12/09/2026
"FAKIR SEPARUH BOGEL"
Pada tahun 1931, ketika India sedang bangkit menolak penjajahan British, Mahatma Gandhi telah dijemput ke London Round Table Conference bagi mencari penyelesaian ke atas konflik yang sedang berlaku.
British telah menjemput lebih 100 orang wakil dari India, di mana kesemuanya merupakan golongan elit & atasan yang terdiri daripada putera, jutawan, pemilik tanah, pemilik kilang dan sebagainya.
Mahatma Gandhi satu-satunya wakil dari golongan masyarakat marhaen.
Semasa sesi majlis minum teh bersama Raja George V dan Permaisuri Mary diadakan di Buckingham Palace, istana British telah menetapkan pakaian rasmi siang sebagai etika pemakaian, iaitu kot panjang formal, seluar berjalur, kemeja berkolar & tali leher.
Raja George V sendiri telah memakai pakaian rasmi ini semasa majlis tersebut.
Namun, Mahatma Gandhi enggan mematuh etika pemakaian yang ditentukan oleh Istana British.
Mahatma Gandhi telah memakai dhoti (kain ela), shawl (selendang) & selipar buatan sendiri.
Keputusan itu menyebabkan pihak British marah sehinggakan Winston Churchill, seorang ahli politik berideologi kanan & ekstrim dari Parti Konservatif (sama dengan Donald Trump dan Parti Konservatif AS) telah menggelar Mahatma Gandhi sebagai "half naked fakir (fakir separuh bogel)".
Dari situlah gelaran "fakir separuh bogel" mula melekat sebagai kata-kata caci hina untuk menggambarkan Mahatma Gandhi.
Pertemuan "fakir separuh bogel" dengan Raja George V tidak mempunyai gambar umum kerana dilarang sama sekali oleh Istana British.
Yang boleh dijumpa oleh orang awam cuma lukisan dan patung-patung buatan.
Pertemuan "fakir separuh bogel" dengan Raja George V juga tidak menjadikan India merdeka sejurus selepas itu.
India hanya menjadi merdeka pada tahun 1947, iaitu 16 tahun selepas London Round Table Conference berlangsung.
Akan tetapi, pakar-pakar sejarah seluruh dunia bersependapat bahawa insiden "fakir separuh bogel" melanggar etika pemakaian Istana British telah menarik perhatian dunia.
Pakar-pakar sejarah seluruh dunia juga bersependapat bahawa insiden tersebut telah membawa imej, mesej & kesan yang sangat mendalam sehinggakan rakyat marhaen British sendiri mula menyokong India menjadi merdeka daripada penjajahan British.
Hari ini, Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia cukup sinonim dengan baju melayu + samping + capal.
Imej & mesej yang ditonjol bukan sekadar jati diri beliau sebagai orang melayu, tetapi juga sebagai wakil kepada sebuah negara di mana majoriti rakyatnya orang melayu. Beliau mengangkat budaya & tradisi orang Melayu ke persada antarabangsa.
Sepertimana Mahatma Gandhi dicaci hina kerana pemakaian beliau, Anwar juga dicaci hina kerana pemakaian beliau.
Namun, suatu perbezaan di antara mereka amat nyata.
Dulu, orang yang menghina Mahatma Gandhi adalah penjajah yang enggan melepaskan India sebagai tanah jajahan.
Hari ini, orang yang menghina Anwar adalah orang Melayu sendiri yang jiwanya masih dijajah & mahu terus dijajah.
Walaupun saya bukan orang Melayu, tetapi saya lahir, membesar, menerima pendidikan, bekerja, bakal kahwin dan bakal mendirikan keluarga dalam sebuah negara majoriti orang Melayu.
Baju Melayu telah menjadi sebahagian daripada identiti saya sebagai orang Malaysia dan saya bangga dengan itu.
Don't give up PMX, kerana apa yang baik untuk Malaysia juga baik untuk seluruh negara tak kira Melayu Cina India Kadazan Iban.
Usaha sekarang mungkin tidak membuahkan apa-apa hasil segera, tetapi ini langkah kecil ke arah pengiktirafan yang lebih besar untuk Malaysia suatu hari nanti.