Angkatan Pertahanan Awam Kota Bharu

Angkatan Pertahanan Awam Kota Bharu No. Pejabat : 09-7413041 (Waktu Pejabat)
No. Kecemasan : 999 (24 jam)

 APM KOTA BHARU MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA DAERAH KOTA BHARUKOTA BHARU, 10 SEPTEMBER 2026 – Mesyuarat Jaw...
10/09/2026


APM KOTA BHARU

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA DAERAH KOTA BHARU

KOTA BHARU, 10 SEPTEMBER 2026 – Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kota Bharu telah diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu bagi membincangkan perkara berkaitan pengurusan bencana serta memperkukuh kesiapsiagaan dan penyelarasan tindakan antara agensi di peringkat daerah.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Rusydee bin Abdullah, Ketua Jajahan Kota Bharu dan turut dihadiri oleh YBrs. Encik Nik Mahmud bin Nik Jaffar, Timbalan Ketua Jajahan Kota Bharu serta YBrs. Encik Wan Ahmad Shazrul bin Wan Abdul Rahim, Ketua Penolong Ketua Jajahan (Pembangunan).

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kota Bharu turut menghadiri mesyuarat tersebut, diwakili oleh Lt. (PA) Mohd Razman bin Ramli, Timbalan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Bharu bersama Lt. (PA) Saifulzalizan bin Johari.

Mesyuarat ini turut menjadi wadah bagi memperkukuh koordinasi, kesiapsiagaan dan tindakan bersepadu antara agensi dalam menghadapi sebarang kemungkinan kejadian bencana, khususnya di Daerah Kota Bharu.

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Kelantan













 APM KOTA BHARU 🛟 APM KOTA BHARU | PENYELAMAT PANTAI CAHAYA BULANKOTA BHARU, 8 September 2026 – Angkatan Pertahanan Awam...
08/09/2026


APM KOTA BHARU

🛟 APM KOTA BHARU | PENYELAMAT PANTAI CAHAYA BULAN

KOTA BHARU, 8 September 2026 – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kota Bharu telah melaksanakan pemantauan dan rondaan di kawasan Pantai Cahaya Bulan (PCB).

Seramai 5 orang anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah ditugaskan bagi memastikan keselamatan pengunjung, di samping membuat pemantauan terhadap keadaan sekitar pantai.

Aktiviti rondaan ini dilaksanakan sebagai langkah pencegahan dan kesiapsiagaan, khususnya dalam memastikan keselamatan orang awam yang berkunjung ke kawasan pantai

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Kelantan













 APM KOTA BHARU PROGRAM KESELAMATAN NEGARA: TANGGUNGJAWAB BERSAMA JAJAHAN KOTA BHARU TAHUN 2026KOTA BHARU – Program Kese...
07/09/2026


APM KOTA BHARU

PROGRAM KESELAMATAN NEGARA: TANGGUNGJAWAB BERSAMA JAJAHAN KOTA BHARU TAHUN 2026

KOTA BHARU – Program Keselamatan Negara: Tanggungjawab Bersama Jajahan Kota Bharu Tahun 2026 anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan telah berlangsung dengan jayanya.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YABrs. Tuan Haji Rusydee bin Abdullah, Ketua Jajahan Kota Bharu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Ketenteraman Daerah (JKKD) Kota Bharu, bersama-sama YBhg. Dato’ Mohd A. Aruwan bin Ab. Aziz, Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara Negeri Kelantan.

Turut hadir Mejar (PA) Mohd Arif bin Mohd Zain, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Bharu, serta Leftenan (PA) Mohd Razman bin Ramli, Timbalan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Bharu.

Penyertaan APM Daerah Kota Bharu dalam program ini merupakan salah satu usaha memperkukuh kerjasama strategik antara agensi keselamatan dan masyarakat, di samping meningkatkan kesedaran awam berkaitan aspek keselamatan, kesiapsiagaan serta pengurusan bencana.

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Kelantan













 APM KOTA BHARU PAMERAN PROGRAM KESELAMATAN NEGARA: TANGGUNGJAWAB BERSAMA JAJAHAN KOTA BHARU TAHUN 2026KOTA BHARU – Angk...
07/09/2026


APM KOTA BHARU

PAMERAN PROGRAM KESELAMATAN NEGARA: TANGGUNGJAWAB BERSAMA JAJAHAN KOTA BHARU TAHUN 2026

KOTA BHARU – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kota Bharu telah menyertai Pameran Program Keselamatan Negara: Tanggungjawab Bersama Jajahan Kota Bharu Tahun 2026 anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan.

Penyertaan APM dalam program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai aspek keselamatan, kesiapsiagaan menghadapi bencana serta peranan dan tanggungjawab agensi keselamatan dalam melindungi komuniti.

Sepanjang program berlangsung, APM turut membuka pameran bagi memberikan penerangan dan informasi berkaitan kesiapsiagaan, keselamatan awam serta perkhidmatan yang disediakan kepada masyarakat.

Program ini turut menjadi medium bagi memperkukuh kerjasama antara agensi keselamatan dan komuniti dalam memastikan aspek keselamatan negara sentiasa diberi perhatian dan diperkasakan secara berterusan.

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Kelantan













 APM KOTA BHARU APM KOTA BHARU BANTU PIHAK KKM MEMINDAHKAN MANGSA OBESITIPASIR PUTEH, 6 SEPTEMBER 2026 – Angkatan Pertah...
06/09/2026


APM KOTA BHARU

APM KOTA BHARU BANTU PIHAK KKM MEMINDAHKAN MANGSA OBESITI

PASIR PUTEH, 6 SEPTEMBER 2026 – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kota Bharu telah membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam melaksanakan transfer pesakit obesiti seberat kira-kira 200 kilogram dari Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai.

Bagi melancarkan proses pemindahan tersebut, APM Kota Bharu menggunakan lori MAN bagi membantu urusan pengendalian dan pergerakan mangsa. Bantuan ini dilaksanakan dengan kerjasama pihak KKM bagi memastikan proses pemindahan dapat dijalankan dengan selamat, teratur dan lancar.

Tindakan ini merupakan sebahagian daripada peranan APM dalam memberikan bantuan kemanusiaan serta sokongan kepada agensi kerajaan dalam situasi yang memerlukan, di samping memastikan aspek keselamatan dan kebajikan mangsa sentiasa diberi keutamaan.

APM Daerah Kota Bharu akan terus komited dalam melaksanakan tanggungjawab serta memberikan khidmat bantuan kepada masyarakat dan agensi berkaitan mengikut keperluan dan situasi semasa.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Negeri Kelantan
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA













APM KOTA BHARU🕌 MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT APM KOTA BHARU 1448H/2026MKOTA BHARU, 6 September 2026 – Angkat...
06/09/2026

APM KOTA BHARU

🕌 MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT APM KOTA BHARU 1448H/2026M

KOTA BHARU, 6 September 2026 – Angkatan Pertahanan Awam Daerah Kota Bharu telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat APM Kota Bharu dalam suasana penuh penghayatan dan kesyukuran.

Majlis ini diadakan sebagai wadah untuk memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, di samping menyemarakkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW serta menghayati sunnah dan akhlak Baginda dalam kehidupan seharian.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian ceramah oleh Al-Fadhil Ustaz Zainuddin bin Che Ismail, Penceramah Utama Negeri Kelantan.

Turut bersama dalam majlis ini Mej. (PA) Mohd Arif bin Mohd Zain, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Bharu, Lt. (PA) Mohd Razman bin Ramli, Timbalan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Bharu, serta Lt. Kol Bersekutu (PA) Azman Shah Bin Abdullah Pegawai Bersekutu APM Kota Bharu.

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini dapat menyemai nilai keperibadian mulia, memperkukuh ukhuwah serta meningkatkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga APM Kota Bharu.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Negeri Kelantan













06/09/2026



JOM KENALI ASET KENDERAAN APM

HEAVY UTILITIES RESCUE VEHICLE (HURV) JENAMA TATRA

Heavy Utilities Rescue Vehicle (HURV) jenama Tatra merupakan sebuah kenderaan penyelamat berat pelbagai guna.

Keutamaan kenderaan ini adalah untuk operasi menyelamat dan memindahkan mangsa bencana terutamanya ketika bencana banjir.

Kenderaan ini mampu meredah paras air yang tinggi untuk proses pemindahan mangsa dengan selamat.

Kenderaan ini juga digunakan sebagai pengangkutan logistik atau peralatan menyelamat ketika operasi dilaksanakan.

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat.

Disediakan oleh :
Cawangan Perhubungan Awam dan Dokumentasi,
Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

Jabatan Perdana Menteri














*

04/09/2026

IKLAN JAWATAN KOSONG ANGGOTA MyASPA PENGURUSAN CAWANGAN PERHUBUNGAN AWAM (PRO) TAHUN 2026

APM Negeri Kelantan memberi peluang kepada Orang Awam / Anggota APM yang berpengalaman untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.

Syarat-syarat kelayakan:
1. Warganegara Malaysia
2. Anggota APM yang telah berdaftar diutamakan
3. Berumur 18 - 45 Tahun
4. Sihat tubuh badan dan tiada kecacatan fizikal
5. Memiliki kelayakan sekurang-sekurangnya SPM dan keatas
6. Terbuka kepada calon Lelaki /Wanita
7. Perwatakan Menarik
8. ⁠Boleh bekerja dalam kumpulan
9. ⁠BMI Normal
10. ⁠Sihat Tubuh Badan

SYARAT - SYARAT TAMBAHAN:-
✅Mahir menulis dan membaca
✅Mahir Fotografi
✅Mahir dalam penggunaan word/excel/power point/canva
✅Mahir IT
✅Boleh bekerja mengikut arahan dan pengawasan yang minima
✅Mahir Media Dan Suntingan Video

Kepada sesiapa yang berminat, boleh email di ( [email protected] ). Sekiranya terpilih, pihak kami akan menghubungi anda untuk di temuduga.

Address

Kota Bharu
15200

Telephone

+6097413041

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkatan Pertahanan Awam Kota Bharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Angkatan Pertahanan Awam Kota Bharu:

Shortcuts

Share