Yayasan Kelantan Darulnaim

Yayasan Kelantan Darulnaim YAYASAN KELANTAN DARULNAIM ( YAKIN ) adalah sebuah Badan Berkanun Negeri yang ditubuhkan pada 1981

15/04/2026
๐Ÿ“ข ๐Š๐€๐‘๐๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐ˆ๐’๐‹๐€๐Œ ๐Š๐„๐‹๐€๐๐“๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dengan anjuran b...
13/04/2026

๐Ÿ“ข ๐Š๐€๐‘๐๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐ˆ๐’๐‹๐€๐Œ ๐Š๐„๐‹๐€๐๐“๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dengan anjuran bersama Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital Dan Inovasi Negeri Kelantan, Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) akan mengadakan Karnival Pendidikan Islam Kelantan yang akan diadakan sepertimana berikut :

๐Ÿ—“๏ธ 26 & 27 April 2026 | Ahad & Isnin
โฐ 8.30 pagi hingga 5.00 petang
๐Ÿข Kolej Universiti Islam Antrabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

๐Ÿ”ฐAktiviti-Aktiviti:
* Booth Pameran Pendidikan
* โ Taklimat Hala Tuju Pendidikan
* โ Taklimat Sambung Belajar ke Mesir
* Bengkel Untuk Guru Kaunseling
* Forum Bersama Alumni
* Klinik Al-Fatihah
* Bengkel Bahasa
* Kuiz Interaktif
* Cabutan Bertuah
* Persembahan Pentas

Marilah sama-sama kita memeriahkan lagi Karnival Pendidikan Islam Kelantan 2026 yang diadakan nanti ๐Ÿคฉ

๐‰๐”๐Œ๐๐€ ๐€๐๐ƒ๐€ ๐ƒ๐ˆ ๐’๐€๐๐€ ๐Ÿ“Œ

๐ŸŽ“๐ŸŽ“๐ŸŽ“
Membina Hala Tuju Pendidikan Generasi Anak Kelantan

๐‘ฉ๐‘ฐ๐‘จ๐‘บ๐‘ฐ๐‘บ๐‘พ๐‘จ & ๐‘ป๐‘จ๐‘ฑ๐‘จ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ฏ๐‘จ๐‘บ ๐‘ท๐‘น๐‘ถ๐‘ฎ๐‘น๐‘จ๐‘ด ๐‘ซ๐‘ฐ๐‘ท๐‘ณ๐‘ถ๐‘ด๐‘จ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ฑ๐‘ผ๐‘น๐‘ผ๐‘น๐‘จ๐‘พ๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ตYayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) dengan sukacitanya mempelawa pela...
07/04/2026

๐‘ฉ๐‘ฐ๐‘จ๐‘บ๐‘ฐ๐‘บ๐‘พ๐‘จ & ๐‘ป๐‘จ๐‘ฑ๐‘จ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ฏ๐‘จ๐‘บ ๐‘ท๐‘น๐‘ถ๐‘ฎ๐‘น๐‘จ๐‘ด ๐‘ซ๐‘ฐ๐‘ท๐‘ณ๐‘ถ๐‘ด๐‘จ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ฑ๐‘ผ๐‘น๐‘ผ๐‘น๐‘จ๐‘พ๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ต

Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) dengan sukacitanya mempelawa pelajar lepasan SPM 2025 dari Negeri Kelantan untuk memohon Tajaan Khas Program Diploma Kejururawatan yang ditawarkan dengan kerjasama City University Malaysia.

Program ini bertujuan melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejururawatan yang berkemahiran tinggi, berdaya saing serta mampu memenuhi keperluan industri kesihatan negara.

Rebutlah peluang ini untuk membina masa depan yang cemerlang dalam bidang kejururawatan bersama City University Malaysia.

>>>> https://forms.gle/sikcdAYbLY3oDn648

>>>> https://forms.gle/sikcdAYbLY3oDn648

01/04/2026

[๐‘บ๐™€๐‘ต๐˜ผ๐‘น๐˜ผ๐‘ฐ ๐‘ผ๐™‰๐‘ฐ๐™ ๐™‹๐‘น๐™€๐‘ด๐™„๐‘บ & ๐‘ท๐™€๐‘ฑ๐˜ผ๐‘ฉ๐˜ผ๐‘ป ๐‘ผ๐™‰๐‘ป๐™๐‘ฒ ๐‘ซ๐™„๐‘บ๐™€๐‘พ๐˜ผ โ€“ ๐™†๐‘ฌ๐™ˆ๐‘จ๐™Ž๐‘ผ๐™†๐‘จ๐™‰ ๐™Ž๐‘ฌ๐™‚๐‘ฌ๐™๐‘จ!]

Mencari ruang perniagaan atau pejabat yang strategik?

Kami mempunyai beberapa pilihan unit di lokasi-lokasi tumpuan yang sedia untuk diduduki! ๐Ÿข๐Ÿš€

Sila semak senarai di bawah untuk unit yang sesuai dengan bajet dan keperluan bisnes anda:

๐Ÿ . ๐Š๐Ž๐“๐€ ๐๐‡๐€๐‘๐” : -
๐Ÿ“ ๐‘ฑ๐‘จ๐‘ณ๐‘จ๐‘ต ๐‘ป๐‘ฌ๐‘ด๐‘ฌ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ฎ๐‘ถ๐‘ต๐‘ฎ: ๐‘ณ๐‘ถ๐‘ป 422
a) Tingkat 1: RM 1000
b) Tingkat 2: RM 700
c) Tingkat 3: RM 500
โ€ข Berhampiran Kedai Kopi Din Tokyo.

๐Ÿ“ ๐‘ฒ๐‘ถ๐‘ด๐‘ท๐‘ณ๐‘ฌ๐‘ฒ๐‘บ ๐’€๐‘จ๐‘ฒ๐‘ฐ๐‘ต
โ€ข TINGKAT 2
a) Unit 204 : RM 280

๐Ÿ . ๐Œ๐€๐‚๐‡๐€๐๐† : -
๐Ÿ“ ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ผ๐‘ต๐‘จ๐‘ต ๐’€๐‘จ๐‘ฒ๐‘ฐ๐‘ต ๐‘ด๐‘จ๐‘ช๐‘ฏ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ
โ€ข TINGKAT 2
a) PT (B) 5-2: RM 300
b) PT (B) 8-2: RM 200

โ€ข TINGKAT 3
a) PT (B) 6-3: RM 200
b) PT (B) 7-3: RM 200
c) PT (B) 8-3: RM 200
d) PT (B) 9-3: RM 200

๐Ÿ‘. ๐†๐”๐€ ๐Œ๐”๐’๐€๐๐† : -
๐Ÿ“ ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ผ๐‘ต๐‘จ๐‘ต ๐’€๐‘จ๐‘ฒ๐‘ฐ๐‘ต ๐‘ฎ๐‘ผ๐‘จ ๐‘ด๐‘ผ๐‘บ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ
โ€ข TINGKAT 2
a) PT.903-2: RM 400

โ€ข TINGKAT 3
a) PT.902-3: RM 250
b) PT.903-3: RM 250
c) PT.904-3: RM 250

Kenapa Sewa Dengan Kami?

โœ… Urusan kontrak yang telus & profesional.
โœ… Pelbagai pilihan mengikut bajet (Ekonomi ke Premium).
โœ… Lokasi yang telah disaring (Potensi bisnes tinggi).

Berminat untuk '๐•๐ข๐ž๐ฐ๐ข๐ง๐ ' atau ๐›๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ง๐ฒ๐š ๐ฅ๐š๐ง๐ฃ๐ฎ๐ญ? Direct WhatsApp pengurus bertugas kami di sini:

๐Ÿ“ฒ 017 โ€“ 900 6284 [ wasap.my/60179006284 โ€“ En. Badrul ]
๐Ÿ“ฒ 011 โ€“ 2565 9382 [ wasap.my/601125659382 โ€“ En. Firdaus ]

Tahniah pelajar-pelajar Yayasan Islam Kelantan atas kecemerlangan peperiksaan SPM 2025.
31/03/2026

Tahniah pelajar-pelajar Yayasan Islam Kelantan atas kecemerlangan peperiksaan SPM 2025.

Tahniah Dan Syabas kepada semua pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 20...
31/03/2026

Tahniah Dan Syabas kepada semua pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2025.

Ikhlas Daripada Pengarah & Warga kerja Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN)

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1448H/2026MTaqabbalallahu minna wa minkum.Semoga amal ibadah kita diterima dan kita tergolo...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1448H/2026M

Taqabbalallahu minna wa minkum.

Semoga amal ibadah kita diterima dan kita tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang bertaqwa.

Maaf Zahir Dan Batin.

Ikhlas daripada :
Pengarah dan warga kerja
Yayasan Kelantan Darulnaim(YAKIN)

Tahniah di atas kecemerlangan.
17/03/2026

Tahniah di atas kecemerlangan.

MAJLIS RAMAH  MESRA DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA PERSATUAN- PERSATUAN MAHASISWA ANAK KELANTAN.KOTA BHARU โ€“ Yang Berh...
12/03/2026

MAJLIS RAMAH MESRA DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA PERSATUAN- PERSATUAN MAHASISWA ANAK KELANTAN.

KOTA BHARU โ€“ Yang Berhormat Datoโ€™ Haji Wan Roslan bin Wan Hamat, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau,Digital dan Inovasi Negeri Kelantan telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Persatuan Mahasiswa Anak Negeri Kelantan dalam satu program yang berlangsung dengan penuh bermakna di Kompleks Kota Darulnaim hari ini.

Majlis tersebut diadakan sebagai tanda penghargaan dan sokongan Kerajaan Negeri kepada para mahasiswa Kelantan yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi dalam negeri. Dalam majlis berkenaan, 10 persatuan mahasiswa menerima sumbangan kewangan sebanyak RM2,000 bagi membantu melaksanakan program akademik, kepimpinan dan kebajikan pelajar.

Dalam ucapannya menegaskan bahawa kerajaan negeri sentiasa komited untuk menyokong pembangunan modal insan khususnya dalam kalangan generasi muda Kelantan. Mahasiswa diseru agar terus memainkan peranan sebagai agen perubahan serta membawa nama baik negeri Kelantan di peringkat nasional dan antarabangsa. Untuk tahun 2026, Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) telah merancang beberapa program bersama mahasiswa negeri kelantan yang melibatkan semua persatuan anak negeri Kelantan.

Beliau turut berharap agar sumbangan yang diberikan dapat dimanfaatkan sebaiknya bagi memperkukuh aktiviti persatuan, memperkasa jaringan mahasiswa serta meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar.

Program ini turut dihadiri oleh YB. Kamarulzaman bin Mohammad, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Inovasi dan Digital, wakil Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, serta barisan kepimpinan persatuan mahasiswa anak Kelantan.

Kerajaan Negeri Kelantan komited untuk terus memperkukuh hubungan dengan komuniti mahasiswa sebagai rakan strategik dalam membangunkan masa depan negeri.


Salam Nuzul Quran17 Ramadan 1447H | 7 Mac 2025M"Hiasilah malam-malam Ramadanmu dengan bacaan kalamullah,sepertimana Jibr...
07/03/2026

Salam Nuzul Quran

17 Ramadan 1447H | 7 Mac 2025M

"Hiasilah malam-malam Ramadanmu dengan bacaan kalamullah,
sepertimana Jibril bertadarus bersama Baginda Rasulullah SAW."

Selamat menyambut Nuzul Quran 1447H.

Ikhlas daripada,
Pengarah dan warga kerja YAKIN

Address

Tingkat 5, Kompleks YAKIN, Jalan Gajah Mati
Kota Bharu
15000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097446127

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Kelantan Darulnaim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Yayasan Kelantan Darulnaim:

Share