Dewan Ulamak PAS Negeri Kelantan

Dewan Ulamak PAS Negeri Kelantan Laman Facebook Rasmi Dewan Ulamak PAS Negeri Kelantan

KENYATAAN MEDIAYB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI BIN SALLEH13 Mei 2026 | 25 Zulkaedah 1447H
13/05/2026

KENYATAAN MEDIA
YB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI BIN SALLEH
13 Mei 2026 | 25 Zulkaedah 1447H

Sumber - NIK MUHAMMAD ZAWAWI BIN SALLEH

KENYATAAN MEDIA
YB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI BIN SALLEH
13 Mei 2026 | 25 Zulkaedah 1447H

Merujuk kepada kontroversi berkaitan pengucapan saya baru-baru ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para tuan guru, asatizah, sahabat-sahabat serta seluruh masyarakat yang telah memberikan teguran, nasihat dan pandangan kepada saya.

Saya mengakui bahawa saya kurang cermat dalam mengolah maklumat serta penyampaian ketika memberikan kenyataan tersebut. Justeru itu, saya dengan rendah hati memohon maaf atas kekhilafan tersebut.

Saya sama sekali tidak berniat untuk menjatuhkan maruah atau menghina insan-insan terpilih yang dimuliakan oleh Allah SWT.

Tujuan asal kenyataan saya hanyalah untuk menjelaskan serta memberikan penekanan mengenai kehebatan risalah Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dalam mengubah sosio budaya masyarakat jahiliah kepada kehidupan yang lebih mulia dan berperadaban.

Saya mengambil tanggungjawab penuh terhadap perkara ini sebagai kekhilafan peribadi saya, dan ia sama sekali tidak berkaitan dengan pendirian Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahupun kepimpinannya.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala kekhilafan saya dan menerima segala usaha kita semua dalam menyampaikan dakwah dengan hikmah dan kebijaksanaan.

YB Dr Nik Muhammad Zawawi Bin Salleh
Ahli Parlimen Pasir Puteh

01/05/2026

LIVE کليه ڤاݢي جمعة ميدن علمو
13 Zulkaedah 1447H

👪 Secara LANGSUNG Bersama

Sesi 1
*Ustaz Syed Ahmad Ridwan Sayed Md Zain*
- Setiausaha Dewan Ulamak PAS Kelantan
- Pegawai Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK)

Sesi 2
*YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato’ Hj Mohd Nassuruddin Hj Daud*
- Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan
- Menteri Besar Kelantan

🎥 LIVE FB -

🎥 LIVE YOUTUBE - https://youtube.com/live/AmXGN_GR_rs?feature=share

🎥 LIVE TIKTOK - https://www.tiktok.com//live

👨👨👦 TONTON SEKARANG, BANTU SEBARKAN !
👍🏼 LIKE FB Kelantan TV: fb.com/kelantantv
👍🏼 LIKE FB Medan Ilmu Kota Bharu: fb.com/medanilmuKB




30/04/2026

KENYATAAN MEDIA
​DEWAN ULAMAK PAS PUSAT

​BATALKAN 'RAIN RAVE' BUKIT BINTANG: JANGAN UNDANG KEMURKAAN ALLAH DI SAAT NEGARA DIHIMPIT KRISIS

1. ​Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) merujuk kepada laporan media mengenai pendirian YB Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato' Seri Tiong King Sing yang mempertahankan penganjuran Festival Muzik Air Rain Rave di Bukit Bintang. Beliau menyifatkan acara tersebut sebagai strategi merangsang ekonomi pelancongan negara.

2. ​DUPP menegaskan bahawa alasan "ekonomi" tidak boleh dijadikan lesen untuk menghalalkan program yang jelas berteraskan budaya hedonisme dan pergaulan bebas. Malaysia sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan mestilah membina kemajuan berlandaskan nilai moral dan syariat, bukannya meniru bulat-bulat budaya luar yang mengundang kemungkaran.

3. ​Kita kini berada di ambang krisis ekonomi dunia yang mencabar di mana rakyat sedang bergelut dengan kos sara hidup. Dalam suasana genting ini, pendekatan kerajaan sepatutnya adalah dengan memohon rahmat Allah SWT melalui ketaatan, bukannya mempromosikan festival "pesta air" yang melalaikan.

4. ​Dakwaan bahawa acara ini "tersusun" tidak menjamin ketiadaan unsur maksiat. Sejarah membuktikan festival berkonsepkan rave sering menjadi titik tolak keruntuhan moral. Kita tidak mahu mengejar keuntungan duniawi yang tidak berkat, yang akhirnya dibayar dengan bala bencana dan kerosakan sahsiah anak bangsa.

5. ​DUPP ingin memperingatkan kerajaan bahawa kerosakan yang berlaku di muka bumi adalah akibat tangan-tangan manusia yang membelakangi agama. Firman Allah SWT dalam Surah Ar-Rum, ayat 41:

​ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

Maksudnya: ​“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (bertaubat kepada Allah).”

6. ​Ancaman ini diperkukuhkan lagi dengan peringatan Rasulullah SAW berkenaan impak maksiat yang dilakukan secara terbuka (mujaharah) terhadap kestabilan hidup dan kesihatan masyarakat. Sabda Nabi SAW dalam Hadith Riwayat Ibn Majah (No. 4019):

​لَمْ تَظْهَرِ الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوا بِهَا إِلاَّ فَشَا فِيهِمُ الطَّاعُونُ وَالأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ تَكُنْ مَضَتْ فِي أَسْلاَفِهِمُ الَّذِينَ مَضَوْا
Maksudnya: ​"Tidaklah kekejian (maksiat/zina) tersebar dalam suatu kaum, kemudian mereka melakukannya secara terang-terangan (terbuka), kecuali akan tersebar di kalangan mereka wabak penyakit dan kelaparan (kesempitan hidup) yang belum pernah terjadi kepada nenek moyang mereka yang terdahulu."

7. Di manakah peranan dan tanggungjawab Perdana Menteri, Menteri Agama dan pemimpin beragama Islam dalam membendung program maksiat ini. Tidakkah mereka berasa gerun dan beriman dengan ancaman Allah dan RasulNya?

8. ​Sehubungan itu, DUPP mendesak supaya ​kerajaan Malaysia untuk membatalkan penganjuran Rain Rave Bukit Bintang serta-merta bagi menghormati sensitiviti umat Islam dan menjaga moral rakyat.​

9. Kementerian Pelancongan perlu lebih kreatif beralih kepada promosi pelancongan yang beretika, sopan, dan patuh syariah yang lebih menjamin keberkatan ekonomi jangka panjang.

10. ​Janganlah kita mencabar kekuasaan Allah SWT di saat kita amat memerlukan pertolongan-Nya. Di saat ekonomi rapuh, kita perlukan "pintu langit" dibuka melalui ketaatan, bukan ditutup melalui kemungkaran yang dipromosikan secara rasmi.

"Kembali Kepada Penyelesaian Islam"

​YB DATO' USTAZ MOHD NOR BIN HAMZAH
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat

30 April 2026 Miladi bersamaan 12 Zulkaedah 1447 Hijri

17/04/2026

LIVE کليه ڤاݢي جمعة ميدن علمو
28 Syawal 1447H

👪 Secara ONLINE Bersama

🕌 Sesi 1
🎤 Ustaz Ilias Ahmad
- Pengarah Pilihanraya Dewan 'Ulamak PAS Kelantan
- Penolong Pendaftar Kanan KIAS

🌟 Sesi 2
🎤 YB Datuk Dr Ustaz Ahmad Marzuk Shaary
- AJK PAS Pusat
- Ahli Parlimen Pengkalan Chepa

👨👨👦 TONTON SEKARANG, BANTU SEBARKAN !
👍🏼 LIKE FB Kelantan TV: fb.com/kelantantv
👍🏼 LIKE FB Medan Ilmu Kota Bharu: fb.com/medanilmuKB




Sekitar suasana majlis Solat Sunat Istisqa' yang dianjurkan oleh Dewan-Dewan Ulamak PAS Kawasan. Dewan Ulamak PAS Negeri...
05/04/2026

Sekitar suasana majlis Solat Sunat Istisqa' yang dianjurkan oleh Dewan-Dewan Ulamak PAS Kawasan.

Dewan Ulamak PAS Negeri Kelantan menyeru seluruh rakyat Kelantan agar sentiasa berdoa, beristighfar, dan memperbanyakkan taubat kepada Allah SWT. Semoga kita sentiasa bermuhasabah diri di atas segala ujian yang menimpa dan mengharapkan rahmat Allah SWT.

04/04/2026
03/04/2026

LIVE کليه ڤاݢي جمعة ميدن علمو
14 Syawal 1447H

👪 Secara ONLINE Bersama

🕌 Sesi 1
🎤 Ustaz Zulqarnain Hassan
- Naib Ketua Dewan 'Ulamak PAS Kelantan
- Pengarah Yayasan Amanah Tok Kenali Negeri Kelantan

🌟 Sesi 2
🎤 Dato' Ustaz Hj Abdullah Yakub
- Penolong Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan
- Pengerusi As-Sabiqun PAS Kelantan
- Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Besar Kelantan

👨👨👦 TONTON SEKARANG, BANTU SEBARKAN !
👍🏼 LIKE FB Kelantan TV: fb.com/kelantantv
👍🏼 LIKE FB Medan Ilmu Kota Bharu: fb.com/medanilmuKB




03/04/2026
03/04/2026
DOA MEMINTA HUJAN“Ya Allah! Turunkan kepada kami hujan yang menyelamatkan, menyuburkan, lebat, menyenangkan, merata manf...
01/04/2026

DOA MEMINTA HUJAN

“Ya Allah! Turunkan kepada kami hujan yang menyelamatkan, menyuburkan, lebat, menyenangkan, merata manfaatnya, menyeluruh, memuaskan dan terus langsung.

Ya Allah! Turunkanlah hujan kepada kami dan jangan Engkau jadikan kami ini golongan orang-orang yang berputus asa.

Ya Allah! Sekalian hamba, negeri, ternakan, seluruh makhluk sedang menghadapi keletihan, kesukaran serta kepayahan. Tiada tempat mengadu semua ini melainkan kepada-Mu.

Ya Allah! Tumbuhkanlah tanaman kami, keluarkan susu perahan kami, hujanilah kami dari berkat langit dan tumbuhkanlah untuk kami dari berkat bumi.
Ya Allah! Lenyapkanlah kesukaran kami, kelaparan dan kemiskinan, dan hilangkanlah segala bencana dari diri kami, kerana tiada yang dapat menghilangkannya selain Engkau.

Ya Allah! Kami memohon keampunan-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, maka turunkanlah hujan dari langit dengan selebat-lebatnya.”

Address

Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan, Jalan Dato' Pati
Kota Bharu
15000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Ulamak PAS Negeri Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Dewan Ulamak PAS Negeri Kelantan:

Share