16/07/2025
Khamis 10 Julai 2025 | 14 Muharam 1447H
BENGKEL PENYEDIAAN AKHIR DERAF KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE 2025
Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kelantan melalui Jawatankuasa Pindaan Kaedah-Kaedah Peguam Syarie 2000 telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Akhir Deraf Kaedah-Kaedah Peguam Syarie 2025 pada 10 hingga 12 Julai 2025 bertempat di Tok Aman Bali Beach Resort, Pasir Puteh.
Bengkel ini diadakan bagi memperhalusi deraf pindaan Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Negeri Kelantan yang kali terakhir digubal pada tahun 2000. Usaha ini merupakan langkah penting dalam memastikan kaedah yang diguna pakai kekal relevan dengan keperluan semasa dan sejajar dengan perkembangan institusi perundangan syariah.
Turut hadir ke bengkel ini ialah :
- YAA Dato' Haji Ibrahim bin Deris, Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan.
- YABrs. Tuan Mohd Hafiz bin Daud, Pengarah/Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kelantan.
- YBrs. Tuan Norazizi bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kelantan.
- YBrs. Puan Syafiqah binti Mat Husin, Timbalan Pendakwa Syarie, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kelantan
- YBrs. Tuan Aris Fadzilah bin Sulaiman, Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan.
- YBrs. Tuan Mohamad Nabil bin Mohamad Shukri, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan.
- YBrs. Puan Rohayati binti Sapei, Penolong Penasihat Undang-Undang (Syariah) Negeri Kelantan, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan.
- YBrs. Puan Nur Afiqah binti Razali, Peguam Persekutuan (Bahagian Penyemakan dan Pembaharuan Undang-Undang), Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan.
- YBrs. Tuan Mohd Azrai'in bin Omar, Pegawai Undang-Undang, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan.
- YBrs. Puan Che Hartini binti Omar, Pengerusi Persatuan Peguam Syarie Kelantan (PPSK).
Bengkel ini bukan sahaja menjadi platform perbincangan yang konstruktif antara pelbagai pihak berkepentingan, malah membuka ruang bagi penambahbaikan dari segi pelantikan, pemantauan, dan tatakelakuan peguam syarie. Usaha ini diyakini mampu mengangkat lagi tahap profesionalisme guaman syarie di Negeri Kelantan secara keseluruhan.