30/06/2020
Mesyuarat Malis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada 29 Jun 2020 telah menetapkan takwim baharu kepada urusan Persidangan Cawangan/Bahagian dan Perhimpunan Agung Tahunan yang ditanguhkan selaras dengan notis larangan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negara akibat penularan wabak Covid-19.
Bagi cawangan-cawangan yang belum bersidang (tertangguh), Persidangan Cawangan akan bersambung semula dari 10 Julai 2020 sehingga 26 Julai 2020.
Manakala bagi peringkat bahagian, tarikh baharu Persidangan Bahagian adalah pada 22 Ogos 2020 (Sabtu). Persidangan Armada Bahagian p**a akan berlansung pada 15 Ogos 2020 (Sabtu) dan Persidangan Srikandi Bahagian p**a dijadualkan pada 16 Ogos 2020 (Ahad).
Sehubungan dengan itu, Perhimpunan Agung Tahunan akan berlansung pada 27 September 2020 (Ahad) manakala Perhimpunan Agung Tahunan Armada dan Srikandi p**a adalah pada 26 September 2020 (Sabtu).
Bagi pihak pimpinan tertinggi parti, saya mengucapkan selamat bersidang kepada semua ahli BERSATU di seluruh negara. Semoga persidangan dan perhimpunan yang dijadualkan berlansung dengan lancar serta mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
DATO' SERI HAMZAH ZAINUDIN
Setiausaha Agung
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
30 Jun 2020