA SERTA JAMINAN KEMERDEKAAN PENUH UNTUK PALESTIN.

8) BERSATU HATI MEMERANGI ISLAMFOBIA DAN JUGA MELINDUNGI HAK DALAM MENYATAKAN PENDIRIAN SECARA AMAN UNTUK MENYOKONG PALESTIN

KITA HARUS BERSATU HATI AGAR SUARA KITA LEBIH DIDENGARI

MEREKA(ORANG ISLAM) MENGHARAPKAN AGAR ADA LANGKAH KONKRIT DARI MESYUARAT INI

15/03/2023

Malaysia dengan sepenuh hati menyertai masyarakat dunia dalam memperingati “Hari Antarabangsa untuk Memerangi Islamofobia” pada 15 Mac.

Ini bukanlah suatu hari yang patut diraikan tetapi merupakan hari untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dunia dan keperluan tindakan untuk menangani Islamofobia.

Umat Islam seluruh dunia akan menyambut ketibaan Bulan Ramadhan yang penuh mulia dalam masa terdekat.

Dalam menyambut bulan yang mulia ini, kita mesti mengamalkan kesederhanaan selaras dengan pelaksanaan Malaysia Madani dan menolak ideologi ekstremis sama sekali.

Islamofobia dan semua tindakan kebencian serta keganasan terhadap individu berdasarkan agama atau kepercayaan mesti ditolak. Malaysia bersedia untuk bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa secara konstruktif dan kolektif bagi mencapai tujuan ini.

31/12/2022

InsyaAllah, esok saya akan bersama dalam program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 di Masjid Putra, Putrajaya.

Saya juga akan turut menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2023 pada jam 8.00 malam yang akan disiarkan secara langsung.

Saya ingin mengajak rakyat Malaysia yang berkelapangan untuk ikut turut serta dalam majlis ini yang akan bermula pada jam 6.30 petang.

Keputusan itu diumumkan Speaker Datuk Johari Abdul, selepas usul itu selesai digulung Menteri di Jabatan Perdana Menteri...
19/12/2022

Keputusan itu diumumkan Speaker Datuk Johari Abdul, selepas usul itu selesai digulung Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Tahniah Anwar Ibrahim
Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com

Address

Kota Bharu
15350

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 00:00
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Keadilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share