Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kelantan

Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kelantan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kelantan, Government Organization, Lot 2436, Jalan Kg. Telok, Panji, Kota Bharu.

04/04/2026

::SEGMEN INFO KIMIA::

Pernah terfikir bagaimana pihak berkuasa mengesahkan kandungan alkohol atau racun dalam sesuatu kes? Di sinilah pakar toksikologi Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) memainkan peranan.

Fakta Penting Akta Pengangkutan Jalan 1987-
Kandungan alkohol melebihi had berikut adalah satu kesalahan:
🩸 Darah: 50mg / 100ml
🧪 Urin: 67mg / 100ml

Jangan biarkan pengaruh alkohol meragut nyawa. Pandu dengan selamat! 🚗💨





2 April 2026, Kelantan - Audit Dalaman ANAB-ISO/IEC 17025:2017 bagi pengurusan sistem kualiti makmal telah dijalankan di...
02/04/2026

2 April 2026, Kelantan - Audit Dalaman ANAB-ISO/IEC 17025:2017 bagi pengurusan sistem kualiti makmal telah dijalankan di Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kelantan (KIMIA Kelantan) pada 30 Mac – 1 April 2026.

Mesyuarat pembukaan dan penutupan audit telah dipengerusikan oleh YBrs. ChM Tuan Zulkfeli bin Mohd Edin, Pengarah KIMIA Kelantan.

Sesi pengauditan ini telah berlangsung selama tiga hari yang melibatkan Bahagian Analisis Sains Forensik dan telah berjalan dengan lancar.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja atas usaha dan kerjasama yang cemerlang dalam menjayakan audit dalaman KIMIA Kelantan pada kali ini.

Diharapkan segala teguran serta cadangan penambahbaikan dapat diambil tindakan sewajarnya demi memastikan pematuhan berterusan terhadap keperluan ANAB-ISO/IEC 17025:2017.





16 Februari 2026, Kelantan – Unit Biokimia, Seksyen Penyakit, Makmal Kesihatan Awam Kota Bharu telah mengadakan satu law...
16/02/2026

16 Februari 2026, Kelantan – Unit Biokimia, Seksyen Penyakit, Makmal Kesihatan Awam Kota Bharu telah mengadakan satu lawatan kerja rasmi ke Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kelantan (KIMIA Kelantan) dan sesi dialog bagi membincangkan inisiatif pembangunan analisa baharu berkaitan produk merokok pada 15 Februari 2026.

Program ini bertujuan mengenal pasti keperluan serta maklumat tambahan yang diperlukan untuk penyediaan kertas kerja pembangunan analisa pengenalpastian produk merokok. Usaha ini akan menyokong pelaksanaan pengambilalihan Skop 14 daripada makmal Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) serta memperkukuh pembangunan kapasiti analisa di Makmal Kesihatan Awam.

Menurut wakil Unit Biokimia, program yang melibatkan seramai empat orang pegawai yang diketuai oleh Pengarah MKAKB YBrs. Dr. Noor Hafizan binti Mat Salleh berserta tiga orang pegawai sains kanan Unit Biokimia ini juga bertujuan memperkukuh kerjasama dengan KIMIA Malaysia bagi menyokong aktiviti penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam [Akta 852].

Pihak Makmal Kesihatan Awam berharap hasil daripada program ini akan membuka peluang untuk mempertingkat keupayaan teknikal serta memperkukuh peranan makmal dalam memastikan kawalan dan pemantauan produk merokok dapat dijalankan dengan lebih berkesan demi kesihatan masyarakat.





15 Februari 2026, Kelantan - Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kelantan (KIMIA Kelantan) berbesar hati menerima lawatan dari...
16/02/2026

15 Februari 2026, Kelantan - Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kelantan (KIMIA Kelantan) berbesar hati menerima lawatan daripada delegasi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang diketuai oleh YBs. Puan Norsham binti Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI pada hari ini.

Dalam sesi lawatan tersebut, YBrs. Puan Norsham turut berbesar hati mengadakan lawatan ke makmal-makmal di KIMIA Kelantan.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada YBs. Puan Norsham dan delegasi atas kesudian melawat KIMIA Kelantan.





31/08/2025

PUTRAJAYA: Buat julung kalinya, makmal bergerak Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) yang direka khas bagi memberi respon segera terhadap bencana atau ancaman bahan kimia dipertontonkan kepada orang ramai pada sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya, hari ini.

HARI OSH 2025 KIMIA Kelantan 24 Ogos 2025, Kota Bharu - Hari  OSH peringkat jabatan KIMIA Kelantan dirasmikan oleh Penga...
24/08/2025

HARI OSH 2025 KIMIA Kelantan

24 Ogos 2025, Kota Bharu - Hari OSH peringkat jabatan KIMIA Kelantan dirasmikan oleh Pengarah KIMIA Kelantan YBrs. ChM Zulkfeli bin Mohd Edin.

Program ini dimulakan dengan sesi ceramah yang disampaikan oleh Dr Kazarul Akmal bin Kamal, Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Bandar Kota Bharu, Kelantan yang bertajuk Ergonomik dan Pengurusan Kesihatan. Seterusnya, aktiviti diteruskan dengan Medical Injury Drill dan Chemical Spill Drill.

Program yang dianjurkan oleh Unit OSH, KIMIA Kelantan untuk memberikan kesedaran tentang keselamatan di tempat kerja.

11/08/2025

05/08/2025
7 Julai 2025, Kota Bharu - Encik Mohd Izhar bin Abu Bakar, Pegawai Sains Bahagian Forensik (Toksikologi), Jabatan Kimia ...
08/07/2025

7 Julai 2025, Kota Bharu - Encik Mohd Izhar bin Abu Bakar, Pegawai Sains Bahagian Forensik (Toksikologi), Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kelantan (KIMIA Kelantan) telah dijemput memberi ceramah bertajuk Hikayat Seorang Saintis Forensik sempena Program STI 100³ dan STEM in 30 Seconds bertempat di SK Seri Chempaka.

Program Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) adalah salah satu usaha merealisasikan aspirasi YAB Perdana Menteri dalam pemerkasaan bidang STI. Program ini bertujuan untuk membawa 100 saintis ke 100 buah sekolah dalam tempoh 100 hari untuk perkongsian ilmu dan pengalaman dan memberi inspirasi kepada murid untuk menceburi bidang STEM.

Semoga para pelajar mendapat ilmu yang berguna, mengaplikasikan ilmu sains dan teknologi dalam kehidupan seharian serta dapat memartabatkan bidang sains, teknologi dan inovasi ke arah yang lebih tinggi.

Sejumlah 900 pelajar telah mengambil bahagian dalam sesi ceramah tersebut







07 Julai 2025 (Isnin) - PROGRAM STI 100³ (100 SAINTIS, 100 SEKOLAH, 100 HARI)Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kelantan (KIM...
08/07/2025

07 Julai 2025 (Isnin) - PROGRAM STI 100³ (100 SAINTIS, 100 SEKOLAH, 100 HARI)

Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kelantan (KIMIA Kelantan) telah mengadakan sesi ceramah di Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Bharu sempena Majlis Peluncuran Program STI100³ bertemakan Saintis@Sekolah:Jom STI

Ceramah telah disampaikan oleh ChM. Encik Mohd Zawawi bin Yusoff dan ChM Puan Noor Azlina binti Awang. Mereka telah menyampaikan ceramah bertajuk Profession Ahli Kimia dan Sejarah Kimia Malaysia kepada pelajar-pelajar SMK Wakaf Bharu.

Sesi ceramah ini dijalankan sebagai salah satu program dibawah inisiatif “100 Saintis, 100 Sekolah, 100 Hari” (STI100³) untuk perkongsian ilmu dan pengalaman serta memberi inspirasi kepada murid untuk menceburi bidang STEM.

Tahniah dah syabas diucapkan kepada semua yang terlibat terutamanya warga SMK Wakaf Bharu.






07 Julai 2025 (Isnin) - PROGRAM STI 100³ (100 SAINTIS, 100 SEKOLAH, 100 HARI)Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kelantan (KIM...
07/07/2025

07 Julai 2025 (Isnin) - PROGRAM STI 100³ (100 SAINTIS, 100 SEKOLAH, 100 HARI)

Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kelantan (KIMIA Kelantan) telah mengadakan sesi ceramah di Sekolah Kebangsaan Kepas sempena Majlis Peluncuran Program STI100³ bertemakan Saintis@Sekolah:Jom STI

Ceramah telah disampaikan oleh ChM. Puan Nur Hajjar binti Kamaruddin. Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk Pengenalan Jabatan Kimia Malaysia kepada 150 orang pelajar sekolah berkenaan dan 20 orang guru.

Sesi ceramah ini dijalankan sebagai salah satu program dibawah inisiatif “100 Saintis, 100 Sekolah, 100 Hari” (STI100³) di bawah Saintis ChM Nurul ‘Izzah binti Ab Rahman.

Tahniah dah syabas diucapkan kepada semua yang terlibat terutamanya Puan Norlaila binti Mamat selaku Guru Besar dan seluruh warga SK Kepas.







26 Jun 2025, Kelantan - Audit Dalaman  ISO 45001:2018 OH&S Management System telah dijalankan di Jabatan Kimia Malaysia ...
01/07/2025

26 Jun 2025, Kelantan - Audit Dalaman ISO 45001:2018 OH&S Management
System telah dijalankan di Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kelantan (KIMIA Kelantan) pada 30 Jun sehingga 1 Julai 2025.

Proses pengauditan telah dilaksanakan oleh Puan Zawiyah binti Zainal Abidin selaku ketua auditor dan Puan Nur Hidayah binti Mohd Khalil Khasah.

Tujuan pengauditan adalah untuk memastikan pematuhan kepada semua undang-undang serta peraturan yang berkaitan sistem keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang terkini.






Address

Lot 2436, Jalan Kg. Telok, Panji
Kota Bharu
15400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097647632

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share