Jabatan Pengairan Dan Saliran - JPS Negeri Kelantan

Jabatan Pengairan Dan Saliran - JPS Negeri Kelantan Laman Facebook Rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Kelantan

Kami akan menyediakan perkhidmatan profesional dan berkualiti dalam perancangan, rekabentuk dan pelaksanaan program-program pengurusan banjir, lembangan sungai, zon pantai, saliran mesra alam serta sumber air dan hidrologi. Perkhidmatan kami akan berdasarkan amalan kejuruteraan terbaik dengan mengambil kira kelestarian alam sekitar, ekonomi dan sosial. Dalam melaksanakan tugas dan fungsi berikut,

kami berikrar akan:

Memberi maklum balas terhadap sebarang aduan dan pertanyaan awam menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) berkenaan dengan masalah sumber air seperti banjir, sungai, pantai dan sistem saliran dalam masa lima belas (15) hari bekerja. Memberi ulasan teknikal terhadap permohonan lengkap EIA, pembangunan dan pemajuan tanah, penebus guna tanah untuk sektor perumahan, perindustrian, komersial dan pertanian dalam tempoh satu (1) bulan.

JPS Negeri Kelantan mengucapkan tahniah kepada YBrs. ๐ˆ๐ซ. ๐‡๐š๐ง๐ข๐ณ๐š๐ง ๐๐ข๐ง ๐ƒ๐ž๐ซ๐š๐ฆ๐š๐ง atas pemangkuan ke jawatan ๐“๐ข๐ฆ๐›๐š๐ฅ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐...
27/04/2026

JPS Negeri Kelantan mengucapkan tahniah kepada YBrs. ๐ˆ๐ซ. ๐‡๐š๐ง๐ข๐ณ๐š๐ง ๐๐ข๐ง ๐ƒ๐ž๐ซ๐š๐ฆ๐š๐ง atas pemangkuan ke jawatan ๐“๐ข๐ฆ๐›๐š๐ฅ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ก (๐’๐ž๐ค๐ญ๐จ๐ซ ๐๐ข๐ฌ๐ง๐ž๐ฌ) ๐‰๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ข๐ซ๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ง ๐’๐š๐ฅ๐ข๐ซ๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š.

BENGKEL PENYEDIAAN LAPORAN HBKIK JPS MALAYSIA TAHUN 2026TARIKH: 09-11 FEBRUARI 2026LOKASI: GRAND PUTERI, KUALA TERENGGAN...
02/03/2026

BENGKEL PENYEDIAAN LAPORAN HBKIK JPS MALAYSIA TAHUN 2026

TARIKH: 09-11 FEBRUARI 2026
LOKASI: GRAND PUTERI, KUALA TERENGGANU

Bengkel Penyediaan Laporan HBKIK JPS Malaysia bagi tahun 2026 telah diadakan pada 09-11 Februari 2026 bertempat di IPMI Zon Tengah. Seramai 4 orang wakil dari 2 kumpulan KIK JPS Kelantan telah menyertai bengkel ini disamping peserta lain dari JPS bahagian dan negeri. Bengkel ini memberi pembelajaran dan pengetahuan dalam penyediaan laporan projek KIK yang lebih efektik bagi menghasilkan persembahan projek yang dinamik.

BENGKEL PENGUKUHAN DAN PENYEDIAAN LAPORAN DOKUMENTASI KIK HORIZON BAHARU PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2026TARIKH: 26-...
02/03/2026

BENGKEL PENGUKUHAN DAN PENYEDIAAN LAPORAN DOKUMENTASI KIK HORIZON BAHARU PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2026

TARIKH: 26-26 JANUARI 2026
LOKASI: GRAND PUTERI, KUALA TERENGGANU

Bengkel Pengukuhan Dan Penyediaan Laporan Dokumentasi KIK Horizon Baharu Peringkat Negeri Kelantan bagi tahun 2026 telah diadakan pada 25-26 Januari 2026 bertempat di Grand Puteri, Kuala Terengganu. Bengkel ini merupa program tahunan anjuran Bahagian Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Seramai 4 orang wakil kumpulan KIK dari JPS Kelantan telah menyertai bengkel ini disamping peserta dari pelbagai agensi dan jabatan dalam negeri Kelantan. Bengkel ini memberi pengetahuan dalam penyediaan laporan dokumentasi projek KIK yang lebih bermutu untuk persembahan projek KIK.

**LATIHAN PEMASANGAN PENGHADANG BANJIR (FLOOD BARRIER) OLEH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI KELANTAN**๐Ÿ“† Ahad, 15 Fe...
21/02/2026

**LATIHAN PEMASANGAN PENGHADANG BANJIR (FLOOD BARRIER) OLEH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI KELANTAN**

๐Ÿ“† Ahad, 15 Februari 2026
๐Ÿ“ Taman Eko-Rimba Jeram Linang, Pasir Puteh, Kelantan

JPS Kelantan telah menganjurkan Latihan Pemasangan Penghadang Banjir (Flood Barrier). Program ini bertujuan memberi pendedahan teknikal, latihan praktikal serta pengukuhan kefahaman operasi kepada kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) terhadap kaedah pemasangan, pengendalian sistem penghadang banjir.

Latihan ini merupakan langkah strategik bagi memastikan โ€œflood barrierโ€ dapat digunakan secara berkesan, pantas dan selamat dalam situasi kecemasan banjir, seterusnya membantu mengurangkan risiko serta impak banjir di kawasan berisiko tinggi.

Seramai 50 orang kakitangan JPS terlibat dalam latihan ini, melibatkan penyertaan daripada semua bahagian dan jajahan di bawah JPS Kelantan. Penglibatan menyeluruh ini merangkumi pelbagai peringkat operasi dan pengurusan bagi memastikan latihan ini bersifat bersepadu, sistematik dan berimpak tinggi terhadap kesiapsiagaan pengurusan banjir negeri.

โœ… Memberi latihan praktikal pemasangan sistem penghadang banjir (flood barrier)
โœ… Memastikan pemahaman prosedur operasi standard (SOP) pemasangan dan penyimpanan semula
โœ… Menguji keberkesanan sistem penghadang banjir dalam situasi simulasi sebenar

Melalui latihan ini, sistem โ€œflood barrierโ€ ini disokong dengan keupayaan sumber manusia yang terlatih dan bersedia menghadapi situasi banjir sebenar. Program ini diharap dapat memberi impak positif terhadap pengurusan risiko banjir serta keselamatan komuniti setempat secara berterusan.

Setinggi-tinggi TAHNIAH diucapkan kepada ;1) ENCIK MUHAMMAD KHAIRIL IZWAN BIN MD RESADI;2) ENCIK MUHAMMAD KASYFAN HAKIMM...
18/01/2026

Setinggi-tinggi TAHNIAH diucapkan kepada ;

1) ENCIK MUHAMMAD KHAIRIL IZWAN BIN MD RESADI;
2) ENCIK MUHAMMAD KASYFAN HAKIMMI RABAIE BIN AHMAD SHABRI;
3) PUAN CHE NURUL FAZILA BINTI CHE GHANI;
4) PUAN FATIN NABILAH BINTI ISMAIL

Di atas Lantikan Tetap Bercarum Negeri (LTBN)
Jurutera (Awam) Gred J9
di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Kelantan

Berkuatkuasa pada
17 November 2025

Tulus Ikhlas Daripada ;
Dr Pengarah dan Seluruh Warga Kerja JPS Negeri Kelantan

Check out jpskelantanofficialโ€™s video.

Setinggi-tinggi TAHNIAH diucapkan kepada ;1) Ir. Ts. NURUL HAFIZ BIN OTHMAN;2) Ir. AHMAD FAIRUZ BIN AWANG NOH;3) Ir. MAS...
18/01/2026

Setinggi-tinggi TAHNIAH diucapkan kepada ;

1) Ir. Ts. NURUL HAFIZ BIN OTHMAN;
2) Ir. AHMAD FAIRUZ BIN AWANG NOH;
3) Ir. MASFARUDDEEN BIN MOHD ALI

Di atas penganugerahan dan pengiktirafan profesional kejuruteraan dari Board of Engineers Malaysia (BEM) iaitu sebagai
Professional Engineer (PE) dengan pengkhususan bidang masing-masing.

Semoga penganugerahan berprestij ini menjadi inspirasi kepada perjalanan dan peningkatan kerjaya sebagai pegawai teknikal ke peringkat yang lebih tinggi seterusnya nanti

Tulus Ikhlas Daripada ;
Dr Pengarah dan Seluruh Warga JPS Negeri Kelantan

Check out jpskelantanofficialโ€™s video.

Setinggi-tinggi TAHNIAH diucapkan kepada ;1) Ts. MOHD FARID BIN MOHD FAUZI;2) Ir. AHMAD FAIRUZ BIN AWANG NOH;3) Ir. Ts. ...
18/01/2026

Setinggi-tinggi TAHNIAH diucapkan kepada ;

1) Ts. MOHD FARID BIN MOHD FAUZI;
2) Ir. AHMAD FAIRUZ BIN AWANG NOH;
3) Ir. Ts. NURUL HAFIZ BIN OTHMAN

Di atas kenaikan pangkat ke jawatan
Jurutera (Awam) Gred J10
di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Kelantan

Berkuatkuasa pada
15 Mei 2025

Tulus Ikhlas daripada ;
Dr Pengarah dan Seluruh Warga Kerja JPS Negeri Kelantan

Check out jpskelantanofficialโ€™s video.

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya ...
17/01/2026

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita dapat memperingati peristiwa agung Israk dan Mikraj. Peristiwa ini mengingatkan kita tentang keagungan kekuasaan Allah SWT serta kewajipan menunaikan solat lima waktu sebagai tiang seri agama.

Semoga sambutan ini menjadi medan untuk kita memperkukuh keimanan, meningkatkan amal ibadah, serta membentuk peribadi yang lebih berdisiplin dan bertakwa.

Salam Isra' Mikraj' daripada Pengarah dan Seluruh Warga JPS Negeri Kelantan





Selamat Tahun Baru 2026 dari Dr Pengarah dan seluruh Warga JPS Negeri Kelantan! Semoga tahun ini penuh kejayaan, kebahag...
31/12/2025

Selamat Tahun Baru 2026 dari Dr Pengarah dan seluruh Warga JPS Negeri Kelantan!
Semoga tahun ini penuh kejayaan, kebahagiaan, dan semangat baharu untuk kita semua.
Terus berkhidmat dengan dedikasi, capai impian, dan cipta kenangan manis.





23/11/2025
19/11/2025

๐Ÿ“ข๐’๐š๐ค๐ฌ๐ข๐ค๐š๐ง ๐’๐ข๐š๐ซ๐š๐ง ๐‹๐š๐ง๐ ๐ฌ๐ฎ๐ง๐ !

Temubual di Selamat Pagi Malaysia mengenai "Kesiapsiagaan Infrastruktur Saliran Menghadapi Monsun Timur Laut (MTL)" bersama YBrs. Ir. Mat Puaโ€™at bin Mat Hussain, Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.

๐Ÿ“… Tarikh: ๐Ÿ๐ŸŽ ๐๐จ๐ฏ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ (๐Š๐ก๐š๐ฆ๐ข๐ฌ)
โฐ Masa: ๐Ÿ–.๐Ÿ“๐Ÿ“ ๐ฉ๐š๐ ๐ข

๐ŸŒ Tonton melalui:
https://rtmklik.gov.my/

๐Ÿ“บ Jangan lupa ikuti di:
| | @๐ฆ๐ฒ๐Ÿ๐ซ๐ž๐ž๐ฏ๐ข๐ž๐ฐ |



Address

Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Kelantan Jalan Sultan Yahya Petra
Kota Bharu
15200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097419624

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pengairan Dan Saliran - JPS Negeri Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Pengairan Dan Saliran - JPS Negeri Kelantan:

Share