JKR Unit Tentera Negeri Kelantan

JKR Unit Tentera Negeri Kelantan BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme dan menghargai...
30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme dan menghargai perjuangan para pejuang terdahulu dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Semoga Malaysia terus aman, makmur dan bersatu padu di bawah semangat “Malaysia Madani, Jiwa Merdeka.”
Bersatu, Berdaulat, Berkat – Demi Malaysia Tercinta.

Ikhlas daripada
JKR UNIT TENTERA NEGERI KELANTAN

🇲🇾

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL ﷺSempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, marilah kita bersama-sama memper...
24/08/2026

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ

Sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat dan meneladani akhlak serta sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah ﷺ menjadi sumber kekuatan untuk terus melakukan kebaikan, mempererat silaturahim dan menyebarkan kasih sayang sesama insan.

Salam Maulidur Rasul 1448H
📅 25 Ogos 2026 | Selasa

Ikhlas daripada JKR Unit Tentera Negeri Kelantan

05/08/2026

🎉HARI TERBUKA JKR KELANTAN 2026 & K&S EXPO (KEJURUTERAAN & SENIBINA) 🏗️

Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Kelantan membawakan ekspo kejuruteraan dan seni bina terbesar tahun ini! Membawa tema " Reka Bentuk Pintar, Pembinaan Efisien" , pelbagai pengisian menarik, pameran teknologi pembinaan terkini, dan ruang jaringan perniagaan menanti anda!

📌 BUTIRAN EVENT:

📅 Tarikh: 13 – 16 Ogos 2026 (Khamis – Ahad)
⏰ Masa: 10:00 Pagi – 10:00 Malam
📍 Lokasi: KB Mall, Kota Bharu, Kelantan

✨ APA YANG MENARIK DI SINI?
🔹 Pameran Pembekal & Bahan Binaan: Lihat teknologi IBS, bahan binaan moden, dan reka bentuk seni bina/dalaman terkini.
🔹 Demonstrasi Teknologi & Produk: Sesi demonstrasi langsung penggunaan bahan binaan di Pentas Demonstrasi.
🔹 Bengkel Teknikal Kontraktor: Pengisian berfokuskan Occupational Safety and Health (OSH) dan kualiti kerja.
🔹 Sesi Business Matching & Networking: Platform terbaik untuk kontraktor (G1–G7), arkitek, konsultan, dan pemaju meluaskan rangkaian profesional!

👥 SIAPA YANG PATUT HADIR?
Kontraktor, arkitek, jurutera, pelajar bidang teknikal, pemilik rumah yang nak cari idea/bahan binaan, serta orang awam—semua dijemput hadir! Masuk adalah PERCUMA

Jangan lepaskan peluang ini untuk bersama-sama membina masa depan industri pembinaan yang lebih efisien dan maju!

PROGRAM SASARAN 10,000 LANGKAH (BRISK WALK) BERSAMA JURUTERA AWAM KANAN Program Sasaran 10,000 Langkah (Brisk Walk) tela...
30/07/2026

PROGRAM SASARAN 10,000 LANGKAH (BRISK WALK) BERSAMA JURUTERA AWAM KANAN

Program Sasaran 10,000 Langkah (Brisk Walk) telah diadakan pd hari ini 30 Julai 2026 dengan seramai 73 penyertaan dari warga JKR Unit Tentera Negeri Kelantan bertempat di Taman Tengku Anis, Kota Bharu sebagai salah satu inisiatif ke arah membudayakan amalan hidup sihat di tempat kerja.

Program ini bertujuan meningkatkan tahap kecergasan fizikal, menggalakkan gaya hidup aktif serta mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan warga jabatan.

Semoga program seumpama ini dapat diteruskan secara berkala bagi melahirkan warga kerja yg sihat, cergas, berdaya saing dan produktif, selaras dengan usaha mewujudkan persekitaran kerja yg kondusif dan berkualiti.

"Badan sihat, Minda Cerdas, Organisasi Cemerlang"

📢 PEMAKLUMAN PENANGGUHAN CABUTAN UNDI KERJA BIL. 3/2026Dimaklumkan bahawa Cabutan Undi Kerja Bil. 3/2026 yang dijadualka...
06/07/2026

📢 PEMAKLUMAN PENANGGUHAN CABUTAN UNDI KERJA BIL. 3/2026

Dimaklumkan bahawa Cabutan Undi Kerja Bil. 3/2026 yang dijadualkan pada 12 Julai 2026 (Ahad) telah DITANGGUHKAN ke tarikh berikut:

🗓️ 19 Julai 2026 (Ahad)
🕘 8.30 pagi – 9.30 pagi
📍 Dewan JKR Unit Tentera Kelantan

Semua syarat penyertaan, kelayakan dan senarai kerja adalah KEKAL seperti yang diiklankan sebelum ini. Kontraktor yang berkelayakan dimohon hadir mengikut tarikh baharu tersebut.

Sekian, terima kasih.

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1448H | 2026MSelamat Menyambut Awal Muharram 1448H kepada seluruh warga JKR Malaysia dan u...
16/06/2026

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1448H | 2026M

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H kepada seluruh warga JKR Malaysia dan umat Islam

Semoga kehadiran tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan, memperkukuh keimanan serta menyuntik semangat baharu untuk terus melaksanakan amanah dengan penuh integriti, profesionalisme dan dedikasi.

Marilah kita menghayati nilai-nilai penghijrahan sebagai pemangkin transformasi ke arah kecemerlangan diri dan organisasi. Semangat hijrah menuntut kita untuk sentiasa memperbaiki cara bekerja, memperkukuh budaya penyampaian, serta meningkatkan keupayaan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negara.

Semoga dengan iltizam dan kesatuan hati, seluruh warga JKR terus melangkah maju sebagai organisasi yang tangkas bertindak, berfokuskan penyelesaian dan komited dalam merealisasikan agenda pembangunan negara, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.





Tahniah kepada YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya (JK...
09/06/2026

Tahniah kepada YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya (JKR) berkuat kuasa 8 Jun 2026.

Semoga kepimpinan dan pengalaman luas yang dimiliki terus memacu kecemerlangan JKR serta memperkukuh pembangunan infrastruktur negara yang berkualiti, mampan dan berdaya saing.

Selamat menjalankan amanah dengan penuh dedikasi, integriti dan komitmen dalam menerajui JKR ke arah kecemerlangan demi kemajuan negara serta kesejahteraan rakyat.

Ikhlas daripada Jurutera Awam Kanan Dan Warga Kerja JKR Unit Tentera Negeri Kelantan.





🌙✨ SALAM AIDILADHA 1447H / 2026M ✨🌙Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat seluruh umat Islam.Semoga ibadah korban ya...
26/05/2026

🌙✨ SALAM AIDILADHA 1447H / 2026M ✨🌙

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat seluruh umat Islam.
Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima Allah SWT serta membawa keberkatan, keikhlasan dan kebahagiaan kepada kita semua.
“Sesungguhnya daging dan darah haiwan korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu.”
(Surah Al-Hajj : 37)

Ikhlas daripada
JKR UNIT TENTERA NEGERI KELANTAN





Selamat Menyambut Hari Pekerja.1 Mei 2026.Terima kasih khususnya kepada seluruh warga JKR UNIT TENTERA NEGERI KELANTAN d...
01/05/2026

Selamat Menyambut Hari Pekerja.

1 Mei 2026.

Terima kasih khususnya kepada seluruh warga JKR UNIT TENTERA NEGERI KELANTAN dan semua pekerja di seluruh Malaysia amnya atas komitmen, dedikasi dan semangat kental dalam memacu pembangunan negara.

PEKERJA MADANI KESUMA BANGSA

Ikhlas Daripada :
Seluruh Warga JKR UNIT TENTERA NEGERI KELANTAN , CSFB

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )







Address

Atm-1, Jalan Panji, Kg Beris Lanjut
Kota Bharu
16100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 15:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKR Unit Tentera Negeri Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share