07/08/2026
๐ธ MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN PERCAK 2026
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan PERSATUAN CAKNA HATI KELANTAN pada 6 Ogos 2026.
Mesyuarat ini menjadi platform penting untuk membentangkan laporan aktiviti, laporan kewangan, serta membincangkan perkembangan dan perancangan persatuan bagi tempoh yang akan datang.
Selain itu, turut berlangsung sesi pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) bagi sesi baharu melalui proses undian oleh para ahli yang hadir.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh ahli serta barisan jawatankuasa atas kehadiran, sokongan dan kerjasama yang diberikan.
Semoga barisan kepimpinan yang telah dipilih dapat menjalankan amanah dengan sebaik-baiknya serta bersama-sama membawa PERCAK ke arah yang lebih baik, kukuh dan terus memberi manfaat kepada seluruh ahli.
๐ค Bersama Membina, Bersatu Memperkasa.