Pergigian Kota Bharu

Pergigian Kota Bharu Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kota Bharu.

Waktu beroperasi
Ahad - Rabu, 7.30 pagi - 5.30 petang
Khamis 7.30 pagi - 4.00 petang

Waktu rehat 1.00 - 2.00 petang

Tutup Jumaat, Sabtu & Cuti Umum.

04/05/2026
27/04/2026

GOSOK GIGI PUN ADA SENI? 🦷✨

Ramai yang tanya, "Kenapa dah gosok gigi pagi petang, tapi masih ada karang gigi atau gusi berdarah?"

Mungkin teknik kita selama ini kurang tepat! Jom tengok video ni untuk belajar Gaya Pro dalam 4 langkah mudah:

1️⃣ Sudut 45°: Jangan tegak sangat, sengetkan sikit berus supaya bulu berus boleh capai celah gusi.
2️⃣ Gerakan Kecil & Lembut: Tak perlu ‘sental’ kuat-kuat. Cukup sekadar pusingan kecil yang manja.
3️⃣ Liputan Menyeluruh: Pastikan semua permukaan—luar, dalam, dan tempat mengunyah—kena berus.
4️⃣ Jangan Lupa Lidah : plak gigi juga banyak melekat di permukaan lidah.

HARI KESIHATAN PERGIGIAN SEMPENA HARI KESIHATAN SEDUNIA 2026Pada 4 April 2026 yang lalu, telah berlangsung Hari Kesihata...
12/04/2026

HARI KESIHATAN PERGIGIAN SEMPENA HARI KESIHATAN SEDUNIA 2026

Pada 4 April 2026 yang lalu, telah berlangsung Hari Kesihatan Pergigian sempena Hari Kesihatan Sedunia bertempat di Lotus’s Kota Bharu. Program ini telah diadakan dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang dengan sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program, antaranya pameran kesihatan pergigian, latihan memberus gigi yang betul, serta permainan interaktif yang bersifat pendidikan. Selain itu, pemeriksaan dan rawatan pergigian secara percuma turut disediakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan mulut.

Dalam masa yang sama, kanak-kanak daripada TADIKA KEMAS seluruh daerah Kota Bharu turut terlibat dalam pertandingan mewarna sampul duit raya. Penyertaan ini bukan sahaja mencungkil bakat dan kreativiti kanak-kanak, malah secara tidak langsung memberi pendedahan awal mengenai kepentingan penjagaan kesihatan pergigian melalui pendekatan yang menyeronokkan dan interaktif.

Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penjagaan kesihatan pergigian, di samping memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan semua peringkat umur.

SEMINAR KESIHATAN PERGIGIAN PENGASUH TASKA DAERAH KOTA BHARU TAHUN 2026Pada 31 Mac 2026 telah berlangsung dengan jayanya...
12/04/2026

SEMINAR KESIHATAN PERGIGIAN PENGASUH TASKA DAERAH KOTA BHARU TAHUN 2026

Pada 31 Mac 2026 telah berlangsung dengan jayanya Seminar Kesihatan Pergigian Pengasuh Taska Daerah Kota Bharu bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan, Pengkalan Chepa. Penganjuran seminar ini bertujuan untuk meningkatkan tahap pengetahuan, kesedaran serta kemahiran para pengasuh taska dalam aspek penjagaan kesihatan pergigian kanak-kanak sejak usia awal.

Program dimulakan dengan ceramah pertama bertajuk Peranan Pengasuh Dalam Penjagaan Kesihatan Pergigian Kanak-Kanak yang telah disampaikan oleh Dr. Habibah, Pakar Pergigian Paediatrik. Ceramah ini menekankan kepentingan peranan pengasuh sebagai individu terdekat dalam membentuk tabiat penjagaan gigi yang baik dalam kalangan kanak-kanak, termasuk teknik pembersihan gigi yang betul, pemantauan kesihatan mulut serta langkah pencegahan awal terhadap masalah pergigian.

Seterusnya, ceramah kedua bertajuk Pemakanan Sihat telah disampaikan oleh Puan Sam Azura, Pegawai Sains Pemakanan. Sesi ini memberi pendedahan mengenai pemilihan makanan yang seimbang dan berkhasiat bagi menyokong pertumbuhan kanak-kanak serta mengurangkan risiko kerosakan gigi. Penekanan turut diberikan terhadap pengurangan pengambilan gula serta amalan pemakanan sihat dalam rutin harian kanak-kanak.

Selain sesi ceramah, para peserta turut mengambil bahagian dalam aktiviti berkumpulan yang merangkumi pelbagai tajuk menarik berkaitan kesihatan pergigian dan pemakanan. Aktiviti ini bukan sahaja menggalakkan interaksi dua hala, malah memberi peluang kepada para peserta untuk berkongsi pengalaman, bertukar pandangan serta mengukuhkan pemahaman melalui pembelajaran secara aktif.

Secara keseluruhannya, seminar ini telah mencapai objektif yang disasarkan dan diharapkan segala ilmu serta input yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam pengurusan harian di taska. Usaha berterusan seperti ini amat penting dalam melahirkan generasi kanak-kanak yang sihat, khususnya dari aspek kesihatan pergigian yang optimum.

🦷✨ Jom Jaga Gigi!✨🦷Datang beramai‑ramai ke Hari Kesihatan Pergigian bersempena Hari Kesihatan Sedunia, untuk aktiviti me...
31/03/2026

🦷✨ Jom Jaga Gigi!✨🦷

Datang beramai‑ramai ke Hari Kesihatan Pergigian bersempena Hari Kesihatan Sedunia, untuk aktiviti menarik dan pendidikan gigi yang bermanfaat!
📅 4 April 2026 (Sabtu)
⏰ 9.00 pagi – 6.00 petang
📍 Lotus’s Kota Bharu (Aras 1, bersebelahan Sabina)

✅ Pameran kesihatan pergigian
✅ Latihan memberus gigi
✅ Permainan interaktif
✅ Pemeriksaan & rawatan pergigian PERCUMA

Jom sama‑sama tingkatkan penjagaan gigi untuk senyuman lebih sihat! 😄🪥

19/03/2026
17/03/2026

Mentari pagi menyinar ceria,
Takbir bergema di pagi raya,
Syawal tiba membawa bahagia,
Maaf dipinta dengan setia.

Dalam tugas mungkin tersalah,
Dalam bicara mungkin terkasar,
Di kesempatan Syawal yang indah,
Kami mohon ampun seikhlas sabar.

Syawal membawa seribu makna,
Senyuman terukir penuh bahagia,
Daripada Pergigian Kota Bharu, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat semua.

02/02/2026

👋👋Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

😁Bersempena dengan “𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐝𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐧𝐬𝐞𝐫 𝐦𝐮𝐥𝐮𝐭 𝐤𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧“ Jabatan Bedah Mulut HRPZ II akan menganjurkan program yang sangat menarik . Ini termasuklah:

ℹ️- pameran
🦷- ⁠dental check up
👄- ⁠booth pemeriksaan mulut sendiri (oral cancer screening)
📝- ⁠kuiz
🧩- ⁠peraduan teka dan menang
🎨mewarna untuk kanak- kanak

💁Program ini terbuka kepada semua golongan .

📆 3,4, dan 5 hb Februari 2025
⏰ 8.30 pagi hingga 3 petang
📍Ruang legar lobi, bangunan rawatan harian , HRPZII

🎁🎁Banyak hadiah menarik menanti anda. Jangan lepaskan peluang ini. Jumpa nanti ye✌️✌️✌️👋👋

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kota Bharu akan menyediakan perkhidmatan Klinik Pergigian Bergerak pada tarikh-tarikh...
18/01/2026

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kota Bharu akan menyediakan perkhidmatan Klinik Pergigian Bergerak pada tarikh-tarikh berikut di lokaliti sebagaimana yang dinyatakan.

Pengunjung boleh mendapatkan perkhidmatan yang disediakan. Dokumen pengenalan diri perlu disertakan untuk tujuan pendaftaran.

JAGA KEBERSIHAN DIRI DAN PERSEKITARAN SEPANJANG MUSIM BANJIRPejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kota Bharu telan menjalan...
26/11/2025

JAGA KEBERSIHAN DIRI DAN PERSEKITARAN SEPANJANG MUSIM BANJIR

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kota Bharu telan menjalankan initiatif mengunjungi Pusat Pemindahan Sementara di sekitar daerah Kota Bharu.

Aktiviti-aktiviti kesihatan pergigian telah dijalankan termasuk ceramah, latihan memberus gigi dan pengagihan alatan penjagaan kebersihan mulut.

Aktiviti ini melibatkan anggota-anggota kesihatan pergigian dan Ikon Gigi daerah Kota Bharu 👍🏻

Klinik Pergigian Bergerak bakal berkunjung ke Program Perumahan Rakyat (PPR) Kota Bharu pada 14 November 2025(Jumaat) in...
13/11/2025

Klinik Pergigian Bergerak bakal berkunjung ke Program Perumahan Rakyat (PPR) Kota Bharu pada 14 November 2025(Jumaat) ini.
Dapatkan pemeriksaan dan rawatan pergigian percuma.
Jumpa anda di sana!

Address

Jalan Mahmud
Kota Bharu
15000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097484084

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pergigian Kota Bharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share