Tetuan Raziman Yaakub & Co

Tetuan Raziman Yaakub & Co KHIDMAT GUAMAN SYARIE ANDA...
1823-A, Jalan Sultan Yahya Petra, Lundang, 15200 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. HP: 013-3787787 @ Pej: 09-7473600 Allah s.w.t.

Lautan mana yang tidak bergelora dan kehidupan mana yang tidak pernah dilanda badai. Pelbagai isu berkaitan kes Syariah serta hak-hak yang telah termaktub di dalam Undang-undang Syariah itu sendiri masih kurang jelas difahami dalam kalangan masyarakat secara umumnya. Kewujudan konflik bidang kuasa antara Mahkamah Syariah dengan Mahkamah Sivil turut mengeruhkan lagi keadaan ini. Malahan, terdapat s

egelintir pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan di atas kekurangan ini sehinggakan ada kalanya pihak yang lebih berhak tertindas dan teraniaya. Untuk itu, Peguam Syarie perlu memainkan peranan yang penting dalam hal ini. Secara umumnya, Peguam ialah orang atau pihak yang bertanggungjawab memberi bantuan guaman kepada pelanggannya, ataupun bertindak sebagaiwakil bagi pihak-pihak yang bertikai di dalam sesuatu perkara, sekiranya pihak-pihak tersebut tidak mampu untuk tampil sendiri ke hadapan untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi. menyeru supaya bertanya dan menyerahkan sesuatu perkara kepada ahlinya ataupun orang yang mahir mengenainya. Hal ini dijelaskan lagi oleh firman Allah dalam Surah An-Nahl ayat 43 yang bermaksud :

"Maka bertanyalah kepada ahluz dzikr jika kamu tidak tahu "

Dalam bidang guaman Syarie, Peguam Syarie adalah antara orang yang paling layak untuk mengendalikan permasalahan Syariah kerana ia terletak di bawah kepakaran mereka, bermula daripada prosedur Mahkamah, penyediaan dokumen-dokumen berkaitan kes, sehinggalah peringkat yang seterusnya, yang mana dengan kehadiran peguam ini kes-kes akan dapat diselesaikan dengan lebih cepat serta dapat menjimatkan masa Mahkamah. Peguam Syarie akan bertindak mewakili anak guamnya dalam kes-kes yang terletak di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah. Prinsip 'wakalah bi al-khusumah' turut dititikberatkan dalam bidang ini. Wakalah berasal daripada perkataan Arab yang bererti menjaga, melengkapkan, dan menyerah. Apabila seseorang itu dilantik sebagai wakil, maka orang itu dianggap sebagai penjaga, penjamin atau orang yang diamanahkan kepadanya sesuatu hal untuk diselesaikan. Peguam Syarie juga berperanan menasihatkan anak guamnya sekiranya terdapat sebarang kemusykilan berkenaan hukum hakam Islam dan persoalan berkaitan prosiding Mahkamah, di samping bertindak sebagai 'orang tengah' atau pendamai dalam kes penyelesaian di luar Mahkamah.

NIKAH... TAPI TAK SAH... Hati-hati
09/11/2014

NIKAH... TAPI TAK SAH... Hati-hati

Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu, Kelantan... Di sini hari ini di bulan Muharam yang Mulia ini... Study dlu...
27/10/2014

Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu, Kelantan... Di sini hari ini di bulan Muharam yang Mulia ini... Study dlu...

19/10/2014

Alhamdulillah... Baru selesai mendengar Keputusan Kes Harta Sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu... Syukur dgn Keputusan yg d Putuskan oleh Yang Arif...

14/10/2014

Hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu untuk Laporan Waran Tangkap... Liat sgt nk hdr Mhkmh... Kta srh org tlg bawa mai Mhkmh...

04/10/2014

Cerai fasakh tak boleh rujuk

Oleh : Prof Dr Najibah bt Mohd ZinSumber : Kosmo - Pesona (Wanita & Undang-undang)Tarikh : 19/09/2014KEGAGALAN memberi nafkah, memudaratkan tubuh badan, penderaan seksual dan pengabaian tanggungjawab merupakan aduan biasa yang sering didengar terutama dalam kalangan wanita yang tidak mempunyai kerjaya profesional.Pensyariatan fasakh adalah satu keharusan yang dibenarkan oleh hukum Islam untuk suami dan isteri bagi menamatkan perkahwinan melalui perintah hakim Mahkamah Syariah.Hukum ini telah dikembangkan oleh ulama Islam berdasarkan kepada konsep umum mudarat (dharar) walaupun mereka berbeza pendapat tentang perincian alasan untuk fasakh.Bagaimanapun, anjuran al-Quran yang menyebut bahawa 'pasangan perlu menahan dengan baik atau melepaskan dengan baik' (Surah al-Baqarah ayat 229) merupakan rujukan utama bagi hukum ini.Undang-undang syariah di Malaysia menyediakan perincian alasan untuk perceraian melalui fasakh dengan mengambil kebanyakan alasan tersebut daripada mazhab Maliki.Alasan-alasan tersebut adalah seperti tidak mengetahui tempat di mana suaminya berada selama tempoh lebih daripada satu tahun, suami cuai atau tidak mengadakan peruntukan nafkah selama tempoh tiga bulan.Selain itu, suami dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih, suami tidak menunaikan tanggungjawab tanpa sebab yang munasabah, kewajipan nafkah batin selama tempoh satu tahun, suami mati pucuk pada masa perkahwinan dan berterusan tiada ereksi manakala isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk.Suami menjadi gila selama tempoh dua tahun, sedang mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit.Bagi isteri, setelah dikahwinkan oleh wali mujbirnya sebelum dia mencapai umur baligh, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur 18 tahun dan belum disetubuhi oleh suaminya itu.Suami menganiaya isteri jika:1. Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya; atau2. Berkawan dengan perempuan-perempuan jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan hukum syarak; atau3. Cuba memaksa isteri hidup secara lucah; atau4. Melupuskan harta isteri atau melarang isteri daripada menggunakan hak-haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu; atau5. Menghalang isteri daripada menunai atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya; atau6. Jika suami mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut ke hendak-kehendak hukum syarak.Selain itu, alasan tersebut juga dibolehkan jika perkahwinan itu sudah empat bulan berlalu tetapi isteri masih belum disetubuhi oleh kerana suami bersengaja enggan menyetubuhinya.Isteri tidak izin akan perkahwinan itu atau izinnya tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal atau lain-lain hal keadaan yang diakui oleh hukum syarak.Pada masa perkahwinan itu, isteri sungguhpun berkebolehan memberi izin yang sah, adalah seorang yang sakit otak, sama ada berterusan atau berselangan dalam erti Ordinan Sakit Otak 1952 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, atau Ordinan Lunatik bagi Wilayah Persekutuan Labuan, dan sakit otaknya adalah daripada suatu jenis atau setakat yang menjadikannya tidak layak untuk berkahwin.Apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh di bawah hukum syarak.Bagi memastikan permohonannya berjaya, isteri perlu membawa saksi-saksi atau apa jua bukti yang ada. Prosedur untuk perceraian di bawah fasakh adalah sama seperti perceraian melalui taqliq.Setelah cerai jatuh, kedua-dua pihak tidak lagi boleh rujuk semula semasa tempoh menunggu. Bagaimanapun, mereka masih boleh berkahwin semula dengan akad baharu.

Bertempur di sini hari ni...
01/10/2014

Bertempur di sini hari ni...

Melawat Malaysia Anti Coruption Academy (MACA) di Kompleks SPRM Kota Bharu...
30/09/2014

Melawat Malaysia Anti Coruption Academy (MACA) di Kompleks SPRM Kota Bharu...

28/09/2014

Menghadiri Kes Pengesahan Perkahwinan Luar Negara di Mahkamah Rendah Syriah Kota Bharu, Kelantan... Banyak Kes Perkahwinan Luar Negara Masa Kini... Apa Punca Nya???

Salam Jumaat buat Seluruh Umat Islam...Perbanyakkan Selawat & Salam Ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W
05/09/2014

Salam Jumaat buat Seluruh Umat Islam...
Perbanyakkan Selawat & Salam Ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W

Address

1823-A, Jalan Sultan Yahya Petra, Lundang
Kota Bharu
15200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+60133787787

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tetuan Raziman Yaakub & Co posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Tetuan Raziman Yaakub & Co:

Share

Category