Majlis Keselamatan Negara Negeri Kelantan

Majlis Keselamatan Negara Negeri Kelantan Laman Facebook Rasmi bagi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan dalam menyalurkan informasi terkini kepada rakyat di Negeri Kelantan

Iklan Kenyataan Tender Kerja Ukur di Sepanjang Sungai Golok, Kelantan Melalui Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersep...
08/04/2026

Iklan Kenyataan Tender Kerja Ukur di Sepanjang Sungai Golok, Kelantan Melalui Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Fasa 1

Tarikh Tender ditutup pada 11 Mei 2026 pada 12:00 tengah hari

05/04/2026

SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN PERINGKAT ZON TIMUR 2026

Kementerian Perpaduan Negara akan menganjurkan Sambutan Minggu Perpaduan
Peringkat Zon Timur mulai 9 hingga 11 April 2026 (Khamis hingga Sabtu) bertempat di
Perkarangan AEON Mall Kota Bharu, Kelantan.

Pelbagai program khas untuk anda sekeluarga seperti Unity Fun Walk, Rumah Kami, Bicara
Perpaduan, Food Unites, Karnival Ekonomi RT Progresif, Jualan Rahmah dan Sukan
Rakyat pada edisi Zon Timur kali ini.

Pakat mari belako wehhh adik kakok!

Masuk Percuma!!!!

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
Malaysia MADANI
Jabatan Penerangan Malaysia
Perpaduan Kelantan
KELANTANfm





03/04/2026

๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜ ๐—›๐—ผ๐—ฟ๐—บ๐˜‚๐˜‡ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐˜€, ๐——๐—ถ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ง๐—  ๐—ž๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ

Krisis geopolitik di Asia Barat, khususnya melibatkan laluan strategik seperti Selat Hormuz, bukan sekadar isu luar negara atau kenaikan harga minyak.

Ia mempunyai kesan langsung kepada keselamatan bekalan tenaga, ekonomi dan kestabilan negara.

Sebahagian laluan perdagangan minyak dunia melalui Selat Hormuz. Sebarang gangguan di laluan ini boleh menjejaskan rantaian bekalan global, termasuk bekalan tenaga ke rantau Asia.

Dalam situasi seperti ini, keselamatan tenaga sebenarnya berkait rapat dengan keselamatan dab kepentingan nasional.

Di sinilah peranan Angkatan Tentera Malaysia menjadi sangat penting, bukan sahaja dalam mempertahankan sempadan negara, tetapi juga memastikan kepentingan strategik negara sentiasa dilindungi.

Antara peranan utama ATM dalam situasi krisis global ini termasuk:

๐™‹๐™š๐™ข๐™–๐™ฃ๐™ฉ๐™–๐™ช๐™–๐™ฃ ๐™•๐™ค๐™ฃ ๐™€๐™ ๐™ค๐™ฃ๐™ค๐™ข๐™ž ๐™€๐™ ๐™จ๐™ ๐™ก๐™ช๐™จ๐™ž๐™› (๐™•๐™€๐™€)

ATM mempertingkat rondaan laut dan udara di Zon Maritim Malaysia bagi melindungi kedaulatan serta kepentingan maritim negara. Tumpuan diberikan kepada keselamatan laluan perdagangan (SLOC), perlindungan sumber marin, pencegahan jenayah rentas sempadan, serta keselamatan infrastruktur kritikal maritim daripada ancaman pencerobohan dan sabotaj.

๐™†๐™š๐™จ๐™ž๐™–๐™ฅ๐™จ๐™ž๐™–๐™œ๐™–๐™–๐™ฃ ๐™‡๐™ค๐™œ๐™ž๐™จ๐™ฉ๐™ž๐™  ๐™‹๐™š๐™ง๐™ฉ๐™–๐™๐™–๐™ฃ๐™–๐™ฃ

ATM sentiasa mengekalkan tahap kesiapsiagaan logistik termasuk simpanan strategik bahan api, peluru dan bekalan operasi bagi memastikan semua aset darat, laut dan udara kekal beroperasi walaupun berlaku gangguan bekalan global.

๐˜ฟ๐™ž๐™ฅ๐™ก๐™ค๐™ข๐™–๐™จ๐™ž ๐™‹๐™š๐™ง๐™ฉ๐™–๐™๐™–๐™ฃ๐™–๐™ฃ

Kerjasama ketenteraan, latihan bersama dan hubungan pertahanan antarabangsa membantu mengekalkan kestabilan serantau serta menyokong usaha keamanan global yang turut memberi kesan kepada kestabilan laluan perdagangan dunia.

๐™†๐™š๐™™๐™–๐™ช๐™ก๐™–๐™ฉ๐™–๐™ฃ ๐™๐™š๐™ฃ๐™–๐™œ๐™– = ๐™†๐™š๐™จ๐™š๐™ก๐™–๐™ข๐™–๐™ฉ๐™–๐™ฃ ๐™‰๐™–๐™จ๐™ž๐™ค๐™ฃ๐™–๐™ก

Tanpa tenaga, ekonomi tidak bergerak. Tanpa ekonomi yang stabil, keselamatan negara juga boleh terjejas. Sebab itu keselamatan tenaga adalah sebahagian daripada keselamatan negara.

Hakikatnya, peranan Angkatan Tentera Malaysia bukan hanya ketika perang, tetapi juga ketika dunia berada dalam ketidaktentuan. Kesiapsiagaan inilah yang memastikan negara terus aman, stabil dan berdaulat.

โ€œKedaulatan tidak datang dengan mudah, ia dijaga dengan kesiapsiagaan yang tidak pernah tidur.โ€

๐Ÿ’ฌ Apa pandangan anda tentang peranan ATM dalam memastikan kestabilan Negara di tengah krisis global?

๐Ÿ‘ Jangan lupa like, share dan tag rakan-rakan yang perlu faham tentang kepentingan keselamatan maritim negara.

03/04/2026

Malaysia masih mempunyai bekalan minyak mentah yang mencukupi memandangkan penghantaran bagi hampir 40 peratus import minyak mentah negara adalah melalui Selat Hormuz berbanding hampir 90 peratus import bagi negara ASEAN lain.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz bagaimanapun tidak menolak kemungkinan Malaysia sebagai satu pasaran pengguna terlindung sepenuhnya, juga terkesan daripada kenaikan harga minyak.

โ€œSejak 2014 hingga 2015 lagi, sudah ada penerimaan hakikat bahawa Malaysia menjadi pengimport bersih (minyak mentah). Perkara itu sudah diumumkan oleh kerajaan.

โ€œSusulan adanya pengeluaran tenaga dan kita pengeksport tenaga bersih, ada keyakinan kita masih ada bekalan berbanding dengan rakan-rakan ASEAN lain yang mungkin bergantung kepada import melebihi 90 peratus.

โ€œTetapi tidak ada kemungkinan kita sebagai satu pasaran pengguna adalah terlindung sepenuhnya.โ€





PETRONAS

Berita penuh: https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2540787

03/04/2026

Kerajaan komited mendepani krisis tenaga global dengan pelan kontingensi yang kukuh!

Ayuh rakyat Malaysia, kita sahut langkah penjimatan tenaga nasional demi keharmonian dan ketahanan negara menghadapi cabaran global! ๐Ÿค๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ




02 APRIL 2026 - TINJAUAN KESELAMATAN SEMPADAN PENGARAH MKN NEGERI KELANTAN BERSAMA KETUA POLIS KELANTAN
02/04/2026

02 APRIL 2026 - TINJAUAN KESELAMATAN SEMPADAN PENGARAH MKN NEGERI KELANTAN BERSAMA KETUA POLIS KELANTAN

31/03/2026

๐Ÿšจ ๐—”๐— ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—š๐—”๐—ฆ ๐—๐—ฆ๐—๐—ก ๐—ฃ๐——๐—ฅ๐—  ๐Ÿšจ

JSJN PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana sindiket dan pengedar dadah. Ketahuilah โ€” operasi kami tidak pernah berhenti. Setiap pergerakan anda sentiasa diperhatikan, risikan dijalankan berterusan, dan tindakan tegas akan diambil tanpa henti. Tiada tempat untuk anda bersembunyi โ€” anda pasti akan dikesan, ditangkap dan dihadapkan ke muka pengadilan.

โš ๏ธ INGATAN KEPADA MASYARAKAT โš ๏ธ
Dadah adalah musuh utama negara yang merosakkan masa depan diri, keluarga dan generasi. Jangan sesekali terjebak โ€” sekali terjerumus, hidup anda boleh musnah selamanya.

Orang ramai diseru untuk tampil menyalurkan maklumat.
๐Ÿ“ž Hotline JSJN: 012-2087222
Bersama kita perangi dadah demi keselamatan dan kesejahteraan negara.
๐‰๐’๐‰๐ ๐๐„๐‘๐€๐๐†๐ˆ ๐ƒ๐€๐ƒ๐€๐‡, ๐‹๐ˆ๐๐ƒ๐”๐๐†๐ˆ ๐†๐„๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ โœฆ






KESELAMATAN NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
31/03/2026

KESELAMATAN NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

LARANGAN PENJUALAN DAN PEMBELIAN MINYAK PETROL RON95 KEPADA KENDERAAN BERPENDAFTARAN ASING

Bermula 1 APRIL 2026, penjualan dan pembelian RON95 kepada kenderaan berpendaftaran asing adalah dilarang dan akan dikenakan tindakan kepada kedua-dua pihak.

Usaha ini diperkukuh dengan penguatkuasaan OPS TIRIS 4.0 (Bersepadu) bagi memerangi penyeludupan dan penyelewengan di seluruh negara, terutama di sempadan.

Kami memerlukan 'mata dan telinga' anda! Jika anda melihat sebarang keraguan di stesen minyak, sila lapor terus kepada KPDN.
Sama-sama KITA GEMPUR !!!




26/03/2026
21/03/2026

Jom Layan ๐๐ข๐š๐ฌ๐š๐ค๐š๐ง ๐˜๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ญ๐ฎ๐ฅ โœจโœจโœจ




๐ŸŒ™ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ๐ŸŒ™Seluruh warga Majlis Keselamatan Negara Negeri Kelantan dengan penuh keikhlasan mengucap...
20/03/2026

๐ŸŒ™ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ๐ŸŒ™

Seluruh warga Majlis Keselamatan Negara Negeri Kelantan dengan penuh keikhlasan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam.

Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan kebahagiaan, di samping mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita.

Marilah kita bersama-sama terus memupuk perpaduan, mengekalkan keharmonian serta memperkukuh semangat Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama demi kesejahteraan negeri dan negara tercinta.

Ikhlas daripada:
Seluruh Warga
Majlis Keselamatan Negara Negeri Kelantan

15/03/2026

'5 MATA' AWASI TRAFIK SEPANJANG AIDILFITRI 2026

'Yang sahih di RTM'

Address

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri
Kota Bharu
15000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097481173

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Keselamatan Negara Negeri Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Keselamatan Negara Negeri Kelantan:

Share