Arkib Negara Malaysia Negeri Kelantan

Arkib Negara Malaysia Negeri Kelantan FB Rasmi Arkib Negara Malaysia Negeri Kelantan

24/05/2026
23/05/2026

Dimaklumkan bahawa operasi pejabat akan ditutup pada tarikh-tarikh hari kelepasan am seperti berikut:

๐Ÿ“… 26 Mei 2026 (Selasa) - Hari Wukuf

๐Ÿ“… 27 Mei 2026 (Rabu) - Hari Raya Qurban

๐Ÿ“… 28 Mei 2026 (Khamis) - Hari Raya Qurban (Hari Kedua)

๐Ÿ“… 31 Mei 2026 (Ahad) - Hari Wesak

๐Ÿ“… 1 Jun 2026 (Isnin) - Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Sekian, terima kasih.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

https://mypsm.kelantan.gov.my/

22/05/2026
21/05/2026

KETIBAAN DUA EKOR PANDA, SIMBOLIK 40 TAHUN HUBUNGAN DIPLOMATIK MALAYSIA-CHINA

Pada hari ini dalam tahun 2014, Fengyi dan Fuwa, pasangan panda gergasi tiba di Kompleks MASKargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Chengdu, China dengan pesawat khas MASKargo Airbus 330-200 (MH6462). Ketibaan panda ini disambut oleh YB Datuk Seri G Palanivel, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Dr. Huang Huikang, Duta Besar China di Malaysia. Fengyi dan Fuwa dipinjamkan oleh China kepada Malaysia bagi tempoh 10 tahun sebagai simbolik keakraban hubungan diplomatik kedua-dua belah pihak yang mula terjalin secara rasmi pada 31 Mei 1974. Ia dipinjamkan menerusi Program Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi.

Malaysia merupakan salah sebuah daripada 14 negara yang diberikan penghormatan untuk menyertai program tersebut yang membabitkan agihan sebanyak 47 ekor panda. Kedua-dua ekor panda ini diberikan sijil Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) yang membolehkan mereka untuk โ€œkeluar dan masukโ€ Malaysia tanpa had dalam tempoh 10 tahun. Fengyi dan Fuwa dikuarantin selama sebulan sebelum dipamerkan kepada orang ramai di Zoo Negara.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari https://hids.arkib.gov.my atau muat turun aplikasi HIDS di Google Play Store dan Apple App Store.HIDS juga bersiaran di:
1) RTM TV pada pukul 6.59 pagi, 12.59 tengah hari, 4.59 petang dan 7.59 malam.
2) 31 stesen radio milik RTM.





21/05/2026

Filem Hang Tuah lakonan P. Ramlee telah mengangkat martabat perfileman Melayu apabila memenangi anugerah berprestij di peringkat antarabangsa. Kejayaan ini menjadi bukti bahawa karya tempatan mampu berdiri megah di mata dunia, sambil mengabadikan semangat kepahlawanan dan budaya Melayu untuk generasi seterusnya.

Filem Melayu berwarna pertama yang diterbitkan oleh Malay Film Productions (MFP) pada 28 Januari 1956. P. Ramlee menerima anugerah Penggubah Lagu Terbaik di Festival Filem Asia ke-3 (1956). Filem ini terpilih untuk tayangan di Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-7 (1957).

Untuk maklumat lanjut layari Galeri Maya eNegarawan https://enegarawan.arkib.gov.my/





20/05/2026

Imbas kod QR dan sertai komuniti pencinta sejarah dan warisan negara ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Kerana setiap dokumen, gambar dan kisah lamaโ€ฆ ada nilai untuk masa depan ๐Ÿ’™





18/05/2026

INSPIRASI WANITA
DIKAU PERMATA PUSAKA

DATUK ZAKIAH HANUM

Datuk Zakiah Hanum dilahirkan pada 15 September 1937 di Alor Setar, Kedah. Beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia yang kelima pada tahun 1977. Pelantikan Datuk Zakiah mencipta sejarah kerana beliau merupakan Ketua Pengarah pertama dari skim Pegawai Arkib dan juga wanita pertama mengetuai sebuah Jabatan Persekutuan. Antara sumbangan besar beliau termasuklah memperkenalkan sistem pengurusan rekod awam yang sistematik, menubuhkan memorial tokoh negara, mempelopori pendokumentasian Sejarah Lisan, serta mencetuskan program ikonik Hari Ini Dalam Sejarah (HIDS) di Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang kekal bersiaran hingga ke hari ini.

Kewibawaan dan kepakaran Datuk Zakiah turut diakui di peringkat global, menjadikannya seorang figura yang sangat disegani dalam kalangan komuniti kearkiban antarabangsa seperti UNESCO, ICA dan SARBICA. Datuk Zakiah telah menerima pelbagai pengiktirafan seperti Anugerah Ramon Magsaysay (kategori Perkhidmatan Awam) pada 31 Ogos 1989 daripada Ramon Magsaysay Foundation, Filipina dan dikurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) pada tahun 1997 yang membawa gelaran โ€˜Datukโ€™. Penglibatan aktif beliau dalam bidang penulisan, seni, sastera, masakan dan aktiviti sosial mencerminkan kebolehan pelbagai dimensi yang menjadikan Datuk Zakiah seorang tokoh yang amat dihormati serta kekal sebagai inspirasi hingga kini.

Layari ofa.arkib.gov.my atau hadir ke Dewan Penyelidikan Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur untuk carian lanjut.





16/05/2026
14/05/2026

Address

Kota Bharu
15000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097442899

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Arkib Negara Malaysia Negeri Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Arkib Negara Malaysia Negeri Kelantan:

Share