25/03/2024
KUNJUNG HORMAT DAN SESI PERBINCANGAN BERKENAAN KOPERASI-KOPERASI DI BAWAH YAYASAN ISLAM KELANTAN (YIK)
7hb Mac 2024, Kota Bharu, Kelantan.
Satu sesi Perbincangan diantara pihak SKM dan Yayasan Islam Kelantan serta Koperasi Yayasan Islam Kelantan Berhad yang diketuai oleh YBrs. En. Amran bin Hj Abd Kadir, TKPE SKM telah diadakan di Bilik Mesyuarat Yayasan Islam Kelantan bersama-sama dengan Pengarah Yayasan Islam Kelantan. Turut sama hadir dalam sesi tersebut ialah Pengarah BPKK dan Pengarah SKM Cawangan Negeri Kelantan.
Dalam sesi perbincangan yang diadakan pihak YIK dan Koperasi telah diberikan pendedahan mengenai peluang dan ruang untuk pihak Koperasi membuat permohonan pembiayaan Tabung Modal Pusingan (TMPSKM) tanpa cagaran bagi aktiviti pemborongan dan peruncitan serta aktiviti kredit yang sedang dilaksanakan oleh pihak Koperasi.
Dalam pelaksanan aktiviti yang sedang dilaksanakan oleh pihak Koperasi juga telah menunjukkan peningkatan pendapatan bagi aktiviti pemborongan peruncitan dengan mencatatkan perolehan sebanyak RM330,000 bagi tahun 2023 dan bercadang untuk mengembangkan perniagaan cafe bagi kemudahan kakitangan dan masyarakat setempat. Koperasi juga telah memberi pembiayaan kepada anggota lebih daripada RM 2 juta setahun.
Suruhanjaya juga sedang dalam proses bagi permohonan geran bantuan pembangunan yang sedang dimohon oleh pihak Koperasi bagi mengembangkan lagi aktiviti pemborongan dan peruncitan serta cafe koperasi.
Dalam sesi perbincangan itu juga, Pengarah YIK bersetuju untuk mengadakan kajian diperingkat dalaman bagi mendaftarkan Koperasi di bawah sekolah-sekolah kelolaan Yayasan Islam Kelantan.