Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Negeri Kelantan

Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Negeri Kelantan Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Kelantan adalah sebuah organisasi yang beroperasi sebagai Menegakkan Kebenaran dan Mencegah Kemungkaran

10/05/2026

Allah SWT berfirman:
‘Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian untuk menutup aurat kamu…’
(Surah Al-A‘raf: 26)

Semoga kita sama-sama dapat menjaga tatasusila kita, maruah kita dan agama kita dengan lebih baik.”

Jangan sampai kita melakukan perbuatan yang tidak sopan @ sengaja mendedahkan aurat dikhalayak awam sehingga kita boleh dikenakan tindakan undang-undang syariah.

Enakmen Kanun Jenayah Syariah
- seksyen 21 - Perbuatan Tidak Sopan
- seksyen 23 - Mendedahkan Aurat Di Tempat Awam

05/05/2026

Jangan berdua-duan dan duduk rapat-rapat walaupun ditempat orang ramai...

04/05/2026

Tak kira dimana nasihat perlu diberikan walau di tepi jalan sekali pun...
Aurat itu WAJIB ditutup.

Perkara paling mudah pun kalau susah nak buat akan jadi payah/susah sampai bila2 apatah lagi perkara-perkara yang lebih besar. Para Ibubapa dan para suami jagalah isteri dan anak-anak jangan sampai tidak dapat dibezakan antara kehidupan orang islam dan orang kafir...

Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا ‎

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Surah al-Ahzab (59)

03/05/2026

Sabda nabi saw:

لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ وَمَعَهَا ذُو مَحْرَمٍ ‏

Maksudnya: Janganlah bersunyi-sunyian seorang lelaki dan perempuan melainkan yang bersama-sama perempuan tersebut mahramnya.
Riwayat Muslim (3112)

Pertama: Khalwat hukumnya haram. Ia merupakan wasilah (jalan) ke arah berlakunya zina. Kaedah fikah ada menyebut: Apa-apa yang membawa kepada perkara haram maka ia juga turut haram.

Kedua: berdua-duaan akan menjatuhkan maruah individu yang terlibat dan kedua-kedua keluarga pasangan yang berkhalwat. Nama baik keluarga akan tercemar dengan perbuatan ini.

Membenarkan khalwat berlaku dengan alasan tidak mahu masuk campur dalam dosa peribadi hanyalah menggalakkan percambahan berlakunya kes zina dalam kalangan masyarakat. Ketika berlakunya zina, akan timbul kes pembuangan dan pembunuhan anak yang akan membawa kepada pencerobohan ke atas maqasid Islam iaitu hifz al-nafs (penjagaan nyawa). Bahkan penzinaan juga akan menyebabkan rosaknya maqasid Islam yang ke empat iaitu hifz al-nasl (menjaga keturunan)

19/03/2026

Gerak Khas

"OPS SOPAN"18 Mac 20265.00 ptgKota BharuBhg. Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan...
19/03/2026

"OPS SOPAN"
18 Mac 2026
5.00 ptg
Kota Bharu

Bhg. Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) telah melaksanakan operasi bersepadu bersama anggota Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-Bri) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam operasi dikenali sebagai "Ops Sopan" di semua bazar-bazar ramadhan di sekitar kota bharu.

Modus Operandi lebih tertumpu kepada masyarat islam di kelantan yang mengunjungi bazar-bazar ramadhan dalam keadaan sopan dan menutup aurat dan lebih-lebih lagi sebagai menghormati ramadhan bulan yang mulia.

Berpakaian sopan dan menutup aurat adalah tuntutan syarak dan perlu dipatuhi oleh seluruh umat islam semasa berada khalayak awam bagi memastikan keharmonian islam dan sensitiviti masyarakat dapat dijaga dan ini telah jelas tertulis didalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah saw.

Manakala didalam peruntukkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019;

Perbuatan atau percakapan tidak sopan
21. (1) Mana-mana orang yang bertindak atau berkelakuan tidak sopan bertentangan dengan hukum syarak di mana-mana tempat adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Mendedahkan aurat di tempat awam
23. (1) Mana-mana orang yang mendedahkan mana-mana bahagian tubuhnya atau memakai pakaian yang tidak sopan yang mendedahkan aurat atau yang boleh menimbulkan ghairah di tempat awam adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Pakat-Pakat Jaga;
Ayah dan Ibu jaga aurat anak-anak
Suami jaga aurat isteri dan anak-anak

"OPS TIN"18 Mac 202610.30 pagiKota BharuBhg. Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelanta...
19/03/2026

"OPS TIN"
18 Mac 2026
10.30 pagi
Kota Bharu

Bhg. Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) telah melaksanakan Operasi Bersepadu bersama Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-bri) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam tindakan modus operandi utama membenteras pemungut derma/khairat tanpa kebenaran yang dikenali sebagai 'Ops Tin'.

Sasaran utama ialah seluruh pasaraya dan kedai-kedai di Bandar Kota Bharu. Mana-mana pasaraya atau kedai-kedai/mini market yang ada bekas/tong/peti pungutan derma/khairat dan tidak mempunyai kebenaran daripada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan (MAIK) akan disita dan dibawa ke Bhg. Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAHEAK.

Satu Notis telah ditinggalkan sebagai pemberitahuan penyitaan bekas/tong/peti pungutan dan boleh menuntut kembali di Bhg. Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAHEAIK dalam tempoh 30 hari. Pastikan semasa tuntukan dibuat perlu sertakan dokumen utama iaitu surat kebenaran pungutan derma/khairan daripada pihak MAIK.

Pungutan derma/khairat tanpa kebenaran adalah merupakan suatu kesalahan disegi undang-undang syariah dan telah termaktub didalam peruntukkan seksyen 128 Enakmen MAIK.
"Seseorang yang memungut atau menjalankan sebarang usaha memungut wang atau apa-apa derma untuk tujuan khairat dengan tiada kebenaran bertulis daripada Majlis, atau cuai daripada memenuhi syarat-syarat yang ditentukan oleh Majlis berhubung dengan perkara itu sebagaimana yang diperuntukkan dalam Enakmen ini, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, dan mahkamah boleh memerintahkan mana-mana wang atau harta yang dikumpulkan itu diserahkan kepada Baitulmal."

Perhatian kepada seluruh masyarakat supaya berhati-hati jika ingin memberi sumbangan atau sedekah kerana banyak didapati scammer atau mana-mana individu atau kumpulan menggunakan helah/penipuan dengan cara meletakkan bekas/tong/peti kutipan di kedai-kedai/pasaraya dan menampalkan di bekas berkenaan atas nama khairat pembinaan institusi pengajian/pondok atau perubatan.

"Cara mudah mendapatakan keuntungan."

14/03/2026

JAGA-JAGA
OPERASI AKAN DILANCARKAN....

21/02/2026

RAMADHAN KAREEM

Selamat Berpuasa dan berlumba-lumba mendapatkan ganjaran daripada Allah swt.
Pada waktu yang sama hormatilah kemulian Bulan Ramadhan ini, Jauhi Maksiat dan perbuatan2 yang melanggar hukum syarak.

Jika anda bertindak diluar batasan hukum syarak samada anda membekalkan makanan, minuman, rokok atau seumpamanya untuk dimakan @ anda makan, minum, merokok dan seumpamanya ditempat awam anda bakal dikenakan hukuman denda RM2000 @ penjara 1 tahun. Denda dan hukuman bertambah jika kesalahan yang sama dilakukan sehingga RM3000 @ 2 tahun penjara.

02/01/2026

Tindakan Pencegahan (Tidak Solat Jumaat)
🚐 02/01/2026
🕐 Jam 1230-1315 jam
🛌Lokasi : Sekitar Pantai Mek Mas dan Pantai Kundur.

📌Enakmen : Sek. 104 Tidak Solat Jumaat, Enakmen MAIK 2/1994

📌No. Maklumat : M-0076/25-JA-05 ]

📌No. Repot : -

1. Hebahan Solat Jumaat / Pencegahan Tidak Solat Jumaat di lokasi sebagaimana di atas.

2. Pengumuman hebahan untuk segera bersiap sedia untuk solat jumaat bagi lelaki beragama Islam dilakukan dan edaran flyers/pamplet diberikan kepada pengunjung dan individu yang berada di kawasan tersebut.

Cepat, Tepat dan Berkat

Address

Kota Bharu

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6097419102

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Negeri Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Negeri Kelantan:

Share