Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan Kompleks Mahkamah Syariah Kelantan, Bandar Baru Tunjung, Jalan Pasir Mas - Salor, 15510 Kota Bharu Kelantan
No Tel:09-7482206/09-7461512
Fax : 097448206

Sistem Tempahan Temujanji Online : https://www.picktime.com/jksnkelantan

Dimaklumkan bahawa operasi pejabat akan ditutup pada tarikh-tarikh hari kelepasan am seperti berikut:📅 26 Mei 2026 (Sela...
24/05/2026

Dimaklumkan bahawa operasi pejabat akan ditutup pada tarikh-tarikh hari kelepasan am seperti berikut:
📅 26 Mei 2026 (Selasa) - Hari Wukuf
📅 27 Mei 2026 (Rabu) - Hari Raya Qurban
📅 28 Mei 2026 (Khamis) - Hari Raya Qurban (Hari Kedua)
📅 31 Mei 2026 (Ahad) - Hari Wesak
📅 1 Jun 2026 (Isnin) - Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Sekian, terima kasih.

Dimaklumkan bahawa operasi pejabat akan ditutup pada tarikh-tarikh hari kelepasan am seperti berikut:

📅 26 Mei 2026 (Selasa) - Hari Wukuf

📅 27 Mei 2026 (Rabu) - Hari Raya Qurban

📅 28 Mei 2026 (Khamis) - Hari Raya Qurban (Hari Kedua)

📅 31 Mei 2026 (Ahad) - Hari Wesak

📅 1 Jun 2026 (Isnin) - Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Sekian, terima kasih.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

https://mypsm.kelantan.gov.my/

20/05/2026
𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐔𝐉𝐈 𝐂𝐀𝐑𝐀 (𝐃𝐑𝐘 𝐑𝐔𝐍) 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒 𝐌𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐄-𝐅𝐈𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐄𝐒𝐕𝟑14 Mei 2026 | KhamisSesi Uji Cara (Dry Run) Pendaftaran...
14/05/2026

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐔𝐉𝐈 𝐂𝐀𝐑𝐀 (𝐃𝐑𝐘 𝐑𝐔𝐍) 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒 𝐌𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐄-𝐅𝐈𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐄𝐒𝐕𝟑

14 Mei 2026 | Khamis

Sesi Uji Cara (Dry Run) Pendaftaran Kes Mal Melalui E-Filing ESV3 telah diadakan pada hari ini melibatkan wakil daripada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Peguam Syarie serta kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan (JKSKN).

Seramai 10 orang wakil daripada JKSM telah hadir bagi memberikan taklimat dan penerangan berkaitan pelaksanaan sistem E-Filing ESV3 kepada para peserta yang terlibat.

Majlis telah dipengerusikan oleh Tuan Norhasney Ridhwan bin Hassan, Ketua Pendaftar JKSN Kelantan. Diharapkan sesi ini dapat membantu melancarkan proses pelaksanaan serta meningkatkan kefahaman pengguna terhadap sistem pendaftaran kes secara dalam talian.

14/05/2026
𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐀𝐑𝐈𝐅 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐄 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆-𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 ...
13/05/2026

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐀𝐑𝐈𝐅 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐄 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆-𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍

24 Zulkaedah 1447 / 12 Mei 2026 | Wan Mohd Nakif bin Wan Ismail

KOTA BHARU - Yang Amat Arif Dato' Haji Ibrahim bin Deris, Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan telah mengadakan kunjungan hormat kepada Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan yang baharu, Yang Berhormat Tuan Zawawi bin Ghazali.

Turut serta dalam kunjungan hormat tersebut ialah YBrs. Tuan Norhasney Ridhwan bin Hassan, Ketua Pendaftar, YBrs. Tuan Aris Fadzilah bin Sulaiman, Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah dan YBrs. Encik Wan Mohd Nakif bin Wan Ismail, Penolong Pegawai Tadbir Kanan.

06/05/2026
𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗚𝗜𝗔𝗡 𝗦𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗛𝗔𝗞𝗜𝗠𝗔𝗡 𝗦𝗬𝗔𝗥𝗜𝗔𝗛 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗝𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗦𝗬𝗔𝗥𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗡𝗘...
06/05/2026

𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗚𝗜𝗔𝗡 𝗦𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗛𝗔𝗞𝗜𝗠𝗔𝗡 𝗦𝗬𝗔𝗥𝗜𝗔𝗛 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗝𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗦𝗬𝗔𝗥𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡

6 Mei 2026 | Siti Nursila binti Moh Latfi

KOTA BHARU: Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan (JKSKN) telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Kelantan.

Kunjungan hormat ini bertujuan mewujudkan sinergi antara agensi dalam memperkukuh sokongan sosial, kesejahteraan keluarga serta intervensi awal terhadap isu-isu berkaitan nafkah. Kunjungan ini juga membincangkan kerjasama yang boleh diketengahkan terutamanya berhubung penganjuran program Ops Nafkah: Waris Peduli, Keluarga Sejahtera Tahun 2026 yang akan diadakan pada bulan Julai 2026.

Delegasi dari JKSKN telah diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Norhasney Ridhwan bin Hassan, Ketua Pendaftar JKSKN, Tuan Wan Adam Al-Baqir bin Mohd Nordin, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) JKSKN, Tuan Mohd Yusoff bin Mohamad, Penolong Pengarah BSK JKSKN, Puan Siti Nazerah binti Mat Zain, Penolong Pegawai Syariah BSK JKSKN dan Puan Siti Nursila binti Moh Latfi, Penolong Akauntan BSK JKSKN.

Delegasi dari JKSKN telah disambut oleh YABrs. Tuan Che Samsuzuki bin Che Noh, Pengarah JKM Negeri Kelantan, Encik Azman bin Mat Zain, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kebajikan Produktif dan Komuniti, Puan Wan Nini Rohaya binti Mohamed @ Sidek, Penolong Pengarah Bahagian Kaunseling dan Psikologi, Puan Nur Ibtisam binti Ilman, Penolong Pengarah Bahagian Kebajikan Produktif dan Komuniti, Encik Noor Azlin bin Che Kamaruddin, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Kanan, Bahagian Kebajikan Produktif dan Komuniti serta Puan Nik Nur Aida binti Nik Abd Kadir, Pembantu Pejabat, Bahagian Kebajikan Produktif dan Komuniti.

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋 𝐏𝐄𝐆𝐔𝐀𝐌 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐄 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 KOTA BHARU, KELANTAN - Jabatan Kehakiman Syariah ...
23/04/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋 𝐏𝐄𝐆𝐔𝐀𝐌 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐄 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

KOTA BHARU, KELANTAN - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan (JKSNKN) dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Riadah (Kesumas) telah menganjurkan Majlis Penyampaian Sijil Peguam Syarie Negeri Kelantan pada 12 April 2026 bertempat di H Elite Design Hotel.

Majlis yang diadakan ini telah berlangsung dengan penuh gilang gemilang dengan penyertaan seramai 155 orang Peguam Syarie baharu negeri Kelantan yang datang dari seluruh Malaysia.

Penyampaian Sijil Peguam Syarie telah disempurnakan oleh YAA Dato' Haji Ibrahim bin Deris, Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan.

Turut hadir bagi melengkapkan majlis adalah ahli Jawatankuasa Kelayakan dan Tatatertib Peguam Syarie Negeri Kelantan terdiri daripada YB. Sahibussamahah Dato' Kaya Perba Dato' Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, M***i Kerajaan Negeri Kelantan, YB. Dato' Lela Perkasa Dato' Haji Che Rahim bin Haji Jusoh, YBrs. Tuan Mohd Hafiz bin Daud, Ketua Pendakwa Syarie Negeri Kelantan, YBrs. Tuan Haji Norhasney Ridhwan bin Hassan, Ketua Pendaftar JKSNKN merangkap Setiausaha Jawatankuasa, YA Tuan Haji Zaini bin Sulaiman, Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Kelantan, YA Tuan Haji Mohd Anwan bin Ab. Muttalib, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Kelantan, Tuan-Tuan Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Pegawai-Pegawai Syariah dan wakil Persatuan Peguam Syarie.

Semoga majlis seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Kota Bharu | 19 April 2026: Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan (JKSKN) telah men...
22/04/2026

Kota Bharu | 19 April 2026: Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan (JKSKN) telah menghadiri Majlis Sidang Media Laporan Khas Kutipan dan Agihan Zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang telah diadakan di Hotel Renai, Kota Bharu.

Pada majlis tersebut, Tuan Wan Adam Al-Baqir bin Mohd Nordin, Penolong Pengarah Kanan BSK JKSKN telah hadir mewakili YAA Dato Haji Ibrahim bin Deris, Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan bagi menerima cek cura sumbangan kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Agensi berjumlah RM100,000.00.

Penyampaian cek cura telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan merangkap Yang Dipertua MAIK.

Sekian.

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan
Bahagian Sokongan Keluarga - BSK

Selamat Bersara diucapkan kepada Encik Mohd Shukri bin Latif.
21/04/2026

Selamat Bersara diucapkan kepada Encik Mohd Shukri bin Latif.

Address

ALAMAT: Kompleks Mahkamah Syariah Kelantan, Bandar Baru Tunjung, Jalan Pasir Mas/Salor
Kota Bharu
15510

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097482206

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan:

Share