Ameerah Dun Tg. Mas

Ameerah Dun Tg. Mas AMEERAH adalah sebuah entiti baru khusus untuk wanita muda yang berminat pada politik. Ditubuhkan pada 1 Oktober 2011, ia merupakan sayap baru wanita muda.

πŸ“šβœ¨ Selamat Hari Guru βœ¨πŸ“šDi sebalik setiap insan yang berjaya, pasti ada seorang guru yang tidak pernah jemu mendidik dan ...
16/05/2026

πŸ“šβœ¨ Selamat Hari Guru βœ¨πŸ“š

Di sebalik setiap insan yang berjaya, pasti ada seorang guru yang tidak pernah jemu mendidik dan membimbing.

Guru bukan hanya mengajar di dalam kelas, tetapi turut membentuk akhlak, menyemai adab dan menjadi inspirasi dalam kehidupan anak didik.

Setiap ilmu yang dicurahkan menjadi amal jariah yang terus mengalir selagi mana ilmu itu dimanfaatkan.

Terima kasih buat semua pendidik atas segala pengorbanan, kesabaran dan keikhlasan dalam mendidik generasi hari ini.

Semoga para guru terus diberikan kesihatan, kekuatan dan keberkatan dalam menyampaikan ilmu 🀍🌿

β€œJasamu dikenang, ilmumu disanjung.”



🎳 BOWLING INTER-GENERASI DUN TANJONG MAS🎳Assalamualaikum 🌸Jom semua kaum HAWA DUN TANJONG MAS, kita join aktiviti santai...
03/05/2026

🎳 BOWLING INTER-GENERASI DUN TANJONG MAS🎳

Assalamualaikum 🌸
Jom semua kaum HAWA DUN TANJONG MAS, kita join aktiviti santai yang best ni! 🀩

πŸ“… 9 Mei 2026 (Sabtu)
⏰ 2.00 – 5.00 petang
πŸ“ KB Land, Billion Kota Bharu

πŸ‘© Umur 17 tahun ke atas
πŸ’° Yuran hanya RM5 seorang

✨ Santai-santai bowling, kenal kawan baru & eratkan ukhuwah πŸ’š

Lagi ramai lagi meriah! Hadiah wang tunai menanti πŸ’Έ

πŸ† Juara: RM300.00
πŸ† Naib juara: RM200.00
πŸ† Ketiga: RM150.00

πŸ“² Daftar sekarang: https://forms.gle/FmwQgapHrsBQ8E9s8

Untuk pertanyaan:
πŸ“ž Liyana: 014-908 7840
πŸ“ž Najihah: 011-3588 4132

⚠️ Tempat terhad!

🎯 Jom sertai & cipta kenangan bersama! Jangan tunggu lama-lama 😍

Ameerah DUN Tanjong Mas mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah Adik Nur Fatimatul Hawa atas pem...
13/04/2026

Ameerah DUN Tanjong Mas mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah Adik Nur Fatimatul Hawa atas pemergian yang sangat menyentuh hati.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesabaran, ketabahan dan kekuatan buat ahli keluarga dalam menghadapi ujian ini.

Moga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampuni segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan berbahagia di sisi-Nya.

Al-Fatihah.

πŸŽ“βœ¨ Tahniah Keputusan SPM 2025 βœ¨πŸŽ“Sekalung tahniah diucapkan kepada semua calon yang telah menerima keputusan SPM 2025 har...
31/03/2026

πŸŽ“βœ¨ Tahniah Keputusan SPM 2025 βœ¨πŸŽ“

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua calon yang telah menerima keputusan SPM 2025 hari ini. Setiap usaha, pengorbanan dan doa yang dipanjatkan pastinya membuahkan hasil yang terbaik.

Bagi yang memperoleh keputusan cemerlang, tahniah dan teruskan melangkah lebih jauh.

Bagi yang belum mencapai apa yang diharapkan, jangan berputus asa β€” ini bukan penamat, tetapi permulaan kepada perjalanan yang lebih besar.
Ingat, nilai diri bukan hanya pada angka keputusan, tetapi pada usaha, kesungguhan dan akhlak yang dibina sepanjang perjalanan.

Semoga dipermudahkan urusan dalam langkah seterusnya dan terus berjaya di dunia serta akhirat 🀍

Ziarah Ameerah DUN Tg Mas ✨Hari ini kami berkesempatan menziarahi dua sahabat, mantan AJK Ameerah DUN Tanjong Mas yang p...
27/03/2026

Ziarah Ameerah DUN Tg Mas ✨

Hari ini kami berkesempatan menziarahi dua sahabat, mantan AJK Ameerah DUN Tanjong Mas yang pernah berkongsi perjalanan bersama kami, yang diuji dalam ujian yang berbeza.

Seorang sahabat kami, iaitu Kak Na (Fadhlina) diuji dengan masalah kesihatan kepada suaminya, namun Allah mulai hadirkan tanda kesembuhan sedikit demi sedikit. Seorang lagi sahabat kami, Haniesah diuji dengan kehilangan ayahanda tercinta pada 3 Syawal, satu kehilangan yang pastinya sangat besar buat Ibundanya, Haniesah dan 12 lagi adik-beradik yang lain.

Dalam setiap ujian, Allah tidak pernah meninggalkan hamba-Nya.
Semoga Allah kurniakan kesabaran, kekuatan, dan ketenangan buat mereka. Yang sakit diberi kesembuhan, yang pergi ditempatkan dalam kalangan orang beriman. 🀲


πŸŒ™βœ¨ Salam Aidilfitri 1447H βœ¨πŸŒ™Ameerah DUN Tanjong Mas mengucapkanSelamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua khususnya belia...
20/03/2026

πŸŒ™βœ¨ Salam Aidilfitri 1447H βœ¨πŸŒ™

Ameerah DUN Tanjong Mas mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua khususnya beliawanis DUN Tanjong Mas 😊

Di hari kemenangan ini, marilah kita kembali kepada fitrah yang suci. Semoga segala amalan kita diterima dan dosa diampuni oleh Allah S.W.T

Maaf Zahir & Batin 🀍

πŸŒ™ Salam Nuzul Al-QuranNuzul Al-Quran memperingati peristiwa agung turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad ο·Ί sebagai ...
06/03/2026

πŸŒ™ Salam Nuzul Al-Quran

Nuzul Al-Quran memperingati peristiwa agung turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad ο·Ί sebagai petunjuk dan rahmat untuk seluruh umat manusia.

Firman Allah SWT:
β€œBulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeda antara yang benar dan yang batil.”
(Surah Al-Baqarah: 185)

Semoga peringatan Nuzul Al-Quran ini mengingatkan kita untuk terus mendekatkan diri dengan Al-Quran β€” bukan sekadar membacanya, tetapi juga memahami, menghayati dan mengamalkan isi kandungannya dalam kehidupan seharian.

Jadikan Al-Quran sebagai pedoman hidup dan cahaya yang menerangi langkah kita πŸ€πŸ“–


Telah berlangsung dengan jayanya program Ramadan Delight anjuran Ameerah DUN Tanjung Mas, sebuah program iftar khas buat...
28/02/2026

Telah berlangsung dengan jayanya program Ramadan Delight anjuran Ameerah DUN Tanjung Mas, sebuah program iftar khas buat beliawanis DUN Tanjung Mas dalam menghidupkan suasana Ramadan dengan pengisian yang bermanfaat.

Program dimulakan dengan sesi taaruf bagi mengeratkan ukhuwah sesama peserta, diikuti pengisian berkaitan Al-Quran sebagai peringatan dan motivasi untuk memanfaatkan bulan yang mulia ini dengan sebaiknya. Majlis diakhiri dengan berbuka puasa dalam suasana penuh kebersamaan dan kesyukuran.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Kompleks Masjid Raudhatul Sakinah atas kesudian menyediakan tempat serta kerjasama dalam menjayakan majlis berbuka ini.

Semoga program ini menjadi asbab pengukuhan silaturrahim dan meningkatkan kecintaan terhadap Al-Quran dalam kalangan beliawanis.

πŸŒ™ RAMADAN DELIGHT – IFTAR BELIAWANIS DUN TANJONG MAS πŸŒ™Hai beliawanis DUN Tanjong Mas! πŸ’•Jom luangkan masa yang penuh kebe...
22/02/2026

πŸŒ™ RAMADAN DELIGHT – IFTAR BELIAWANIS DUN TANJONG MAS πŸŒ™

Hai beliawanis DUN Tanjong Mas! πŸ’•
Jom luangkan masa yang penuh keberkatan bersama-sama dalam program Ramadan Delight, khas untuk anda yang ingin berbuka puasa dalam suasana santai, ceria dan penuh ukhuwwah.

πŸ“… Tarikh: 27 Februari 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 5.30 petang hingga waktu berbuka
πŸ“ Tempat: Kompleks Masjid Raudhatul Sakinah
Location: https://maps.app.goo.gl/fkiNCoFSWqY2G1gB8

Apa yang menarik?
🌸 Sesi santai & kenal-kenalan
🌸 Perkongsian ringkas inspirasi Ramadan
🌸 Juadah berbuka bersama
🌸 Peluang eratkan silaturrahim sesama beliawanis
🌸 Special Ramadan goodies untuk peserta yang hadir

Syarat penyertaan:
βœ… Beliawanis berumur 18 – 40 tahun
βœ… Menetap di dalam DUN Tanjong Mas

Tempat adalah terhad, jadi cepat-cepat secure tempat anda! πŸ˜‰

πŸ“ Daftar sekarang di Google Form:
https://forms.gle/Xk8JjjEHYvSGLJFb7

Jom daftar dan ajak kawan-kawan sekali! Kita penuhkan Ramadan dengan senyuman, doa dan kenangan manis bersama βœ¨πŸŒ™

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Zulaiqa - 0139510602
Najihah - 01135884132

Sanah Helwah YB Kak Nie ! ❀️Moga sentiasa dalam jagaan Allah 🀲
09/02/2026

Sanah Helwah YB Kak Nie ! ❀️

Moga sentiasa dalam jagaan Allah 🀲

Address

Kota Bharu
Kota Bharu
15000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ameerah Dun Tg. Mas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Ameerah Dun Tg. Mas:

Share