Yayasan Amanah Tok Kenali Negeri Kelantan - YTK

Yayasan Amanah Tok Kenali  Negeri Kelantan - YTK YTK merupakan Badan Berkanun Negeri Kelantan yang ditubuhkan melalui Enakmen 14 : Enakmen Yayasan Amanah Tok Kenali Negeri Kelantan 2015.

Tujuan penubuhan YTK bagi melaksanakan Program Bina Ummah (PBU) untuk dimanfaatkan kepada seluruh rakyat Kelantan.

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.Semoga Aidiladha ini menjadi medan memperkukuhkan keiman...
26/05/2026

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Semoga Aidiladha ini menjadi medan memperkukuhkan keimanan, menyemai nilai pengorbanan serta mengeratkan ukhuwah sesama insan.

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

Ikhlas daripada,
Warga Kerja Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK)
Negeri Kelantan.

Alhamdulillah, selesai sudah program Diskusi Fiqh Korban pagi ini bersama Ustaz Abdul Razak bin Burhanuddin.Terima kasih...
21/05/2026

Alhamdulillah, selesai sudah program Diskusi Fiqh Korban pagi ini bersama Ustaz Abdul Razak bin Burhanuddin.

Terima kasih kepada semua peserta yang hadir serta para penonton yang mengikuti siaran langsung sepanjang program berlangsung. Kehadiran dan sokongan anda amat dihargai dalam menjayakan majlis ilmu ini.

Semoga segala perkongsian memberi manfaat, menambah kefahaman tentang ibadah korban serta menjadi amal jariah buat semua yang terlibat.

Moga Allah memberkati ilmu yang disampaikan dan mempermudahkan kita untuk menghayati tuntutan ibadah korban dengan lebih sempurna.

21/05/2026

𝐋𝐈𝐕𝐄 | 𝐃𝐈𝐒𝐊𝐔𝐒𝐈 𝐅𝐈𝐐𝐇 𝐊𝐎𝐑𝐁𝐀𝐍

Jom bersama dalam program istimewa Diskusi Fiqh Korban.

Istimewa bersama:
Ustaz Abdul Razak bin Burhanuddin,
Pensyarah Pusat Pengajian Pondok Moden Yayasan Islam Kelantan.

📅 21 Mei 2026 | Khamis
🕘 9.00 Pagi
📍 LIVE di Facebook YTK Kelantan

Kupasan santai namun padat mengenai fiqh korban - hukum, adab dan panduan penting menjelang Aidiladha. Jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu dan bertanya secara langsung.

Alhamdulillah, Yayasan Amanah Tok Kenali hari ini menerima kunjungan daripada para pelajar Universiti Malaysia Kelantan ...
19/05/2026

Alhamdulillah, Yayasan Amanah Tok Kenali hari ini menerima kunjungan daripada para pelajar Universiti Malaysia Kelantan bagi sesi temubual dan perkongsian maklumat berkaitan peranan serta gerak kerja yayasan.

Sesi pendedahan dan perkongsian telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah YTK, Hj Rosli bin Abdullah yang menyentuh berkaitan fungsi yayasan, gerak kerja lapangan serta peranan institusi masyarakat dalam bidang pendidikan, dakwah dan pembangunan ummah.

Kunjungan ini turut menjadi ruang pertukaran pandangan dan pengalaman antara pihak yayasan dan para pelajar dalam memahami realiti pengurusan institusi masyarakat dengan lebih dekat.

Pihak yayasan merakamkan ucapan terima kasih atas kunjungan yang diberikan serta mendoakan agar para pelajar terus cemerlang dalam pengajian dan berjaya memberi manfaat kepada masyarakat pada masa hadapan.


🌙 7 AMALAN TAQARRUB PADA 10 HARI TERAWAL ZULHIJJAH 🌙Sabda Rasulullah SAW:مَا مِن أَيَّامِ العَمَلُ الصَّالِحُ فِيهِنَّ أ...
18/05/2026

🌙 7 AMALAN TAQARRUB PADA 10 HARI TERAWAL ZULHIJJAH 🌙

Sabda Rasulullah SAW:

مَا مِن أَيَّامِ العَمَلُ الصَّالِحُ فِيهِنَّ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِن هَذِهِ الأَيَّامِ، يَعْنِي أَيَّامَ العَشْرِ...

Maksudnya: “Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi oleh Allah selain daripada hari-hari yang sepuluh ini.”
— Hadis Riwayat al-Tirmizi (757)

✨ 10 hari terawal Zulhijjah adalah antara hari yang paling agung di sisi Allah SWT. Inilah peluang terbaik untuk memperbanyakkan amalan taqarrub dan mendekatkan diri kepada-Nya.

🌿 Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-Nya yang memanfaatkan hari-hari terbaik ini dengan amal soleh, keikhlasan dan taqwa.

Yayasan Amanah Tok Kenali Negeri Kelantan - YTK

18/05/2026

🚨 𝐀𝐏𝐀 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐋𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐀𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐑𝐁𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐒𝐈𝐀-𝐒𝐈𝐀?
❓ Korban dahulu atau bayar hutang dahulu ??
❓ Boleh ke niat korban untuk ibubapa yang telah meninggal dunia?
❓ Apa kesilapan yang sering orang buat ketika ibadah korban?

Jangan sampai ibadah yang kita lakukan setiap tahun rupanya masih ada perkara yang kita tidak faham dengan tepat.

𝐃𝐈𝐒𝐊𝐔𝐒𝐈 𝐅𝐈𝐐𝐇 𝐊𝐎𝐑𝐁𝐀𝐍
Jom Hadir Secara Online !

18/05/2026
𝐃𝐈𝐒𝐊𝐔𝐒𝐈 𝐅𝐈𝐐𝐇 𝐊𝐎𝐑𝐁𝐀𝐍 Mari bersama menambah kefahaman berkaitan hukum-hakam serta hikmah ibadah korban menjelang Aidiladha...
13/05/2026

𝐃𝐈𝐒𝐊𝐔𝐒𝐈 𝐅𝐈𝐐𝐇 𝐊𝐎𝐑𝐁𝐀𝐍

Mari bersama menambah kefahaman berkaitan hukum-hakam serta hikmah ibadah korban menjelang Aidiladha melalui program Diskusi Fiqh Korban bersama penceramah istimewa.

🎙 Istimewa Bersama:
Ustaz Abdul Razak bin Burhanuddin
Pensyarah Pusat Pengajian Pondok Moden
Yayasan Islam Kelantan

📅 21 Mei 2026 | 4 Zulhijjah 1447H
🕘 9.00 Pagi
📍 Bilik Mesyuarat Aras 1, Syabab Point
📺 LIVE Facebook YTK Kelantan

✨ Turut diadakan sesi soal jawab berkaitan isu-isu fiqh korban bagi memberi ruang kepada para peserta mendapatkan penjelasan secara langsung.

Ayuh hadir dan bersama mengambil manfaat dalam memahami ibadah korban dengan lebih tepat dan sempurna.


𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐁𝐁𝐀𝐇 𝐏𝐎𝐍𝐃𝐎𝐊 𝐇𝐈𝐃𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐌𝐁𝐎𝐎 𝐑𝐀𝐉𝐀𝐖𝐀𝐋𝐈, 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐋 𝐊𝐀𝐋𝐀, 𝐏𝐀𝐒𝐈𝐑 𝐌𝐀𝐒Alhamdulillah, Program Ziarah Mahabbah Po...
07/05/2026

𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐁𝐁𝐀𝐇 𝐏𝐎𝐍𝐃𝐎𝐊 𝐇𝐈𝐃𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐌𝐁𝐎𝐎 𝐑𝐀𝐉𝐀𝐖𝐀𝐋𝐈, 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐋 𝐊𝐀𝐋𝐀, 𝐏𝐀𝐒𝐈𝐑 𝐌𝐀𝐒

Alhamdulillah, Program Ziarah Mahabbah Pondok Kelantan telah berlangsung dengan jayanya di Pondok Hidayah Bamboo Rajawali, Kampung Pangkal Kala, Pasir Mas. Program ini merupakan salah satu inisiatif bagi mendekati institusi pondok serta menghargai peranan besar yang dimainkan dalam menyebarkan ilmu Islam dan membentuk masyarakat berteraskan nilai-nilai agama. Selain itu, program ini turut menjadi medium bagi memperkukuhkan hubungan antara institusi pondok dan agensi kerajaan negeri dalam usaha memartabatkan pendidikan Islam tradisional di Kelantan.

Program ini diserikan dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. Al-Fadhil Ustaz Mohamad Nor bin Hassan selaku Mudir Pondok Hidayah Bamboo Rajawali, diikuti ucapan Pengarah Program oleh YABrs. Ustaz Zulqarnain bin Hassan, Pengarah Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK) Negeri Kelantan. Turut menyampaikan ucapan ialah YB Rozi bin Muhamad, ADUN Tendong merangkap Ketua Penerangan Kawasan Pasir Mas.

Program seterusnya telah dirasmikan oleh YB Ustaz Mohd Asri bin Mat Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menegaskan bahawa institusi pondok merupakan antara benteng utama dalam mempertahankan tradisi ilmu Islam di negeri Kelantan serta melahirkan generasi yang berakhlak dan berteraskan agama. Beliau turut menyeru agar institusi pondok terus diperkasakan dan dipelihara agar warisan keilmuan Islam yang sekian lama subur di bumi Kelantan dapat diteruskan untuk generasi akan datang.

Program diteruskan dengan penyampaian cek sumbangan berjumlah RM5,000 kepada pihak Pondok Hidayah Bamboo Rajawali sebagai tanda sokongan dan penghargaan terhadap usaha berterusan institusi ini dalam menyebarkan ilmu Islam serta membentuk masyarakat yang cintakan agama dan ilmu. Sumbangan ini diharapkan dapat membantu memperkukuhkan lagi perkembangan institusi pondok, di samping memastikan kelangsungan sistem pendidikan Islam tradisional yang menjadi warisan penting negeri Kelantan terus berkembang dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan kelancaran dan kejayaan program ini. Semoga usaha seperti ini terus menyuburkan kecintaan terhadap ilmu, memartabatkan pendidikan pondok serta mengukuhkan peranan institusi Islam dalam membina ummah yang berilmu, berakhlak dan bertaqwa.



𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐁𝐁𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐃𝐑𝐀𝐒𝐀𝐇 𝐑𝐀𝐔𝐃𝐇𝐀𝐓𝐔𝐋 𝐔𝐋𝐔𝐌, 𝐏𝐎𝐍𝐃𝐎𝐊 𝐊𝐆 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆, 𝐁𝐀𝐓𝐔 𝐆𝐀𝐉𝐀𝐇, 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐇Alhamdulillah, Program Ziarah Mahabbah...
29/04/2026

𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐁𝐁𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐃𝐑𝐀𝐒𝐀𝐇 𝐑𝐀𝐔𝐃𝐇𝐀𝐓𝐔𝐋 𝐔𝐋𝐔𝐌, 𝐏𝐎𝐍𝐃𝐎𝐊 𝐊𝐆 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆, 𝐁𝐀𝐓𝐔 𝐆𝐀𝐉𝐀𝐇, 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐇

Alhamdulillah, Program Ziarah Mahabbah Pondok Kelantan telah berjaya dilaksanakan di Madrasah Raudhatul Ulum, Pondok Kg Lawang, Batu Gajah, Tanah Merah. Program ini diadakan sebagai usaha memperkukuh hubungan mahabbah bersama institusi pondok, di samping memperkasakan Dasar Penghayatan Membangun Bersama Islam melalui pertemuan, perkongsian serta pendedahan kepada realiti lapangan di pusat pengajian tradisi.

Program ini telah dirasmikan oleh Ustaz Zulqarnain bin Hassan, Pengarah Yayasan Amanah Tok Kenali Negeri Kelantan, mewakili Yang Berhormat Dato’ Ustaz Tuan Mohd Saripudin bin Tuan Ismail, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan. Turut bersama dalam program ini ialah Dato’ LSR Haji Mohd Apandi bin Haji Mohamad, Pengerusi Yayasan Amal Negeri Kelantan.

Sebagai tanda sokongan terhadap kelangsungan pendidikan pondok, sumbangan berjumlah RM5,000 telah disampaikan kepada pihak Madrasah Raudhatul Ulum, Pondok Kg Lawang, Batu Gajah, Tanah Merah.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan kelancaran dan kejayaan program ini. Semoga usaha seperti ini terus menyuburkan kecintaan terhadap ilmu, memartabatkan pendidikan pondok serta mengukuhkan peranan institusi Islam dalam masyarakat.



Address

Aras 1, Syabab Point, Lot 261, Jalan Sultanah Zainab, Seksyen 15
Kota Bharu
15050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097414993

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Amanah Tok Kenali Negeri Kelantan - YTK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Yayasan Amanah Tok Kenali Negeri Kelantan - YTK:

Share