Komuniti Dinar & Dirham

Komuniti Dinar & Dirham Menyokong muamalah Islam melalui penggunaan dinar emas & dirham perak | Bebas riba | Ekonomi sunnah

20/02/2026

KENYATAAN MEDIA : MAKLUMAN PENGELUARAN, JUALAN DAN PENUKARAN DIRHAM PERAK

20 Februari 2026 - Pengeluaran 2 Dirham kini telah dibuka melalui sistem EDND dalam kuantiti terhad. Selain itu, produk 1 Dirham dan 2 Dirham secara fizikal juga tersedia untuk pembelian secara terus di DND Shop, tertakluk kepada stok semasa.

Untuk kemudahan pelanggan, penukaran 2 Dirham kepada 1 Dirham secara fizikal turut disediakan dengan kadar caj sebanyak RM5 bagi setiap dirham untuk memberi fleksibiliti dalam pengurusan simpanan perak anda.

Dapatkan sekarang sementara stok masih ada dan manfaatkan kemudahan sistem yang patuh syariah serta selamat.

MEDIA DAN KOMUNIKASI STRATEGIK KGT

Jom tempah sekarang!
04/02/2026

Jom tempah sekarang!

17/01/2026

𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗜𝗦𝗥𝗔𝗞 𝗠𝗜𝗞𝗥𝗔𝗝 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛 ✨

Israk dan Mikraj merupakan peristiwa agung dalam sejarah Islam yang membawa pengajaran mendalam tentang ketaatan, amanah dan keimanan melalui perjalanan luar biasa Rasulullah SAW serta pensyariatan solat sebagai tunjang kehidupan umat Islam.

Peristiwa ini mengingatkan kita bahawa kejayaan dan kemuliaan dibina atas asas nilai yang kukuh, disiplin yang berterusan serta keyakinan terhadap janji Allah SWT. Prinsip ini selari dengan falsafah KGT yang menitikberatkan nilai ketelusan, kestabilan dan kepercayaan dalam pengurusan aset bernilai.

Semoga peringatan Israk Mikraj ini menjadi pencetus untuk kita terus melangkah dengan penuh integriti, memperkukuh keimanan, dan membina masa depan yang lebih kukuh — seumpama emas yang kekal bernilai merentas zaman.

14/01/2026

𝗡𝗢𝗧𝗜𝗦 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗡 : 𝗣𝗘𝗥𝗨𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗖𝗔𝗝 𝗦𝗜𝗠𝗣𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗔𝗞𝗔𝗙𝗨𝗟

Bermula 01 Januari 2026, caj simpanan bertakaful akan diselaraskan mengikut harga baharu bagi memastikan perlindungan simpanan anda terus berada pada tahap terbaik dan terjamin. Berikut merupakan kadar baharu caj simpanan bertakaful KGT :

Caj simpanan bagi produk Emas : RM2.20/gram
Caj simpanan bagi produk Perak : RM0.50/dirham

Kami menghargai sokongan dan kepercayaan anda. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui saluran rasmi.

14/01/2026

𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔

Perubahan harga bagi Caj Simpanan Bertakaful

Kota Bharu, 05 November 2026 — Kelantan Gold Trade Sdn. Bhd. (KGT) ingin memaklumkan bahawa perubahan harga bagi caj simpanan bertakaful di KGT yang bermula 01 Januari 2026 dilakukan berikutan peningkatan kos perlindungan takaful, pengurusan risiko, keselamatan penyimpanan serta pematuhan terhadap keperluan operasi semasa.

Pelarasan harga ini juga mencerminkan komitmen KGT dalam memastikan pengurusan simpanan yang telus, berintegriti serta selaras dengan amalan tadbir urus terbaik dan patuh syariah.

Terima kasih atas setiap sokongan berterusan daripada semua pelanggan.

Sekian, Terima Kasih.

Unit Media & Komunikasi Strategik Kelantan Gold Trade

Dirham KGT sold out!
29/12/2025

Dirham KGT sold out!

DIRHAM KGT SOLD OUT!

Dimaklumkan bahawa stok Dirham KGT melibatkan Dirham Fizikal, e-Dirham serta jualan di seluruh cawangan telah habis terjual sepenuhnya. Sehubungan itu, semua transaksi pembelian Dirham di HQ, cawangan KGT BizPoint dan platform EDND adalah tidak dapat dilakukan buat sementara waktu.

Makluman berkaitan kemasukan stok (restock) akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi KGT.

Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda.

30/11/2025

𝗡𝗢𝗧𝗜𝗦 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗡 : 𝗣𝗘𝗥𝗨𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗣𝗥𝗢𝗗𝗨𝗞 𝗗𝗜𝗥𝗛𝗔𝗠

Dimaklumkan bahawa bermula 01 Disember 2025, harga produk Dirham (fizikal & digital) akan diselaraskan seperti berikut :

🔸 Harga Jualan baharu Dirham fizikal : RM30 untuk setiap 1 dirham
🔸 Harga Jualan baharu e-Dirham : RM24 untuk setiap 1 dirham
🔸 Harga Jualan Balik Dirham fizikal : RM24
🔸 Harga Jualan Balik e-Dirham : RM20
🔸 Harga Penukaran Dirham fizikal ↔ Dinar 917, emas 999.9 : RM27 untuk setiap 1 dirham
🔸 Harga Penukaran e-Dirham ↔ e-Dinar 917, e-Gold 999.9 : RM22 untuk setiap 1 dirham
🔸 Harga Dirham dan e-Dirham akan diselaraskan kepada RM30 untuk setiap 1 dirham mulai 01 Januari 2026.

Penyelarasan ini dibuat berikutan peningkatan harga bahan mentah perak, sejajar dengan komitmen KGT untuk memastikan ketelusan harga dan mengekalkan kualiti produk terbaik.

Walaubagaimanapun, pelanggan masih boleh melakukan pembelian e-Dirham pada harga yang rendah sebelum tarikh akhir 31 Disember 2025.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
09-744 1901 / 019-352 1901

Dirham bakal naik harga! Jom kumpul dirham! 😁
30/11/2025

Dirham bakal naik harga! Jom kumpul dirham! 😁

𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔

Perubahan harga bagi produk Dirham

Kota Bharu, 30 November 2025 — Kelantan Gold Trade Sdn. Bhd. (KGT) ingin memaklumkan bahawa bermula 01 Disember 2025, terdapat perubahan harga bagi produk Dirham yang melibatkan harga jualan produk fizikal & digital, harga jualan balik dan harga penukaran produk fizikal ke digital dan digital ke fizikal.

Berikut merupakan intipati perubahan harga bagi Dirham perak :

✅𝗞𝗲𝗻𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗷𝘂𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗽𝗿𝗼𝗱𝘂𝗸 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗥𝗠𝟳 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗗𝗶𝗿𝗵𝗮𝗺 𝗳𝗶𝘇𝗶𝗸𝗮𝗹
▪️1 Dirham fizikal : RM23 ke RM30
✅𝗞𝗲𝗻𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗷𝘂𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗽𝗿𝗼𝗱𝘂𝗸 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗥𝗠𝟭 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗲-𝗗𝗶𝗿𝗵𝗮𝗺
▪️ 1 e-Dirham : RM23 ke RM24
✅𝗛𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗯𝗲𝗹𝗶𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸 𝗽𝗿𝗼𝗱𝘂𝗸 𝗗𝗶𝗿𝗵𝗮𝗺 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁
▪️ RM24 bagi produk Dirham fizikal
▪️ RM20 bagi e-Dirham
✅𝗛𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗯𝗮𝗿𝘂 𝗽𝗲𝗻𝘂𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗗𝗶𝗿𝗵𝗮𝗺 𝗳𝗶𝘇𝗶𝗸𝗮𝗹 𝗸𝗲 𝗗𝗶𝗻𝗮𝗿 𝟵𝟭𝟳 𝗱𝗮𝗻 𝗲𝗺𝗮𝘀 𝟵𝟵𝟵.𝟵
▪️ Harga baru baru penukaran daripada Dirham fizikal ke Dinar fizikal dan emas 999.9 adalah RM27/dirham
✅𝗛𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗯𝗮𝗿𝘂 𝗽𝗲𝗻𝘂𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗲-𝗗𝗶𝗿𝗵𝗮𝗺 𝗸𝗲 𝗲-𝗗𝗶𝗻𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗻 𝗲-𝗚𝗼𝗹𝗱 𝟵𝟵𝟵.𝟵
▪️ Harga baru baru penukaran daripada e-Dirham ke e-Dinar dan e- Gold adalah RM22/dirham
✅𝗛𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗗𝗶𝗿𝗵𝗮𝗺 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗹𝗮𝗿𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗥𝗠𝟯𝟬/𝗱𝗶𝗿𝗵𝗮𝗺 𝗺𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟬𝟭 𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲
▪️ Mulai 01 Januari 2025 harga Dirham dan e-Dirham akan diselaraskan kepada RM30/dirham. Pelarasan ini membolehkan para pelanggan mendapatkan e-Dirham pada harga yang lebih rendah sebelum tarikh akhir iaitu 31 Disember 2025 sekaligus memberi peluang terbaik kepada para pelanggan untuk menambah simpanan pada nilai yang lebih kompetitif.

Sekian, Terima kasih.

Unit Media & Komunikasi Strategik Kelantan Gold Trade

Kelantan Gold Trade (KGT) berbesar hati dapat turut serta dalam Sambutan Hari Sayyidatina Aisyah yang berlangsung di Dew...
11/10/2025

Kelantan Gold Trade (KGT) berbesar hati dapat turut serta dalam Sambutan Hari Sayyidatina Aisyah yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, Kompleks Pentadbiran Bandar Al-Wathiqu Billah, Kuala Nerus pada hari ini.
Sebagai tanda sokongan dan penghargaan, KGT telah menyumbangkan ½ dinar x 2 kepada pihak penganjur.
Semoga usaha ini membawa keberkatan dan menyemai semangat memberi dalam kalangan masyarakat.

👀
10/10/2025

👀

24/09/2025

Address

Tingkat 1 & 3, Bangunan PMBK, Jalan Kuala Krai
Kota Bharu
15050

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:30
Sunday 08:30 - 16:30

Telephone

+60193521901

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Komuniti Dinar & Dirham posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share