Air Kelantan Official

Air Kelantan Official AKSB merupakan anak syarikat milik PMBK yg bertanggungjawab menguruskan air kpd pengguna di Kelantan. Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) - 199401006290 (291969-M)

Bagi memastikan Facebook rasmi Air Kelantan Official mencapai objektifnya sebagai satu platform hebahan dan interaksi yang membina serta bermanafaat kepada semua pihak yang berkaitan dan /atau berurusan dengan AKSB. i) Komen-komen yang boleh diterima secara umumnya komen membina, komen umum yang positif serta berkaitan dan cadangan yang bernas. ii)Komen-komen yang tidak boleh diterima termasuk komen yang menyentuh isu perkauman, hasutan, dasar atau tugas operator air yang diperolehi dari sumber yang tidak sah, menimbulkan kebencian, fitnah, ancaman, lucah, keganasan serta komen yang menggunakan bahasa yang kasar dan berunsur personal attack, maklumat peribadi tentang orang lain, iklan-iklan tidak berkaitan, link ke laman web atau fb yang tidak sesuai dan tidak berkaitan, spam dan lain-lain komen negatif yang tidak bertanggungjawab. Komen-komen yang diberikan perlu setiap masa mematuhi undang-undang dan akta yang terpakai dalam negara. Pihak pentadbir akaun fb ini berhak memadam mana-mana komen yang tidak sesuai, tidak bertanggungjawab dan negatif antara lain sebagaimana yang disebutkan di atas.

Kota Bharu, 10 Sept. 2026Program CSR AKSB Bersama Pelajar SMK Pintu Geng, Kota Bharu Program CSR AKSB diteruskan Bersama...
10/09/2026

Kota Bharu, 10 Sept. 2026

Program CSR AKSB Bersama Pelajar SMK Pintu Geng, Kota Bharu

Program CSR AKSB diteruskan Bersama Pelajar SMK Pintu Geng diadakan berkaitan Kesedaran ESG (Environmental, Social & Governance), Sumber serta Kepentingan Penggunaan Air Terawat.

AKSB merakamkan penghargaan kepada pihak Pengurusan Sekolah dan para pelajar yang memberikan kerjasama penuh sepanjang program berlangsung.

10/9/2026 | Kota BharuKerja-kerja kecemasan membaiki kebocoran paip utama 8” AC di tepi Kem Kijang, hadapan Farmasi Alda...
10/09/2026

10/9/2026 | Kota Bharu

Kerja-kerja kecemasan membaiki kebocoran paip utama 8” AC di tepi Kem Kijang, hadapan Farmasi Alda telah selesai dilaksanakan pada jam 1.00 petang.

Penutupan injap di DMA Semut Api telah dibuat sepanjang tempoh kerja. Bekalan air akan dipulihkan secara berperingkat setelah sistem agihan kembali stabil. Dianggarkan 1,000 akaun pengguna terlibat.

Kawasan terlibat: Jaya Setia, Taman Buaya, Kg. Madat, Taman SL Badang, Pulai Pasir dan sekitar DMA Semut Api.

PROMOSI SAMBUNGAN BAHARU & SAMBUNG SEMULA BEKALAN AIR KELANTAN
10/09/2026

PROMOSI SAMBUNGAN BAHARU & SAMBUNG SEMULA BEKALAN AIR KELANTAN

Address

Wisma Air Kelantan, Lot 188, Jalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz
Kota Bharu
15050KOTABHARU,KELANTAN.

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+60195755777

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Air Kelantan Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share