Puspanita Cawangan Jajahan Kuala Krai

Puspanita Cawangan Jajahan Kuala Krai Puspanita Cawangan Jajahan Kuala Krai

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H โœจSemoga kedatangan Syawal yang mulia ini membawa sinar kebahagiaan, ketenangan jiwa s...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H โœจ

Semoga kedatangan Syawal yang mulia ini membawa sinar kebahagiaan, ketenangan jiwa serta mengeratkan lagi jalinan kasih sayang sesama kita. Diharapkan Aidilfitri kali ini menjadi medan untuk kita memperkukuh perpaduan, menyemai keikhlasan, dan menyuburkan semangat saling menghormati dalam kehidupan bermasyarakat.

Semoga segala amal ibadah yang telah kita laksanakan sepanjang Ramadan diterima dan diberkati, serta menjadi bekalan yang berpanjangan dalam kehidupan kita.

Ikhlas daripada
Pengerusi PUSPANITA
Cawangan Jajahan Kuala Krai

Maaf Zahir dan Batin โœจ

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ช๐—”๐—ก๐—œ๐—ง๐—” ๐—ฆ๐—˜๐——๐—จ๐—ก๐—œ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐ŸŒธSempena sambutan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac, marilah kita bersama-sama menghargai ...
08/03/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ช๐—”๐—ก๐—œ๐—ง๐—” ๐—ฆ๐—˜๐——๐—จ๐—ก๐—œ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐ŸŒธ

Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac, marilah kita bersama-sama menghargai peranan dan sumbangan wanita dalam membentuk keluarga, masyarakat serta memacu pembangunan negara.

Wanita merupakan sumber kekuatan, inspirasi dan tunjang kepada kesejahteraan komuniti. Semoga setiap wanita terus diberi ruang, peluang dan penghargaan atas segala jasa serta pengorbanan yang dicurahkan.

Wanita berdaya, masyarakat sejahtera โœจ

Ikhlas daripada:
YBrs. Puan Mazlizainab binti Nawi
Pengerusi Puspanita Cawangan Jajahan Kuala Krai & AJK Puspanita Cawangan Jajahan Kuala Krai ๐Ÿ’

๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ก๐—จ๐—ญ๐—จ๐—Ÿ ๐—”๐—Ÿ-๐—ค๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—›Sempena 17 Ramadan, marilah kita bersama-sama menghayati peristiwa agung Nuzul Al-Quran, iaitu...
07/03/2026

๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ก๐—จ๐—ญ๐—จ๐—Ÿ ๐—”๐—Ÿ-๐—ค๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—›

Sempena 17 Ramadan, marilah kita bersama-sama menghayati peristiwa agung Nuzul Al-Quran, iaitu saat turunnya wahyu pertama sebagai petunjuk dan pedoman hidup bagi seluruh umat manusia.

Semoga kita semua sentiasa diberikan kekuatan untuk membaca, memahami dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran dalam kehidupan seharian.

"๐˜ฝ๐™ช๐™ก๐™–๐™ฃ ๐™๐™–๐™ข๐™–๐™™๐™–๐™ฃ ๐™–๐™™๐™–๐™ก๐™–๐™ ๐™—๐™ช๐™ก๐™–๐™ฃ ๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™™๐™ž ๐™™๐™–๐™ก๐™–๐™ข๐™ฃ๐™ฎ๐™– ๐™™๐™ž๐™ฉ๐™ช๐™ง๐™ช๐™ฃ๐™ ๐™–๐™ฃ ๐˜ผ๐™ก-๐™Œ๐™ช๐™ง๐™–๐™ฃ ๐™จ๐™š๐™—๐™–๐™œ๐™–๐™ž ๐™ฅ๐™š๐™ฉ๐™ช๐™ฃ๐™Ÿ๐™ช๐™  ๐™—๐™–๐™œ๐™ž ๐™ข๐™–๐™ฃ๐™ช๐™จ๐™ž๐™–."(๐™Ž๐™ช๐™ง๐™–๐™ ๐˜ผ๐™ก-๐˜ฝ๐™–๐™ฆ๐™–๐™ง๐™–๐™: 185)

Ikhlas daripada:
Ybrs. Puan Mazlizainab binti Nawi,
Pengerusi Puspanita Cawangan Jajahan Kuala Krai & AJK Puspanita Cawangan Jajahan Kuala Krai

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฆ๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—จ๐—ก๐—”๐—ง ๐—ง๐—”๐—ฆ๐—•๐—œ๐—› ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—› / ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—œ๐—ง๐—” ๐—–๐—”๐—ช๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—กTarikh: 03 Mac 2026 (Selasa) / 14 Ramadan 1447...
04/03/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฆ๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—จ๐—ก๐—”๐—ง ๐—ง๐—”๐—ฆ๐—•๐—œ๐—› ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—› / ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐— 
๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—œ๐—ง๐—” ๐—–๐—”๐—ช๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก

Tarikh: 03 Mac 2026 (Selasa) / 14 Ramadan 1447H
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim

๐ŸŒน Alhamdulillah, telah berlangsung Program Solat Sunat Tasbih anjuran PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan yang menghimpunkan ahli-ahli PUSPANITA dari jajahan dan bahagian jabatan seluruh negeri.

๐ŸŒน Majlis dimulakan dengan pendaftaran peserta serta Solat Sunat Dhuha secara individu dan diteruskan dengan Solat Sunat Tasbih secara berjemaah yang dipimpin oleh YBrs. Ustazah Raziah binti Zainal Karip.

๐ŸŒน Program turut diserikan dengan ketibaan YABhg. Datin Panglima Perang Datin Wan Nor Hanita binti Wan Yaacob selaku Penaung PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan serta YBhg. Datin Sharidah binti Hamad, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan.

๐ŸŒน Seramai 11 orang wakil PUSPANITA Cawangan Jajahan Kuala Krai telah hadir menyertai program ini sebagai tanda sokongan dan komitmen berterusan dalam aktiviti kerohanian anjuran PUSPANITA Negeri.

๐ŸŒน Tazkirah ringkas bertajuk *โ€œUsah Lelah tapi Lillahโ€* telah memberi pengisian rohani yang bermakna, mengajak para hadirin agar terus istiqamah dalam berkhidmat dengan penuh keikhlasan dan kesabaran.

๐ŸŒน Semoga program ini menjadi medan memperkukuh ukhuwah, menyuburkan nilai spiritual serta memperkasa peranan wanita dalam mendepani cabaran semasa.

Sekian, terima kasih.

โ€œWANITA SEPAKAT, NEGARA MENINGKATโ€

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN RAMADHAN PUSPANITA CAWANGAN NEGERI KELANTAN BERSAMA MAJLIS ORANG-ORANG BESAR D'RAJA KELANTAN (...
19/02/2026

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN RAMADHAN PUSPANITA CAWANGAN NEGERI KELANTAN BERSAMA MAJLIS ORANG-ORANG BESAR D'RAJA KELANTAN (MOB) DI JAJAHAN KUALA KRAI BAGI TAHUN 2026

Tarikh: 15 Februari 2026 (Ahad)
Masa : 9.00 pg - 1.00 tghr
Tempat: Kump 1: Mukim Guchil, Kuala Krai
Kump 2: Mukim Tualang, Kuala Krai
Kump 3: Mukim Tualang, Kuala Krai

๐ŸŒนAlhamdulillah, PUSPANITA Cawangan Jajahan Kuala Krai amat bersyukur kerana dapat menyertai Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan kepada 15 keluarga asnaf bersama PUSPANITA Cawangan Jajahan Kuala Krai dan Majlis Orang-Orang Besar D'Raja Kelantan (MOB) bagi Tahun 2026 di Jajahan Kuala Krai.

๐ŸŒนPenyerahan tersebut telah dibahagikan kepada 3 kumpulan mengikut mukim. Kumpulan pertama telah dihadiri oleh YM Dato' Tuan Zainal Abidin bin Tuan Yusuf dan YBhg Datin Hjh TS Azlina binti Ahmad, bagi wakil MOB diiringi oleh YABrs Encik Mohd Shaifudeen bin Md Salleh, Ketua Jajahan Kuala Krai dan YBrs Puan Mazlizainab binti Nawi, Pengerusi PUSPANITA Kuala Krai. Kumpulan dua dihadiri oleh YBhg Dato' Hj Adnan bin Hussin dan YBhg Datin Rashida binti Rashid serta kumpulan tiga dihadiri oleh YBhg Dato' Roslan bin Yahya sebagai wakil MOB dan setiap kumpulan diiringi oleh pegawai-pegawai Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai dan Setiausaha Majlis Daerah Kuala Krai serta Setiausaha Majlis Daerah Dabong.

๐ŸŒนLima orang wakil dari PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan dan 16 orang AJK PUSPANITA Cawangan Jajahan Kuala Krai telah menyertai majlis tersebut.

๐ŸŒนSemoga penyerahan sumbangan bantuan ini dapat meringankan beban serta memberi kegembiraan kepada keluarga penerima.

๐ŸŒนSekian, terima kasih.

"WANITA SEPAKAT, NEGARA MENINGKAT"

Ikhlas daripada,

*YBrs Puan Mazlizainab binti Nawi*
Pengerusi
PUSPANITA Cawangan Jajahan Kuala Krai

โœจ Salam Ramadan Al-Mubarak 1447H โœจSelamat menyambut dan menunaikan ibadah puasa dengan penuh keimanan dan ketakwaan. Sem...
18/02/2026

โœจ Salam Ramadan Al-Mubarak 1447H โœจ

Selamat menyambut dan menunaikan ibadah puasa dengan penuh keimanan dan ketakwaan. Semoga Ramadan kali ini membawa seribu keberkatan, mempererat ukhuwah serta melimpahkan rahmat dan keampunan buat kita semua.

Ikhlas daripada:
YBrs. Puan Mazlizainab binti Nawi
Pengerusi Puspanita Cawangan Jajahan Kuala Krai
&
AJK Puspanita Cawangan Jajahan Kuala Krai

๐ŸŒ™ Ramadan Kareem. Semoga setiap amalan diterima dan diberkati.

16/02/2026

Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat Tionghoa yang menyambutnya.

Semoga tahun baharu ini membawa sinar kebahagiaan, kesihatan yang berpanjangan, kejayaan dalam setiap usaha serta kemakmuran yang berlipat ganda.

Semoga perayaan ini juga menjadi wadah untuk mengeratkan silaturahim, memperkukuh perpaduan serta menyemai semangat keharmonian dalam kalangan masyarakat majmuk di negara kita.

Gong Xi Fa Cai! Xin Nian Kuai Le!

Ikhlas daripada
๐ŸŒธ PUSPANITA Cawangan Jajahan Kuala Krai ๐ŸŒธ

*WALKATON D'RAJA - WALK WITH ME*๐Ÿ“† 14 Februari 2026 (Sabtu)โฐ Bermula jam 7.30 mlm๐Ÿ“Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV,...
15/02/2026

*WALKATON D'RAJA - WALK WITH ME*

๐Ÿ“† 14 Februari 2026 (Sabtu)
โฐ Bermula jam 7.30 mlm
๐Ÿ“Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu

๐Ÿ”– Alhamdulillah, tahniah dan terima kasih YABrs Encik Mohd Shaifudeen bin Md Salleh, Ketua Jajahan Kuala Krai merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Jajahan Kuala Krai dan YBrs Puan Mazlizainab binti Nawi, Pengerusi serta ahli PUSPANITA Cawangan Jajahan Kuala Krai atas penyertaan *Walkaton D'Raja - Walk With Me 'In The Memory of Dato' KY'* yang diadakan pada 14 Februari 2026 (Sabtu) di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu.

๐Ÿ”– Program yang dianjurkan ini dapat memupuk kesedaran dalam menjaga kesihatan dan membina semangat kebersamaan di kalangan masyarakat daripada pelbagai peserta dan jabatan.

๐Ÿ”– Semoga program seperti ini akan terus diadakan pada masa akan datang agar dapat mengeratkan ukhuwah antara ahli-ahli persatuan PUSPANITA khususnya.

๐Ÿ”– Sekian, terima kasih.

WANITA SEPAKAT, NEGARA MENINGKAT

Puan Mazlizainab binti Nawi
Pengerusi
PUSPANITA Cawangan Jajahan Kuala Krai

13/02/2026

*PERTANDINGAN MEMASAK SEMPENA KARNIVAL WALKATON D'RAJA - WALK WITH ME*

๐Ÿ“† 13 Februari 2026 (Jumaat)
โฐ 3.00 petang
๐Ÿ“Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu

๐Ÿ”– Alhamdulillah, terima kasih kepada PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan atas jemputan PUSPANITA Cawangan Jajahan Kuala Krai ke Pertandingan Memasak Sempena Karnival Walkaton D'Raja - Walk With Me 'In The Memory of Dato' KY' anjuran Pertubuhan Kerabat D'Raja Kelantan Al-Muhammadi dengan kerjasama Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan Pejabat Sultan Kelantan pada 13 Februari 2026 (Jumaat) di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu.

๐Ÿ”– Tahniah dan syabas kepada Puan Aminah binti Jazi, Tukang Masak dan Puan Faezah binti Othman Lutifi, Pembantu Tukang Masak di atas penyertaan pertandingan pada hari ini mewakili PUSPANITA Cawangan Jajahan Kuala Krai. Menu masakan yang dipertandingkan adalah kategori masakan lauk dan dessert (Ayam Tradisional dan Dessert Labu). Nama menu masakan dari PUSPANITA Cawangan Jajahan Kuala Krai adalah Ayam Masak Lemak Cili Api dan Ubi Badak dan Dessert Seri Kaya Labu Pulut Hitam.

๐Ÿ”– Tahniah kepada PUSPANITA Jajahan Gua Musang yang dinobatkan sebagai Johan, PERKEP Kota Bharu tempat ke-2 dan BAKAT tempat ke-3. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh *Yang Mulia Tunku Puan Sri Dato' Hajjah Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tengku Puan Temenggong Kelantan*.

๐Ÿ”– Semoga program seperti ini akan terus diadakan pada masa akan datang agar dapat mengeratkan ukhuwah antara satu sama lain serta mencungkil bakat dan kreativiti ahli-ahli persatuan PUSPANITA khususnya.

๐Ÿ”– Sekian, terima kasih.

*WANITA SEPAKAT, NEGARA MENINGKAT*

*Puan Mazlizainab binti Nawi*
*Pengerusi*
*PUSPANITA Cawangan Jajahan Kuala Krai*

PERTANDINGAN MEMASAK SEMPENA KARNIVAL WALKATON D'RAJA - WALK WITH ME๐Ÿ“† 13 Februari 2026 (Jumaat)โฐ 3.00 petang๐Ÿ“Perkarangan...
13/02/2026

PERTANDINGAN MEMASAK SEMPENA KARNIVAL WALKATON D'RAJA - WALK WITH ME

๐Ÿ“† 13 Februari 2026 (Jumaat)
โฐ 3.00 petang
๐Ÿ“Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu

๐Ÿ”– Alhamdulillah, terima kasih kepada PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan atas jemputan PUSPANITA Cawangan Jajahan Kuala Krai ke Pertandingan Memasak Sempena Karnival Walkaton D'Raja - Walk With Me 'In The Memory of Dato' KY' anjuran Pertubuhan Kerabat D'Raja Kelantan Al-Muhammadi dengan kerjasama Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan Pejabat Sultan Kelantan pada 13 Februari 2026 (Jumaat) di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu.

๐Ÿ”– Tahniah dan syabas kepada Puan Aminah binti Jazi, Tukang Masak dan Puan Faezah binti Othman Lutifi, Pembantu Tukang Masak di atas penyertaan pertandingan pada hari ini mewakili PUSPANITA Cawangan Jajahan Kuala Krai. Menu masakan yang dipertandingkan adalah kategori masakan lauk dan dessert (Ayam Tradisional dan Dessert Labu). Nama menu masakan dari PUSPANITA Cawangan Jajahan Kuala Krai adalah Ayam Masak Lemak Cili Api dan Ubi Badak dan Dessert Seri Kaya Labu Pulut Hitam.

๐Ÿ”– Tahniah kepada PUSPANITA Jajahan Gua Musang yang dinobatkan sebagai Johan, PERKEP Kota Bharu tempat ke-2 dan BAKAT tempat ke-3. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh *Yang Mulia Tunku Puan Sri Dato' Hajjah Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tengku Puan Temenggong Kelantan*.

๐Ÿ”– Semoga program seperti ini akan terus diadakan pada masa akan datang agar dapat mengeratkan ukhuwah antara satu sama lain serta mencungkil bakat dan kreativiti ahli-ahli persatuan PUSPANITA khususnya.

๐Ÿ”– Sekian, terima kasih.

WANITA SEPAKAT, NEGARA MENINGKAT

Puan Mazlizainab binti Nawi
Pengerusi
PUSPANITA Cawangan Jajahan Kuala Krai

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN  PUSPANITA CAWANGAN  JAJAHAN KUALA KRAI KALI KE-30 TAHUN 2026 Tarikh  : 3 Februari 2026 (Selasa)...
05/02/2026

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PUSPANITA CAWANGAN JAJAHAN KUALA KRAI KALI KE-30 TAHUN 2026

Tarikh : 3 Februari 2026 (Selasa)
Masa : 9 Pagi
Tempat: Dewan Sri Guchil Kuala Krai

๐ŸŒบAlhamdulillah Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan Jajahan Kuala Krai Kali Ke 30 Tahun 2026 telah berlangsung dan turut dihadiri oleh YABrs Encik Mohd Shaifudeen bin Md Salleh, Penasihat dan YBrs Puan Mazlizainab binti Nawi, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Jajahan Kuala Krai serta Pegawaiยฒ Tadbir dan 120 orang ahli dari pelbagai jabatan Jajahan Kuala Krai.

๐ŸŒบAGM kali ke-30 ini telah disempurnakan oleh YBhg Datin Hjh Asrina binti Muhammad, Ahli Majlis Pengurusan Tertinggi PCNK yang mewakili YBhg Datin Sharidah binti Hamad, Pengerusi PCNK dan turut dihadiri oleh 4 orang pemerhati.

๐ŸŒบPUSPANITA Cawangan Jajahan Kuala Krai juga telah berkongsi rezeki menyampaikan sumbangan kebajikan kepada 15 orang asnaf yg terdiri daripada 4 orang ahli yang memerlukan dari MDKK dan 11 orang dari keluarga asnaf Daerah Batu Mengkebang Jajahan Kuala Krai.

๐ŸŒบSelain itu, sebanyak 14 buah gerai jualan produk tempatan Kuala Krai telah dibuka serta 3 cabutan hadiah bonanza (Iron Steamer, Microwave dan Blender)

๐ŸŒบSemoga kehadiran rombongan YBhg Datin & rombongan dari PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan terus menjadi perangsang kepada kami PUSPANITA Cawangan Jajahan Kuala Krai untuk terus maju pada masa akan datang.

๐ŸŒบSekian, terima kasih.

Puan Mazlizainab binti Nawi
Pengerusi PUSPANITA Cawangan Jajahan Kuala Krai

Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada Ahli Jawatankuasa PUSPANITA Cawangan Jajahan Kuala Krai Sesi 2026/2027. Se...
05/02/2026

Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada Ahli Jawatankuasa PUSPANITA Cawangan Jajahan Kuala Krai Sesi 2026/2027. Semoga pelantikan ini menjadi permulaan kepada langkah yang penuh iltizam, kerjasama dan keikhlasan dalam meneruskan kecemerlangan organisasi. Didoakan agar setiap usaha dipermudahkan, diberkati Allah SWT serta menjadi medan menabur bakti dan amal jariah yang berpanjangan. ๐ŸŒธ

Address

Kota Bharu
15###

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puspanita Cawangan Jajahan Kuala Krai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Puspanita Cawangan Jajahan Kuala Krai:

Share